Bab 1

9.2K 164 10
                                    

Yasmin mengemas bilik barunya yang serba lengkap itu. Sedang dia ralit berkemas. Gambar ibu ,papa dan adiknya yazid diambil. Rindu. Itulah apa yang dirasa Yasmin. Rindu ibu. Berat hati menerima ketiadaan ibu yang baru shaja meninggalkan dia dan Yazid. Berat juga memikirkan bagaimanakah kehidupan mereka berdua di rumah mama tirinya ini iaitu istri pertama papanya.

Tanpa disedari Yusri, abang tirinya atau mesra dipanggil Along menjenguk masuk. "Min.." . Tersentak Yasmin dibuatnya. Lantas air mata dikesat.

"Min, ibu dah pergi. Tak baik tangisi lagi. Nanti ibu tak tenang."

"Maaf along. Susah untuk Min hadap benda ni. Semua terjadi terlalu cepat. Min perlu masa. "

"Yelah, along faham. Along tau Min ni kuat. Along yakin Min boleh hadapi semua ni. Yang penting Min kene tau, Min bukan sorang sorang Along ade, Yazid, mama, papa, kak Yumna pun ade untuk Min. "

Yusri menepuk nepuk bahu adik perempuan keduanya tu memberi kekuatan.

"Emmm, Along. Min nak tanya sikit boleh?"

"Boleh, apa dia?"

"Kak Yumna,, dia-.."

"Min pun kene bagi masa kat kak Yumna tu. Dia sayang Min sebenarnya. Along tau. Hati dia bukan keras sangat. Cuma dia susah nak terima bile dapat tau papa pasang lagi satu. Min sabar sikit eh, lame lame okay la tu. Min cuba la ambil hati dia."

Yasmin hanya mengangguk lemah. Bukan senang nak tambat hati kak Yumna tu. Pantang nampak mereka dua beradik, ade je yang tak kene. Moga-moga Allah kuatkan hati mereka dan lembutkan hati kak Yumna juga.

"Dahlah Min, jom, mama panggil makan sebenarnya. Min tinggal dulu ni, nanti sambung balik. Jom kita makan. Papa pun dah balik tu. Nanti along nak pergi kerja balik ni. "

"Oh,, okay long."

»»»»»»»»»»»»»»»»»

Rumah papa ni besar. Besarnya boleh memuatkan 2 ruang tamu, bilik sorang satu dan 2 bilik tetamu. Dapur pun ada dua. Kata Mak Piah,pembantu rumah ni, satu dapur kering, satu dapur basah.

Nak dibandingkan dengan rumah ibu dulu memang jauh bezanya. Bukan papa tak adil, tapi ibu tak suka rumah yang terlalu besar. Tiga bilik cukuplah. Lagipun kediaman kami hanya di pekan. Tak mahu nampak lain dari yang lain. Cukuplah orang sekeliling mengata banyak tentang kami.

My AntidoteWhere stories live. Discover now