CHAPTER 1

8.7K 163 2
                                        

Hye ! Ni first time saya buat novel kat sini.Ni juga penulisan pertama saya. Saya harap korang semua suka dengan hasil kerja saya.

¤¤¤¤¤¤¤¤

'PANGG !'

Satu tamparan hinggap di pipi mulus milik Hana Liyana.Mata Hana berpinar - pinar dek tamparan itu. Merah pipi mulus itu akibat ditampar kuat.Sebutir air mata jatuh menurun dari mata bundar gadis itu. Perit rasanya apabila tangannya menyentuh pipinya yang ditampar itu.

"Kau ni memang perempuan murahan lah perempuan ! Aku dah jaga kau,aku bagi kau hidup mewah, tapi,kau buat maksiat dengan jantan lain apasal ?! Mulai hari ini, Hana Liyana binti Firdaus, bersaksikan mama aku,aku ceraikan kau dengan talak satu !"

"Rezza ! Apa yang kamu dah buat ni ?! Kamu tahu tak yang kamu dah ceraikan dia ?! Mama tak sangka yang anak mama ni suka buat tuduhan melulu.Mama yakin yang Hana tak buat semua perkara tu ! Mama yakin,ni semua fitnah !"

Datin Sri Kirana berlari ke arah menantunya.Menangis wanita tua itu apabila mendengar anaknya itu telah melafazkan cerai kepada Hana, menantunya. Bahu Hana dipeluknya erat. Mahu menyalurkan kekuatan pada gadis muda itu. Dia yakin yang menantunya itu tidak bersalah. Dia sangat yakin.

"Mama tak tahu apa - apa ! Macam mana lah mama boleh yakin sangat yang betina ni tak bersalah ?! Harap muka aje innocent tapi, nauzubillahiminzalik."

"Rezza ! Awak sedar tak yang awak tengah bercakap dengan mama awak sendiri ?! Dia mak awak ! Awak tak patut tengking dia macam tu. Kalau awak nak saya pergi, okay ! Saya pergi. Tapi, saya nak ingatkan..ni semua fitnah yang orang lemparkan kat saya. Demi Allah, saya tak buat pun kerja - kerja terkutuk tu ! Saya masih ingat Allah. Saya sangat kecewa dengan awak."

Hana terus bangun.Dia berjalan menuju ke bilik tidurnya dengan Rezza. Mengemas pakaiannya tanpa meninggalkan sehelai pun. Dia benci Rezza. Sangat benci !

Setelah selesai kesemuanya, Dia membawa beg pakaiannya turun ke tingkat bawah. Kelihatan ibu mertuanya sedang menangis manakala Rezza pula sedang mengurut kepalanya.Datin Sri Kirana melangutkan kepalanya apabila mendengar bunyi seperti beg yang diheret menuruni tangga.

"Hana ! Hana nak pergi ke mana ni sayang ? Tengah - tengah malam pula tu. Abang - abang Hana bukannya ada dekat Malaysia pun sekarang.Hana tidur kat sini dulu ye nak."

"Takpe mama,pandai -pandai Hana lah nak survive. Hana kan dah besar.Hana boleh jaga diri sendiri lah mama. Mama jangan risau okay.Ma, Hana pergi dulu ye.Bye. Assalamualaikum."

Hana menyalami tangan Datin Sri Kirana.Tangan tua itu di kucupnya syahdu.Ini kali terakhir dia bertemu dengan wanita itu.Dia bertekad, mahu membawa diri ke luar negara.

Dia keluar dari rumah agam itu.Hana meninggalkan rumah itu dengan menaiki teksi yang telah ditempahnya. Teksi bergerak menuju ke tempat yang diminta.Ya,ke KLIA. Nasib baik masih ada lagi tiket penerbangan ke Seoul,Korea.Hana bertekad mahu meninggalkan bumi Malaysia. Mungkin sementara waktu dan mungkin juga selamanya.Selamat tinggal Malaysia !

**********

"Maaf la sebab aku terpaksa tumpang dekat rumah kau ni. Aku memang betul - betul dah tak tahu nak minta tolong kat siapa lagi dah."

"Alah...hal kecil je.Kita kan kawan baik.Aku tolong kau,esok lusa kau tolong aku balik kan.Dah - dah..ni bilik kau. Bilik aku sebelah bilik kau aje. Kau buat aje macam bilik kau sendiri kay.Aku nak tidur. Bye."

Kawan baik Hana,iaitu Dania mula melangkah masuk ke dalam biliknya.Hana pula bergerak ke biliknya.Besar. Itulah ungkapan yang mampu diungkapkan oleh Hana apabila dia melihat ruang dalam bilik itu. Bilik itu juga di lengkapi dengan air-cond dan pemanas.

CINTA HANAStories to obsess over. Discover now