Bab 2

24.2K 735 12
                                    

" kau nak malukan family ke apa?! " satu tamparan hinggap di pipi Hakimi.

" tak baba.. Kimi tak buat apa-apa pun dengan dia! " Hakimi cuba membela diri. Pipinya yang ditampar dipegang.

" apa Sara buat ni? Sara nak malukan keluarga ke? " marah Puan Husna. Ibu kepada Sara.

" tak.. ibu percayalah cakap Sara. Sara tak buat apa-apa pun bu. Sara datang nak hantar fail Uncle Razif je. "

" habistu macam mana sampai kena tangkap basah macam ni? "

" dia yang mabuk bu. Dia tarik Sara masuk bilik. " Sara menangis membela nasib.

" hei.. " sewaktu Hakimi hendak membalas. Dato' Razif segera memotong.

" sekarang ni baba tak kira. Kau kena jugak kahwin dengan Sara. Baba tak nak company baba lingkup disebabkan hal ni. Baba tak nak surat khabar muka depan anak Dato' Razif kena tangkap basah dengan pekerja sendiri! " tengking Dato' Razif.

" tapi baba.. "

" tak ada tapi-tapi. Kau tetap kena kahwin dengan dia! "

***

" Haridz Hakimi b. Razif? "

" saya. "

" aku nikahkan dan kahwinkan akan dikau dengan Sara Irdina bt Zamri dengan mas kahwinnya RM80 tunai. "

" aku terima nikah Sara Irdina bt Zamri dengan mas kahwinnya RM80 tunai. "

" sah? "

" sah! "

" sah! "

Dalam keterpaksaan , perkahwinan tanpa dirancang itu akhirnya bersatu.

Hanya kerana satu kecuaiannya , dia kini bergelar isteri kepada Haridz Hakimi. CEO muda yang berlagak , kaki perempuan dan kaki mabuk.

***

Sara dipaksa untuk duduk serumah dengan Hakimi. Dia sudah bergelar isteri kepada Hakimi. Memang tempatnya di sisi Hakimi.

Sara berdiri tercegat dengan beg bajunya di sebelah kereta BMW milik Hakimi.

Rumah banglo tiga tingkat dihadapannya kini sungguh mewah. Dari luar pagar sudah kelihatan sebuah kolam renang yang cukup besar. Rumah itu juga indah dihiasi bunga-bunga segar. Sara terpegun dengan keindahan rumah itu.

" kau buat apa dekat situ? Nak aku dukung bawak masuk ke?! " satu suara garau mengejutkan Sara dari lamunanmya.

Dia segera menarik luggagenya dan pergi ke arah Hakimi yang berada di hadapan pintu.

Setelah Sara melangkah masuk , kecantikan isi rumah itu pula membuatkan Sara terpaku.

" hei! Kau dengar sini ae! Aku tak nak seorang pun pekerja-pekerja aku yang tahu , kau ni isteri aku! Faham? "

Sara mengganguk mengerti.

" bilik kau dekat tingkat 2 , bilik kedua dari kanan. "

Sara mengangguk lagi.

Selangkah kaki Sara mendaki tangga , dia kembali menoleh setelah Hakimi kembali memanggilnya.

" lagi satu. Aku izinkan kau buat apa-apa. Pergi mana-mana. Aku takkan sekat walau sikit pun pergerakan kau. And aku pun tak nak kau ambil tahu pasal aku. Faham? "

Sara mengangguk.

Dia terus mendaki tangga untuk naik kebiliknya.

***

Sara menutup pintu biliknya. Tudungnya terus ditanggalkan. Tubuhnya yang kepenatan terus dihempaskan di atas katil.

Rambutnya diraup kasar.

" kenapa hidup aku macam ni? Aku tak pernah minta hidup aku jadi macam ni! Kenapa aku kena kahwin dengan dia? " rungut Sara. Airmatanya mengalir hebat.

Namun dia sedar. Siapa dia untuk mempersoalkan takdir Allah?






Sesal Where stories live. Discover now