Chapter 2

82 5 0
                                    

                 "Baiklah kelas. Sampai sini saja. Saya nak awak hantar tugasan yang saya bagi hari. Paling lewat pukul 3 petang. Faham?" "Faham miss!" Shinbyul meletakkan tugasan di atas meja dan menuju ke kantin. "Weh korang pergi dulu. Aku ada hal jap. Nanti aku datang." kata Shinbyul kepada Wonwoo dan Vernon. Setelah itu, Shinbyul masuk semula ke kelasnya. Dia memerhatikan segenap ruang dalam kelasnya dan mendapati ada seorang perempuan sedang meletakkan kepala di atas meja sambil menangis. Shinbyul mendekati pelajar itu. "Hurm hurm, ahh Namjoo awak okay tak?" tegur Shinbyul. Namjoo mengesat air matanya apabila mendapati Shinbyul menegurnya. Namjoo tidak menjawab pertanyaan Shinbyul malah dia hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.

                 "Awak sorang je ke?Jomlah rehat dengan saya." ajak Shinbyul. "Eh takpelah, saya dah biasa sorang sorang. Lagipun kawan awak mesti taksuka saya. Saya ni orang susah." balas Namjoo. "Ehh taklah,berani diaorang nak benci awak. Saya tumbuk muka diaorang.Hahhahh, saya nak kawan dengan awak." Namjoo sedikit tersenyum mendengar gurauan Shinbyul. "Jomlah nanti tak sempat nak makan." "Ehh tak payah lah nan............" Belum sempat Namjoo menghabiskan ayatnya, Shinbyul menarik tangannya menuju ke kantin.

                    Di Kantin, Moonbyul,Woohyun dan Joshua sudah menunggu mereka di tempat biasa iaitu meja VVIP. "Wehh mana Shinbyul?" tanya Moonbyul apabila mendapati Shinbyul tidak ada bersama Wonwoo dan Vernon. "Dia lambat sikit, ada hal katanya." balas Vernon. Beberapa saat kemudian, Shinbyul menghampiri mereka sambil membawa dulang makanan. Moonbyul menjeling pelajar yang berada di sebelah Shinbyul. "Siapa pulak perempuan ni?" kata Joshua. "Guys mulai sekarang Lee Namjoo ialah ahli group kita." Moonbyul yang sedang minum air soyanya tersembur mendengar ucapan Shinbyul. "What?!!!" jerit mereka serentak kecuali Woohyun. "No way, dia takda standard nak kawan dengan kita semua" bangkang Wonwoo. "Betul tu. Aku tak setuju." sokong Joshua. "Weh kau dah kenapa Shinbyul? Kau nak ajak budak miskin ni join group kita? Aku tak setuju" bantah Moonbyul. "Guys apa salahnya dia join group kita.Lagipun dia takda kawan kan." kata kata Woohyun membuatkan Moonbyul, Wonwoo, Joshua dan Vernon terkejut beruk.

                   "Weh woohyun kau dah kena bomoh ke dengan budak miskin ni?" kata Joshua. Namjoo tidak dapat menahan air matanya. Dia segera berlari meninggalkan enam sahabat yang sedang bertengkar disebabkan 'budak miskin' macam dia ni. "Namjoo!!!" panggil Shinbyul. "Korang pikirlah kalau korang taknak terima Namjoo join group ni, aku keluar dari group ni. Muktamad !!" kata Shinbyul sebelum meninggalkan mereka. Woohyun juga mengejar Shinbyul dari belakang. "Tak guna punya budak miskin. Kau pikir kau siapa hah?!!!" jerit Moonbyul. Joshua cuba menenangkan Moonbyul yang sedang naik hantu.

                   "Namjoo, saya minta maaf pasaltadi. I'm really sorry" "Takpelah Shinbyul. Saya tak ambik hatipun.Saya sedar siapa saya." balas Namjoo. Woohyun datang mendekati merekadan menghulurkan dua bungkus roti kepada Shinbyul dan Namjoo. Namjoo tidakmenyambut roti yang dihulurkan oleh Woohyun. "Ambil lahh, taadi awak taksempat makan pun kan." Namjoo mengesat air matanya lalu tersenyum."Terima kasih." Woohyun membalas senyuman Namjoo. 

REUNIONWhere stories live. Discover now