Rokok

6.8K 255 16
                                        

Malam tu aku takle tido.Panas. Kipas yang ada pun penuh dengan seluar dalam cilake betul sapa yang gantung ni , segera aku mencampakkan ke bawah sebab geli sebab terpecik airnya kadang-kadang.

Aku tido di katil atas (double decker) . PANAS. Aku mengeluh sendirian. Kedengaran kawan2ku kemain berdengkuq lagi. "Lena pulak depa ni tido". Konplain aku di atas. Jadi aku bercadang untuk isap rokok yang memang aku simpan di bawah bantai busukku. Namun hampa. Stok aku abes. Aku pun terfikir untuk rembat fifie punya rokok dalam locker dia. Segera aku turun bukak locker fifie hujung sekali tepi tingkap.

Selepas aku amek , aku tutup balek locker dia dan berjalan ke katil. Tiba-tiba...

Telinga menangkap bunyi dari dalam locker fifie. Bunyi macam radio rosak. "Eh , sejak bila si fifie ni ada simpan radio rosak ni" , terdetik dalam hati aku.

Patah balik.
Perlahan aku bukak!
Tiada apa-apa.
Aku cuba meraba2 dengan tangan.
None.
Memang tadak apa pun.
Aku dah mula cuak.
Perlahan aku menutup pintu locker.

Sebaik saja aku tutup pintu locker(locker fifie tepi tingkap)

Terpacul satu lembaga.
Berbungkus atas kepala.
Mukanya terbukak.
Kelihatan seperti muka orang. Tetapi mukanya pucat dan berdarah.

Aku terkejut. Dengan tiba2 benda tu terpacul tepi tingkap. Terjojol matanya. Aku berundur ke belakang dan terjatuh. Terkejut.

Aku lari ke katil aku . Cepat2 aku selubung. Zasss selimut aku ditarik! Ntah sapa yang menariknya. Kini aku tiada alas untuk menutup diri aku.

Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu melayang atas badan aku. Cepat2 aku raba. Hah? Seluar dalam yang aku lempar ke bawah tadi , sapa pulak yang lempar balek ?

Dengan berani dan takut aku menjenguk ke bawah

Alangkah terkejutnya kerana di bawah ada lembaga di tepi tingkap tu. Berbaring di bawah. Badanya bergerak2 dan berguling2 di bawah katil dalam dorm!
Benda tu berguling dari hujung hingga ke katil aku. Walaupun aku di atas tapi aku masih dengar bunyi benda tu berguling.

Aku mula menekup bantal ke muka dan membaca ayat kursi , tu saja yang terlintas di fikiran. Hampir 5 minit .
Senyap. Aku sempat mengintai ke bawah. Tiada apa2! Fuhh lega rasanya. Cepat2 aku menarik cadar dan berselimut , tertidur sampai pagi.

Selepas kejadian tu , aku berazam tanak merokok lagi. Tuhan , aku sampai sanggup ke klinik untuk berhenti merokok dari jumpa benda tu lagi.

The end.

WujudStories to obsess over. Discover now