Bahagian 1

30 3 0
                                        


PUYU berenang-renang di dasar laut, melihat keindahan lautan yang luas terbentang. Rumpai- rumpai laut meliuk-lintuk ditolak arus lembut sehingga dia terlupa, apa perlunya dia di sini. Puyu kini tersedar dia berada di bawah dasar laut. Batu-batu karang hitam direnung dalam, mengingat semula apa yang telah berlaku terhadap dirinya, sungguh suatu keajaiban!.

Puyu melihat ikan-ikan berwarna-warni yang cantik bermain-main dengan batu karang. Dia mencuba lagi mengingat-ingat, namun hampa, dia tetap terlupa.

"Apa perlunya aku di sini. Tempat apakah ini? Arghhhh!!"
Puyu menghempaskan keluhan, resah gelisah dia di dunia yang aneh dan serba baru ini. Dia terus berenang-renang
masuk ke dalam gua kecil, lakaran kehampaan hitam kelam memenuhi ruang fikiran. Puyu merasa sedih.

"Apakah aku sekarang bermimpi? Atau ini hanyalah khayalan fantasi? Oh my god.. aku akan tinggal di dunia yang aneh ini selama-lamanya. Tidak...tidak...
tidak mungkin." Hati kecilnya berkata-kata sendiri. Jiwanya
cukup kacau saat ini. Dia terus tekun berfikir-fikir mencari jawapan yang belum pasti.

Tiba-tiba, seekor ikan comel tergesa-gesa memasuki gua kecil tempat teduhan si Puyu. Terkejutlah ia dengan kehadiran ikan tersebut. Duri di atas badannya serta merta mengembang. Ikan comel itu pun agak ketakutan, dia berhenti berenang, terpaku melihat spesis ikan yang aneh itu. Bila dia mahu berundur, si Puyu segera menegur dengan kasar.

"Siapa kau ni ikan kecil?" Puyu membuat riak muka garang dan serius. Manakala si ikan comel pun berkata terketar-ketar.

"Maa...maaf kan aku penunggu gua. aku masuk ke sini kerana mahu menyelamatkan diri dari di kejar sang Jerung yg suka membaham kaum kami." Si ikan comel tidak keruan berenang tidak tentu arah di sekitar gua.

Si Puyu terus memerhatikan ikan comel itu dan diam seketika dan lantas berkata.

"Comel sungguh warna badan kau si ikan kecil. Kau juga lucu, siapa nama kau?" Si Puyu seakan mahu tertawa bila melihat si ikan comel tak tentu arah.

"Na... Nama... Aku... Ancient Nemo... kawan-kawan memanggil aku, Nemo saja. Bolehkah aku menumpang di gua ini seketika wahai tuan penunggu gua.." Nemo sudah kurang gementar lalu mendekati si Puyu yang sudah pun menutup duri-duri tajam di atas badannya.

"Owhh, Nemo... nama aku pula adalah Puyu, aku bukanlah penunggu gua ini." Sekali lagi si Puyu ketawa berdekah-dekah. Tapi si Nemo pula masih terkial-kial melihat si Puyu ketawa gelihati, apalah yang lucu sangat.

"Benarkah begitu wahai tuan?" Nemo berasa curiga juga, kerana ikan yang di hadapi ini berbeza benar dengan ikan-ikan yang berada di dasar lautan ini. Semua jenis ikan-ikan laut sudah ditemui, yang seekor ini tak pernah pula ia terlihat.

"Benar itu sahabatku. Aku tersesat jalan lalu aku ketakutan dan menyorok di dalam gua ini." Jujur si Puyu.

Dia tertunduk lemah. Giliran Nemo pula mentertawakan si Puyu.

"Benar-benar gila ini." Nemo berkata di dalam hati dan terus mentertawakan Si Puyu dengan menghempas-hempaskan tubuhnya di atas lantai pasir gua. Seronok betul dia mengenakan si Puyu.

Puyu & NemoWhere stories live. Discover now