1. Titik Permulaan

47 9 0
                                        

Nama aku Nur Aireena Qistina binti Zarif Arfan. Berumur 25 tahun dan bekas pelajar UM. Sekarang duduk menetap di UK dan baru je grad sebagai mahasiswa University of Cambridge.

Hmmm... Kalau dulu aku digelar sebagai minah kampung, sekarang sudah jadi minah saleh. Dulu duduk di ceruk pendalaman, di dalam hutan sana tanpa bekalan internet. Sekarang sudah jadi orang penting dalam syarikat besar yang khas dalam bidang aplikasi.

Dulu bermain dalam lumpur, selut bagai. Sekarang sudah main baling-baling salji. Dulu mata wang RM sekarang sudah jadi mata wang £. Dulu duduk aman tanpa bunyi bising sekarang nak tidur 5 minit pun susah.

Dan yang paling utama, beberapa tahun lepas duduk dengan family, sekarang sudah tinggal sebatang kara. Argh, rindunya pada mama, ayah, adik, kakak dan abang!

Tapi walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Tinggal di negara orang ni bukan senang. Kena kuatkan iman. Sebab sini bukan macam Malaysia, masjid banyak, kalau dulu tu lagilah, azan kuat kedengaran! Tapi di sini? Pandai-pandailah guna tenet untuk cari waktu solat terkini. Lagipun di sana ramai orang ingatkan tentang solat. Tapi di sini, diri sendiri kena ingatkan. Kalau tak, hmmm melepas.

Tapi ingat, ni siapa? Ini Reen! Reen kuat orangnya! Reen akan cuba sedaya upaya untuk tidak melanggar perintah Allah. Biar tanpa orang tersayang di sisi, Reen tetap akan maju berjaya dan cuba membalas segala budi baik keluarga. Reen juga akan menyumbang tenaga kepada keluarga, agama, negara dan bangsa! Itu janji Reen!

------

"Oit Reen! Bangun cepat! Tahulah hari ni cuti tapi janganlah bermalas-malasan sepanjang hari!" Bebel Khadijah Aisya sambil menarik kasar selimut yang menutupi tubuh kurus Aireena. Aisya ni teman serumah Reen. Reen yang ajak dia duduk dengan Reen sebab Reen tak berani tinggal sorang-sorang. Aisya ni garang tapi baik hati orangnya.

"Bagi aku tidur lagi 5 minit. Serius ngantuk." Pujuk Reen. Matanya terasa terlalu berat untuk dibuka. Dia memeluk erat bantal peluknya tanda mahu sambung tidur.

Aisya menggeleng kecil. "Harini kan family kau sampai sini. Kau kata semalam flight tu sampai pukul 11. Sekarang dah pukul 10. Nak tunggu kau bersiap lagi, silap hari bulan beku kaki diorang tunggu di airport. Kesian mereka." bebel Aisya lagi.

Serta merta mata Aireena terbuka luas. Hah! Lupa! Cepat-cepat dia bangun dari katil lalu mencapai tuala. Kemudian dia berlari laju masuk ke dalam bilik air.

"Elok-elok! Nanti kau lari tak sempat brek nahas nanti! Bilik air tu licin!" pesan Aisya sebelum turun untuk mengemas ruang dapur. Dia bercadang mahu masak bagi Puan Zahra dan Encik Zarif sekeluarga.

-----

Sebaik sahaja tiba di airport, Aireena terus masuk dan pergi ke bahagian pintu balai ketibaan untuk menunggu keluarganya. Matanya liar mencari wajah² yang amat dirindui. Tiba² Aireena rasa bahunya dipeluk erat oleh seseorang.

"Kak Reen!" Jerit adik Reen, Eisya membuatkan senyuman mula mekar di bibir.

Aireena memandang belakangnya. Di saat ini, hampir sahaja air matanya menitis. "Mama! Ayah!" Aireena terus hanyut dalam pelukan keluarganya. Sungguh, rindunya pada mereka tidak terperi. Setelah hampir setahun tidak bersua muka, akhirnya kini baru berjumpa.

"Dah, jangan menangis lagi. Reen ni macam budak kecillah. Malu orang tengok." Usik Puan Aisya sambil mengesat air mata anaknya yang tidak berhenti mengalir.

"Yalah. Macam budak kecil." usik abang sulungnya pula, Zaril Irwan.

Aireena menjeling abangnya. Bahunya masih lagi terenjut-henjut menahan tangis.

"Okay. Kami dah sampai dah pun. Apa kata kita balik dulu baru sambung aktiviti melepaskan rindu ni?" Ujar Anis Aryana, kakaknya yang sedang mendukung anak kecilnyanya. Beberapa minit kemudian kelihatan pula suami Anis.

"Okay jom. Korang pun mesti dah lapar dan penat. Kita balik dulu, solat, lepas tu kalau nak Reen bawak pergi jalan-jalan." Kata Reen. Anak Anis yang berumur 4 tahun melonjak gembira bila mendengar perkataan jalan-jalan.

"Thaqif!" Panggil Anis sambil cuba mengejar anak lelakinya yang sudah berlari-lari. Reen turut cuba menangkap anak buahnya.

Suami Anis yang bernama Razif juga tidak sempat mengejar anaknya apabila Thaqif tiba-tiba jatuh tersandung. "Thaqif!" Jerit Reen dan Anis kuat.

"Eh?"

"There, there little bro. Slow down." Kata lelaki mat saleh yang sempat menangkap tubuh Thaqif. Lelaki itu lalu datang mendekati mereka sekeluarga. Thaqif didukungnya erat.

"Thank you so much. I appreciate it." Kata Anis sambil memeluk tubuh Thaqif. Mujurlah tak jatuh melekap di atas lantai. Kalau tidak pasti sudah benjol kepala anaknya itu.

Aireena mengucap kecil. Dia memandang mat saleh yang berdiri di hadapannya yang hendak berlalu pergi. "Tha-." Belum sempat Aireena hendak menghabiskan ucapan terima kasih, matanya terbuntang mrlihat muka lelaki tersebut.

"Adam?"

To be continue...

Love SeasonsWhere stories live. Discover now