Cinta tanpa sempadan part 2

1.2K 43 0
                                    

Cinta tanpa sempadan

Iman memegang cincin belah rotan yang diberi emaknya kembali ke tangan dia bukan ke tangan Manisah.Terkulat-kulat dia memandang cincin tersebut,mahal kot cincin ni kenapa Manisah tak mahu?Adakah Manisah Elyani sudah terbelah hatinya menjadi dua , tiga atau empat?
"Bukan ke Manisah suka kan Iman?"Soalnya,soalan yang paling bodoh dia rasakan,sudahlah memang angkara dia Manisah merajuk lagi dia mahu bersoal jawab.
"Memang Manisah suka hang,tapi itu dua minggu lepas. Masa dia tengah kemaruk biang keladi dekat hang. "Emaknya kibas wajah dengan hujung kain tudung.Berjejeran peluh di dahinya,penat dia berjalan kaki ke rumah Manisah.
"Cepatnya hati Manisah berubah."Iman Hakimi berbisik sendiri tetapi cukup untuk di dengari emaknya.
"Manisah tu tak berubah,mesti jauh di hati dia,dia suka kat hang tapi sebab hang pi tolak dia mentah-mentah pasai pa.Biaq pi lah kalau dia dok habaq dulu cinta kasih kat hang,la ni zaman melinia.Orang tak kisah dah.Zaman mak dulu iya lah,kena seligi kalau pi ngurat anak jantan orang."Kata Mak Besah,geram betul dia dengan Iman Hakimi.Bukan dia tidak nampak pandangan mata anak bujangnya kepada gadis lurus itu.Walaupun Iman Hakimi selalu memarahi Manisah Elyani tetapi selalu juga dia lihat anaknya senyum sumbing selepas gadis itu pergi.Sengaja hendak menduga konon,sekarang padan lah dengan muka hang.
"Habih mak Iman nak buat macam mana ni?"Tanya Iman Hakimi,pertanyaan orang mati akal.
"Pi pujuk bagi hati dia sejuk,caiq.Itu pun mak nak ajaq ka Iman oiii!Hang tu punya lah cerdik bab macam ni mak hang yang tak cerdik ni juga nak ajaq ka?"Mak Besah geleng kepala,entah apa nak jadi dengan anak bujangnya ini.

Bab memujuk ini yang buat hatinya lemah.Dia memang tidak pandai.Macam mana?Bagi bunga?Satu kerja pula dia nak ke pekan semata-mata nak beli bunga.Bila sampai rumah Manisah bunga dah layu nanti Manisah kata cintanya sama macam bunga layu,lunyai tak akan mekar kembali.Bagi sawi macam selalu?Teruk benar pula rasanya tak pernah dibuat orang mentang-mentang dia tanam sayur sawi nak bagi hadiah memujuk pun harus guna sawi.Manisah mana suka sawi,boleh muntah kalau dia makan sawi tapi tak tahu lah kalau dalam diam kerana dia Manisah telan juga sayur sawi itu.
Iman bukan tak suka Manisah,suka tapi Zahim tu kawan baik dia masa sekolah tak kan dia nak kacau marka Zahim pula.Bagi peluang kawan membina masjid kononnya tapi dalam hati ada lah juga terusik.Manisah tu baik sangat,lurus bendul walaupun sekarang Manisah dah corner 360 darjah.Manisah dah tak pandang dia lagi walaupun sebelah mata.

"Abang nak jumpa Manisah sat."Kebetulan Iman terserempak Awin dan Manisah mahu menutup kedai petang itu terus dia mengambil peluang bercakap dengan Manisah.Walaupun hatinya tersangatlah malu dan segan tetapi demi Manisah Elyani dia sanggup.Tidak kira lah apa pun penerimaan Manisah dia rela.
"Cakap je lah."Manisah langsung tidak pandang abang ketak walaupun matanya tak tahu nak jadi rabun-rabun ayam tetap hendak menjeling.Menyampah pula dia rasa walhal abang ketak pujaan hati dia,menyampah kononnya tetapi hati dia rasa nak melompat-lompat keluar .Hati dia punya, ikut suka lah nak suka ke tidak.Hati yang dah mula nak menderhaka itu cepat-cepat Manisah marahi,jangan cuba,tahan nafas,kena tunjuk hati dia sedikit pun tidak tercuit.
"Abang nak minta maaf sebab...."Iman telan air liur,kata-katanya terhenti wajah kelat-kelat masam Manisah benar-benar membuatkan dia rasa hatinya gugur ke lantai,comel kot!
"Maaf saya mahal,berlian sekati pun tak boleh beli maaf saya."Padan muka abang ketak.Keluar dah ayat sengal Manisah.
"Tapi berlian orang tak timbang kati." Jawab Iman Hakimi,apa punya ayat Manisah mustahil tidak tahu berlian kira karat bukan kati atau kilo.Awin yang mendengar sudah terasa mahu gelak guling-guling.Manusia berdua yang berada dihadapan matanya sekarang memang sengal,rasa hendak dia luku sahaja bagi sedar diri sedikit jangan nak ego sangat.Nanti yang merana mereka juga dan harus lah dia yang menjadi mangsa Manisah.
"Abang tahu abang salah sebab tolak Manisah..."Iman Hakimi cuba mengumpul ayat sebaik yang mungkin,tidak kisah lah walaupun dia harus menjadi mat bunga-bunga sekejap.Demi Maniaah Elyani dia rela tanpa paksaan.
"Dak aih..mana ada abang tolak Nisah abang campak Nisah ja."
Terkumpal-kumpal Iman mahu menjawab.Memang salah dia menolak tanpa memberi peluang.Ketika itu dia rasa Manisah tidak patut.Gadis itu dirasakan tidak ada adab kerana melanggar sempadan.Mana ada seorang gadiz seberani Manisah sanggup berterus-terang tentang perasaan sendiri.Pada dia ketika itu Manisah tak ubah macam kanak-kanak yang belum akil baligh.Main cakap ikut sesedap rasa.Kalau perisa sedap maggie okey lah lagi dia boleh terima,ini tidak .Ayat-ayat mengurat dari Manisah buat dia rasa hilang harga diri.Tetapi itu dua minggu sudah sekarang dia pula yang terhegeh-hegeh mahukan gadis itu,tiba-tiba dia pula sanggup merendahkan ego demi gadis lurus dihadapan matanya ketika ini.
"Awat Manisah tolak pinangan abang?"Tanya Iman Hakimi ,malas mahu berdolak dalil lagi,dia harus tahu kenapa Manisah menolak dia mentah-mentah.

"Nisah tolak sebab cincin abang murah tak dak harga sama macam abang buat Nisah macam tak dak harga diri."Manisah menjawab lurus,biarlah lelaki itu hendak berkecil hati sekali pun.Hati dia sendiri sudah lama mengecil di dalam badannya.Rasa hendak mati apabila di tolak,sekarang biar lelaki itu rasa pula.
Pap!Iman terasa seperti Manisah menampar dia dengan pelepah kelapa.Sakitnya hati,sakitnya pipi.Dia pegang kedua belah pipinya walaupun tiada rasa.
"Abang tolak Nisah sebab Zahim."Ujar Iman Hakimi,memang dia fikir Zahim dan Manisah bercinta apatahnlagi dahulu Zahim selalu sangat memuji Manisah.Mana lah dia tahu jika Zahim hanya syok sendiri.Kalau dia tahu tentu bukan begini jadinya.
"Nisah tolak abang sebab Nisah dah tak suka abang." Fulstop,titik , noktah.Manisahmenjeling dia menarik tangan Awi dia terus berjalan meninggalkan Iman sendirian dihadapan kedai yang sudah ditutup.

"Ishh..tak baik hang buat abang ketak hang lagu tu Nisah."
"Biaq pi lah abang ketak ke botak ke apa ke.Sapa suh di pijak-pijak maruah aku."Manisah geram,marahnya masih belum mahu hilang.
"Hang pun salah,terus pi cakap perasaan hang ke dia dah kenapa?Patut hang bagi hint sikit-sikit dulu,tapi hang gelojoh."
"Eh salah aku pulak."Awin ni kawan siapa sebenarnya?Kawan dia atau kawan abang Iman Hakimi aka si ketak-ketak.

Apa akal dia mahu memujuk Manisah lagi,berserah pada takdir..andai ada jodoh dia.Iman Hakimi mengeleng kepala.Sungguh kali ini dia rasa sel - sel otaknya sudah tidak mampu berhubung.Kena beli susu anmum nampak gayanya!
Iman Hakimi melangkah pulang dengan hati yang cukup sebal.Jangan mengaku kalah sebelum sampai masanya engkau kalah Iman Hakimi.Eh!Ini Iman Hakimi lah taknakan kalah sebelum berjuang.Dia menyedapkan hati sendiri walaupun hakikatnya hatinya memang sudah parah seperti di lenyek-lenyek.Dah jadi kentang lenyek kfc!

Cinta tanpa sempadanWhere stories live. Discover now