1

28 4 0
                                        


**********
¤Bab 1

Aqish mengeluh.Penat melayan pelanggan sepanjang hari ini untuk promosi sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di kedainya.Badannya terasa sengal kerana terlalu lama berdiri dan berjalan ke sana sini,memang kena dengan kerjanya yang membuka kedai kasut.Promosi kali ini memerlukan dia turut serta oleh kerana pelanggan yang datang begitu ramai ke kedainya

Selesai semuanya,Aqish dan semua pekerja yang lain bergerak balik ke rumah.Makan malam bersama-sama pekerjanya yang telah dirancangkan terpaksa dibatalkan dengan alasan semuanya terlalu penat hari ni dan mahu segera pulang

Sebaik sahaja Aqish menjejakkan kaki ke lantai biliknya,telefon bimbitnya berdering tiba-tiba.Aqish lantas mengeluarkan telefon bimbitnya itu dari beg galasnya.Membaca nama di skrin,panggilan itu segera di jawab

"Assalamualaikum,ibu...."ucapnya sambil memanjat naik ke atas katil.Selendang yang menutupi kepalanya ditanggalkan

"Waalaikumusalam.Dah habis kerja?"tanya Puan Aini di hujung talian

"Baru je habis.Ni pun baru aje sampai rumah.Tak sempat nak rehat pun lagi"adu Aqish.Enaknya dapat baring di atas katil

"Ibu,sebenarnya risaukan kamu ni,qish"keluh Puan Aini

"Kenapa?"Aqish mengerutkan muka.Rasa-rasanya dia dapat menduga apa yang bakal dikatakan oleh ibunya sekejap lagi

"Kamu tu asyik kerja je.Sibuk memanjang.Sampai tak de masa langsung untuk diri sendiri.Kalau macam ni,bilalah ibu nak dapat menantu,qish?"Puan Aini mula berleter panjang lebar

Aqish mengaru-garu kepalanya.Memang dia sudah agak topik itu pasti akan dibuka

"Ibu,qish penatlah....baru aje habis kerja ni.Tadi dah lah ramai pelanggan.Ibu bagi qish rehat kejap boleh tak?"pintanya dengan suara yang sengaja dilemahkan

"Hah!tu nak cari alasan la tu,bila ibu cakap sikit aje,mulalah nak bagi alasan macam-macam.Ibu ni bukan apa,qish...kamu tu dah nak masuk dua puluh lima tahun.Dah layak pun kalau nak bersuami.Anak dara tak elok kahwin lambat-lambat.Bla...Bla...bla"

Aqish menekup muka ke bantal.Bebelan ibu membingitkan telinganya.Bukan dia tak mahu kahwin.Dia mahu,cuma calonnya yang belum ada

"Ibu,kan qish dah cakap banyak kali.Qish belum jumpa lagi calon yang sesuai untuk dibuat suami."tekan Aqish entah untuk kali ke berapa

"Macam mana nak jumpa kalau hari-hari kerja aje"

"Ibu kita cakap pasal hal ni lain kalilah ya?qish penat ni,nak rehat,nak tidur.Esok kena kerja ni.Nanti qish telefon ibu balik ya?Bye,assalamualaikum.Good night"

Aqish terus mematikan talian sebelum sempat ibunya menjawab

Seketika dia mengeluh.'ibu,bila qish dah jumpa calonnya,qish kahwin terus dengan dia'bicara Aqish sendirian sambil mengambil phonenya dan menangkap gambar pergelangan tangannya

Terus dia upload dalam ig dengan caption [ Bila inai akan menghiasi ]

XXXXXXXXXX

Sebaik menjejakkan kaki di apartmen yang disewa,matanya tertancap pada tv yang terpasang tetapi tiada sesiapa yang melihatnya

"Ya Allah,siapa yang nak bayar bil elektrik nanti?"keluh Aqish.Beg galasnya diletakkan di sisi sofa.Remote control diambil dan ditekan punat off dan diletakkan di atas sofa

"Hani!kenapa tak tutup tv?"Aqish menjerit memanggil rakan serumahnya itu

"Hani!"panggilnya lagi apabila panggilan pertama tiada sahutan

"Yana!kau dah balik ke?Kejap,aku dalam bilik mandi ni!"sahut Hani dari dalam bilik mandi.Suaranya kedengaran sayup-sayup

Tetiba Hani baru sahaja keluar dari bilik mandi

"Kenapa tak off tv tadi?"tanya Aqish lagi sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa

Hani yang masih berkemban dengan tuala mengambil tempat di sisi Aqish

"Sorryla aku lupa"balas Hani

"Eh,tadi ramai pelanggan kan?ada tak lelaki yang hensem?tanya Hani lagi yang berminat ingin tahu

Aqish berpaling ke arah Hani dengan mata membulat

"Kau pergilah masuk bilik.Pergi pakai baju.Tergugat aku tengok kau berkemban macam ni tau?"gurau Aqish sengaja mengalih topik

"Err...tapi...Yana...aku"

"Pergi mandi.bye!"Aqish melambai dan terus menutup pintu biliknya

"Hish orang tanya aje,apasalahnya timba cari perigi!"kutuk Hani.Sengaja menguatkan suaranya agar Aqish mendengar bebelanya.

"Aku bukan timba!"jawab Aqish dari dalam bilik

XXXXXXXXXX

Aqish dan Hani keluar membeli-belah pada waktu tengah hari.Setelah penat ke hulu ke hilir,akhirnya Hani mengajak Aqish untuk singgah di mana-mana restoran buat mengisi perut

"Banyaknya kau beli,Yana!"kata Hani.Tergeleng kepalanya melihat beg-beg kertas yang bergantung di tangan Aqish

Aqish tersengih"Ala sekali sekala,apa salahnya kan?"balasnya lantas tergelak kecil

"Macam manalah nanti lelaki yang nak dekat kau"balas Hani lagi.Jus tembikai di dalam gelas disedut sedikit.Lega rasanya dapat basahkan tekak yang kering daripada tadi

"Ye ke?Ntah"jawab Aqish selamba dan mengeluarkan phonenya,lalu mengambil gambar beg-beg kertas yang diletakkan disebelahnya

Terus diupload dalam ig dengan caption[sanggup ke kaum adam?]

Hani yang melihat aksi Aqish hanya menggelengkan kepala dan berkata"kau ni tak habis-habis dengan instagram kau,tahu la ramai pengikut"

"Aku hanya memberitahu perkembangan semasa"jawab Aqish sambil tersenggih-senggih

"Yalah tu.Ha!apa kata kau cari calon suami kau dalam instagram"soal Hani tersenyum ke arah Aqish

"Instagram?"tanya Aqish dengan pandangan pelik.Biar betul!cari calon suami dalam instagram!

"Yes.why?"

"Hmm..kau pun dah jadi macam mak aku jugakan?tak habis-habis cakap pasal kahwin"ujar Aqish tegas

"Emm yalah...yalah"balas Hani

XXXXXXXXXX

Aqish yang sedang bermalasan di sofa dan Hani yang ketika itu sedang duduk sambil menonton tv memandang ke arah Aqish dengan pandangan pelik

"Kau ni kenapa?"tanya Hani

"Tak ada apa.Tadi aku buka insta dan tetiba ada orang komen gambar yang aku upload tadi......"jawab Aqish

"Siapa?"

"Ntah tapi lelaki"

"Hensem?"

"Hensem tu memang la hensem tapi dia aktif dekat insta"jawab Aqish acuh tak acuh

"La okey la tu.Kau pun aktif insta jugakan"

"Hmmm memang la.Tapi kau tak rasa ke kalau lelaki aktif sangat,mesti ramai perempuan kan?"

"Cik Aqish Liyana,mana kau tahu dia macam tu?janganlah fikir negatif sangat"ujar Hani lagi

"Hmm..."Aqish seperti berfikir
"Tengoklah macam mana"tambah Aqish lagi

**********

~hope korang enjoy in second story.....
~jangan lupa vote n komen tau
~sebarang kesalahan harap dimaafkan

Hope cerita ni dapat sambutan n memberi saya semangat untuk terus sambung this story.....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr IGWhere stories live. Discover now