Diari 160621

1 0 0
                                        

Kadangkala ada syarat bagi peroleh rezeki Allah yakni sahabat. Inspirasi coretan ini berakar umbi dari program ukhwah sekretariat PeACE'16 yang berlangsung selama 3 hari.

Aku memang suka kalau pasal kem macam ini. Sejak aku dari sekolah rendah lagi, dalam diasah bak pisau menoreh arwah tok; untuk sertai program sedemikian. Alhamdulillah, tahun berganti tahun, dari personaliti pemalu aku yang tegar, kini mencari kawan baharu semakin menjadi hobi aku. Bermesra dengan cara aku yang tersendiri; bergurau umpama anak-anak-anak kecil. Senyuman tersisir di bibir rapi tiap kali perbualan tercetus.

Sedar atas zaman akhir zaman dan bau malang yang tidak dihidu dek hidung, aku tahu aku patut hargai nafasku dengan sifat mahmudah yakni sifat baik-baik belaka. Apakah gunanya sifat mazmumah jika ia acapkali buatkan hati resah saban hari.

Suatu yang aku selalu buat dengan orang sekeliling. Perhati dan belajar. Minatku dalam bidang lakonan, dalam teater terutamanya, membuatkan aku melihat sifulan atau sifulanah dari segi reaksi wajah, perilaku, bahasa badan dan perbualan.

Sebelum pudarnya memori kem 3 hari itu, wajar aku coret dengan perasaan luar biasa ini.

Seperti biasa, personaliti pendiam aku menyelumbung diri. Sebelum ini, aku terlalu ambil masa yang lama untuk kenal rapat, tetapi kali ini lebih baik. Aku cuba mulakan perbualan terlebih dahulu. Berjaya. Mungkin dalam kuantiti peserta yang ramai, buatkan aku kekok untuk kenal semua. Manusia ini hanyalah ciptaan Allah SWT yang tidak sempurna.

Hari terakhir. Tatkala sesi Refleksi Diri bersama 'adik-beradik', buatkan aku terharu dan hampir sahaja linang air mata. Namun, ego seorang lelaki mahu control macho. Sedar bahawa hati ini sebak dengan 'adik-beradik' dalam bulatan besar itu. Tiap wajah ditatap. Adakah aku bakal bertemu dengan mereka ini nanti? Adakah adanya rezekiku untuk bersama-sama mereka semula? Hanya Allah SAT yang Maha Mengetahui.

Dalam meninggalkan mereka, aku berdoa di dalam hati;

Ya Allah, kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada sahabat-sahabatku samada lama mahupun baharu di dunia dan di akhirat.

Engkau permudahkan urusan mereka. Amin.

Aku masih berpegang dengan ungkapan ruji ini. Bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan permudahkan urusan kita. Ia suatu yang pasti. Mungkin kita tidak dapat perkara yang kita mahu. Namun, Allah SWT berikan kita perkara yang jauh lebih baik dari perkara yang kita hendak.

Siapalah diri ini untuk menjadi rebutan di dunia walhal bidadari-bidadari sedang menanti nun di Syurga.

Dear DiaryWhere stories live. Discover now