Aku baru sahaja turun daripada kereta ayah. Diusung bagasi lalu diparkirkan di tepi bangku berhampiran kantin. Jam menunjukkan 11:21 pagi. Berbondong-bondong pelajar asrama mengheret bagasi masing-masing. Ada riak yang terlalu teruja, mungkin kerana dapat bertemu semula dengana kawan yang telah ditinggalkan selama lebih sebulan. Ada juga yang kelihatan sayu, mungkin pelajar tingkatan 1. Aku juga tergolong dalam kelompok yang sayu.
2 jam kemudian,
Segala perihal asrama telah selesai. Pada pukul 4:40 petang, ibu dan ayah pulang. Maksudnya, aku di sini sendirian. Pertama sekali masuk ke sekolah menengah, aku terasa janggal. Aku seperti terlalu kecil hingga aku tersangat malu hendak menegur senior-senior mahupun kawan yang sebaya denganku.
Aku duduk atas katil. Buka stokin dan aku membiarkan badan aku berehat setelah penat. Mata aku mula terpejam.
"Adik, adik dah solat ke belum ni? Dan nak pukul 5. Kalau tak solat, oegi solat," seorang senior barangkali, menegur aku yang telah pun terpejam. Tidak sampai 20 minit aku terlelap, kini aku sudah bangun kembali.
Sambil menggosok mata, aku pun jawab "belum," akak tersebut mengajak aku pergi ke surau bersamanya. Dalam perjalanan ke surau, dia bertanya kepadaku beberapa soalan tentang diriku.
"Duduk mana?" "Nama siapa?" "Kenapa sekolah sini?"
Soalan terakhir itu sangat sukar bagi aku kerana aku ke sini bukanlah dengan hati yang terbuka. Ini kehendak ibu dan ayah. Aku sebenarnya tidak mahu sekolah di MRSM ini kerana pertamanya, berada di ceruk kampung, kedua, jauh daripada rumah. Walaupun keputusan UPSR aku 5A tetapi aku sangat tidak berharap untuk bersekolah di sini.
Aku jawab soalannya satu per satu. "Saya duduk di Shah Alam," "Nama saya Diana. Panggil Ana pun boleh," "emm hehe, nanti la kak. Kita solat dulu ya?" Soalan itu benar-benar sukar untuk aku jawab.
Usai solat, aku dan kakak tersebut berehat di luar surau. Aku mula bertanya kepadanya.
"Nama akak siapa?" "Tingkatan berapa?" "Dorm mana?" "Duduk mana?"
"Nama akak Ramlah. Akak tingkatan 5. Akak sama dorm dengan Ana, dorm Alfa. Akak asal Kampung Batu Pecah," jawabnya.
Aku sebenarnya tidak pernah tahu Kampung Batu Pecah itu di mana tetapi aku malas hendak bertanya. Sepanjang 30 minit berlalu, kami sembang pelbagai cerita. Serba sedikit, aku merasakan Kak Ramlah sangat baik dan prihatin.
Kami pun pulang ke dorm masing-masing. Malam ini ada perhimpunan ibadah serta pelantikan exco bagi tahun 2016. Aku berhasrat untuk mengemukakan pendapat aku untuk menjadikan Kak Ramlah sebagai ketua asrama.
