2

40.4K 187 41
                                    

"Kau nak ke Kolumpo buat apa Tipah? Nanti siapa nak tolong mama buat batas? Terung tu dah masak, kau juga yang suka terung kan? Tu kopi tu dah bertunas dah Tipah oii. Mama ni tak banyak tangan macam octopus nak buat satu dua tiga kerja serentak." Tanya Mak Senah sambil menggelengkan kepala.

Nampaknya Tipah dah kembali bersimpuh semula. Dia memandang wajah tua mamanya. Dia menunduk pula. Dia memandang kehadapan kerana budak remaja belasan tahun bersiul apabila ternampak Tipah yg cun melecun dgn busana kain batik dan kurung kedah tetapi dijahit dart dibelakang untuk menampakkan bentuk pinggang rampingnya. Tipah hanya senyum melihat gelagat budak remaja belasan tahun tersebut. Tipah suka melayan mereka kerana Tipah tiada adik.

"Tipah gi Kolumpo nak kerja lah mama. Cari nafkah. Tipah boringlah duduk sini. Hari-hari nak kena gambur batas. Tipah pun nak buat apa yang Tipah minat." Tipah memuncungkan bibirnya. Sekali lagi budak remaja belasan tahun itu bersiul kegatalan buah kerandutnya melihatkan keseksian bibir Tipah.

Mak Senah bangun dan menaiki tangga sebanyak tiga anak tangga itu ke dalam rumah. Mak Senah hilang wataknya dalam cerita ni sebentar.

Selepas anggaran 10 minit, Mak Senah kembali ke Tipah dan duduk bersebelahan. Mak Senah mengusap kepala Tipah dan senyum ke arah anaknya itu. Tipah hanya memandang mamanya dengan wajah yang pelik dan aneh dan hairan. Sekali lagi budak remaja belasan tahun itu bersiul dek penangan wajah Tipah yg buruk tapi comel itu. Tipah mengalihkan pandangannya ke arah budak remaja belasan tahun itu.

"Kau siul apa, Boby? Kau tak ke sekolah ke?" Tipah menanya budak remaja belasan tahun itu. Ternyata, namanya Boby. Maka, senanglah kerja penulis agar tidak perlu menaip panjang.

"Kak Tipah ni, Boby siul dekat burung lah. Nak tangkap burung. Ibu kata nak masak burung puyuh tiga rasa tambah satu rahsia untuk dinner kejap lagi. Hari ni hari Sabtu lah Kak Tipah. Sekolah tutup." Laung Boby dan melastik burung puyuh yang baru saja terbang di atas kepalanya. Burung puyuh itu jatuh ke tanah dan terkangkang mati. Tipah menggelengkan kepala. Kasihan burung itu. Pasti ahli keluarganya mencari lantas membuat laporan polis.

"Tipah, ni ada duit mama sikit. Kau pakailah ketika kau dalam perjalanan ke KL nanti. Ni pula bungkusan kopi kita. Kau jual lah. Mana tahu laku. Bolehlah mama terkenal macam Dato' Vida tu. Tapi mama nak pakai tagline macam ni, 'Jantan hitam, cangkuk kembang, janda melaram, dara datang. Muahhh!' Okay tak Tipah?"

Tipah mengalirkan air mata. Dia berharap supaya mamanya tidak terkenal kerana tidak sanggup menjadi duta kopi mamanya dan menyebut tagline itu di depan jurukamera lintas langsung. Tipah memeluk mamanya.

"Tipah janji Tipah balik tengok mama kalau Tipah ada duit nanti. Tipah akan kerja very hard!"

"Mama sayang Tipah. Jangan lupa mama. Jangan lupa asal usul Tipah. Jaga diri. Dah, packing baju sekarang. Esok, Tipah boleh gi KL. Belikan mama baju Chanel sepasang eh?"

Tipah mengangguk. Begitu kasihnya mama terhadap dirinya. Tipah sedar bahawa mama tidak pernah meninggikan suara malah menghinggapkan tapak tangannya pada Tipah. Tipah respek Mak Senah. Kesabaran mamanya membesarkan dia tanpa lindungan seorang suami sangat Tipah kagumi.

Pernah seorang cikgu dari kampung seberang ingin menjadi suami Mak Senah tetapi Mak Senah menolak. Memori itu masih segar dalam ingatan Tipah walaupun ketika itu dia berusia 10 tahun. Tipah membuat flashback untuk melenguhkan jari penulis menaip kisah hidupnya. Lahanat kau Tipah! Penulis tidak dapat menahan amarahnya.

"Saya ni dah lama ada hati dengan kak Senah. Saya tahu kita berbeza bagai Che Ta dan Zain Saidin tapi hati saya ni memilih kak Senah jua dari jatuh cinta pada Julia, rakan sepermainan saya." Itulah dialog cikgu kampung seberang itu. Namanya Roslan.

"Kak faham. Tapi kak nak Lan faham, kak takut dengan mulut orang kampung. Dorang ni semuanya ada PHD Lan. Bukan canang orang. Cukuplah kak menahan seksa bilamana kak disumpah ..." Mama tak dapat menamatkan ayatnya kerana telah deras air matanya mengalir. Aku berlari mendapatkan mama.

Roslan memujuk Mak Senah. Tiap hari Roslan datang semata untuk membuktikan keteguhan cintanya terhadap mama. Roslan merupakan guru kelas Tipah. Roslan terpaku saat kali pertama Mak Senah hadir pada Hari Ibubapa yang meminta ibubapa berbincang mengenai pencapaian anak mereka.

Roslan mengeluh. Barangkali sudah mati akal untuk memujuk mama menjadi isterinya. Roslan bingkas bangun. Tipah cepat-cepat menyalam tangan Roslan dan menjerit riang mengucapkan "bye bye cikgu Lan."

Kedengaran deruman kereta Roslan meninggalkan perkarangan rumah Tipah. Mak Senah sudah tenang. Dia menyandar pada sofa.

Tipah memandang mamanya.

"Tipah sayang mama." Tipah petah mengatakan hal itu pada Mak Senah.

Mak Senah tersenyum dan menarik tangan Tipah menuju ke dapur. Mak Senah berhasrat untuk membakar kek sarang semut untuk Tipah dan ..... Roslan.

Sejak itu, Roslan tidak lagi bertandang ke rumah dua anak beranak sorang dara sorang mak tak dara itu. Roslan dikhabarkan sudah berpindah ke tempat lain pada keesokan hari ketika Tipah ingin memberi kek sarang semut itu pada Roslan di bilik guru.

"Cikgu Lan dah pindah, sayang. Cikgu Lan tu praktikal je dekat sini. Tipah bagi jelah kek sarang semut tu dekat cikgu eh? Cikgu pun lapar ni." Ujar Cikgu Zuraidah yang duduk bersebelahan dengan Roslan.

Tipah memberi bekal tersebut kepada Cikgu Zuraidah. Tipah tidak memberitahu hal itu pada mamanya. Sehingga kini, mama membenci Roslan kerana tidak memulangkan tupperware mahalnya yang dibeli dengan Gayah Avon sebulan sebelumnya. Tipah tahu akan kehilangan tupperware itu tetapi Tipah tidak begitu tahu bagaimana caranya untuk menyatakan hal sebenar memandangkan mamanya sedang berapi memarahi Roslan.

Tipah tahu dan diam.

Tipah Jalang ke Kuala LumpurWhere stories live. Discover now