Chinta Unlimited - Bab 2

3.3K 122 33
                                    

Berdiri sendirian di satu sudut, mata Nani ralit memandang sekeliling. Kagum juga dibuatnya melihat suasana majlis perasmian showroom dan pejabat milik kenalan abang kepada kawan baiknya, Leanne. Leanne dipaksa temankan abangnya Izad, Nani pula kena paksa temankan Leanne. Dia pula bila melibatkan Leanne, nak kata tak nak, payah betul! Maklumlah, sudah terlampau kerap termakan budi si kawan baik. Takkan Leanne minta tolong sikit macam ini, dia tak nak tolong pula Dia pun bukannya ada kerja. Daripada melangut dekat rumah, elok juga dia datang. Siap dapat makan dan minum percuma lagi!

Pamphlet di tangan dibelek. "Joy Home Design Studio. Furniture retailer and supplier... hmm... Founder..."

"Nani!"

Terlepas pamphlet dari tangan. Tangan naik ke dada, terkejut kena sergah dengan Leanne.

"Kau dah kenapa?" Nasib baik jantung kuat lagi! Kalau tak, tak memasal Puan Kamariah kehilangan anak dara tunggal dia. Yang minah ni pula, apasal yang pucat semacam?

"Jom balik!"

"Balik? Laa... majlis belum mula pun. Yang nak balik kenapa?"

Makan pun belum lagi kut. Perut dia dari siang tadi sengaja tak diisi makanan berat. Satu, takut dress yang dia pinjam dari Leanne ni tak muat, kedua, takut kenyang, rugi pulak tak dapat menikmati makanan dekat sini nanti. Inipun perut dah pedih minta diisi. Masa lalu depan meja buffet tadi, boleh tahan sedap juga nampak makanannya. Kambing golek uolsss!

"Tak payah tunggulah. Kita balik je sekarang!"

"Abang Izad?"

"Pandai dialah balik sendiri..." Leanne tarik tangan dia menuju ke tangga keluar. Kepala asyik tertoleh-toleh ke belakang, macam orang takut.

"Dia memang pandai balik sendiri, Lee. Kita ni nak balik naik apa?" Datang tadi pun satu kereta dengan Abang Izad. Sah-sah kunci kereta ada pada Abang Izad. Nak naik kenderaan awam? Kemain jauh ke jalan besar sana pondok basnya. Dahlah dia siap dengan heels bagai. Memang tidaklah dia nak berjalan jauh dengan kasut tinggi macam ini.

"Alah! Leceh betullah!"

"What is wrong with you? Yang takut-takut dengan muka pucat bagai ni kenapa?"

Leanne terteleng-teleng lagi ke belakang. Nani pun ikut sama memandang walaupun dia tak tahu apa yang dipandang.

"Oh shit!" Leanne menyumpah.

"Babe, don't look!" Cepat dia pandang ke depan, lindungi Nani dari memandang ke belakangnya. Nani dah kerut dahi. Don't look? Duhhh... dah namanya manusia. Don't tu dah serupa macam Do. Yang Don't itulah yang orang akan buat.

Nani senget kepala ke tepi, cuba memandang apa yang dilarang Leanna. Bukannya ada apa pun. Setakat Abang Izad yang tengah berjalan menghampiri mereka dengan senyuman bikin hai cair sambil lambai tangan ke arah dia. Automatik tangan dia naik melambai sama... bibir turut sama tersenyum lebar. Senyum lebar yang perlahan-lahan kendur.

No...no...no...no...no! It can't be!

Mata dipejam celikkan berkali-kali. Cermin mata tak betul ke? Baru tukar kut! Pelanduk dua serupa? Mungkin juga.

Tapi...


Square jawline tu sama.


Lekuk di dagu pun nampak sama.


Dan bila pandangan matanya bertembung dengan si dia, rasa yang terasa di hati tu pun sama!

"Oh shit! Oh shit! Oh shit!" Giliran dia pula menyumpah. Triple shit lagi! Mata dia dah membulat. Mulut dah ternganga tak tahu nak cakap apa lagi. Sepantas kilat dia berpusing, berdiri bersebelahan Leanna yang dah tegak macam tugu.

Chinta UnlimitedOnde as histórias ganham vida. Descobre agora