"Alhamdulillah, dah selesai semuanya" seorang lelaki berketerampilan mewah bersarungkan pakaian berjenama gah itu tersenyum lega.
"Mana pulak si Uzzam ni?" soal isterinya.
"Awak pergilah jenguk dia dalam bilik tu. Cakap dengan dia tak payah nak sedih sangat. Kita bukan nak pergi mana pun, nak balik tanah air kita jugak kan. Takkanlah sampai bila bila kita nak duduk negara orang putih ni." lelaki separuh abad itu membuka kata.
Agak risau melihat anak lelakinya yang sudah 2, 3 hari bermurung tanpa sebab. Mungkin ada sebabnya, namun mereka tiada jawapan bagi sebab itu. Normallah, anak muda generasi kini jarang mahu berkongsi masalah dengan ibu bapa. Tak seperti generasi dulu, apa apa sahaja mesti dahulukan ibu bapa, mesti kongsi cerita dengan ibu bapa. Lagi lagi jika anak muda yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang kaya, berpengaruh dan disanjung seperti Idrus Uzzam, golongan muda seperti ini lebih mahukan kebebasan dan ruang privasi. Tak mahu dikongkong dan di atur kehidupannya. Namun begitu, Uzzam sentiasa patuh akan arahan kedua-dua orang tuanya. Nak dikatakan Dato' Uzair dan Datin Nadira garang seperti singa, tidak pula. Malah, mereka boleh dikatakan ibu bapa yang penyayang bagi ibu bapa yang bekerjaya dan berpengaruh yang sentiasa sibuk dalam urusan kerja.
Datin Nadira menuju ke bilik anak bujangnya. Semakin menghampiri bilik yang terakhir, semakin kuat bunyi petikan gitar walaupun bunyinya agak perlahan. Pintu bilik dikuak. Memang sengaja dibiarkan tidak berkunci kerana asyik ulang alik ke ruang tamu untuk meletakkan barang barang yang telah siap dibungkus.
"Uzzam, dah siap?"
"Dah mummy." balas Uzzam yang sedang memetik gitar.
Barang-barang sudah dibawa keluar cuma hanya tinggal katil, almari dan meja belajar. Uzzam agak sedih mahu meninggalkan apartment mewah itu. Sudah 4 tahun mereka sekeluarga mendiami apartment di pinggir bandar London, England. Kebetulan Uzzam menyambung pelajaran di sebuah universiti yang terletak di bandar itu, dan Dato' Uzair pula ada projek untuk menubuhkan hotel di bandar megah itu. Magician Hotel warisan keluarga dari zaman datuknya, almarhum Dato' Nizar iaitu moyang kepada Uzzam.
Uzzam melayan perasaan sepanjang perjalanan sambil memandang kosong ke arah awan yang putih bak salji dan mungkin gebu seperti kapas kalau mampu dipegang. Perasaannya berbelah bahagi sama ada patut berasa gembira atau berduka atau lega mungkin. 4 tahun di negara orang bukanlah tempoh yang agak lama. Namun, sudah banyak pengalaman dan peristiwa manis mahupun pahit telah dilalui di situ. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia melupakan semua peristiwa di London dan buka halaman baru apabila tiba di Malaysia, tanah air tercinta.
**********
"Dah dah lah tu asyik makan aiskrim je. Baik tak payah pakai braces kalau tak reti jaga gigi." Sofiya bersuara. Agak geram lihat karenah bestfriendnya yang tak pernah berenggang dengan makanan manis.
"Siapa cakap kita tak pandai jaga gigi?" Safiyyah mencebik bibirnya yang nipis. "Hey, kita gosok 3 kali sehari tau." sambil menunjukkan 3 jarinya. "tu tak kira lepas makan lagi. Dalam satu hari berapa kali kita makan. Ha kira, kira. Banyak kali tau. Kita pandai jaga gigi tau." sambungnya lagi sambil menunjukkan ekspresi muka yang bajet.
Sofiya mencubit pipi pau bestfriendnya yang montel. "Ish, orang cakap mesti tak nak kalahkan? Nak menang je. Ambik ambik." Sofiya memerli.
Telefon bimbit berdering.
"Hello ma"
"habis kelas terus pergi taman ni. Makan aiskrim ni ha "
"kenapa ma? Mama nak suruh adik dengan Sofi jaga butik ke?"
"malam ni?"
"hmm okey. Bye mama, muah muah. Tunggu kat rumah tau."
Safiyyah memutuskan panggilan.
KAMU SEDANG MEMBACA
Childish
RomansaApa akan jadi apabila seseorang yang berperwatakan keanak-anakan dan manja disatukan dengan seseorang yang agak perengus dan suka membuli di atas kehendak keluarga kedua-dua belah pihak? Atas beberapa sebab yang menjadikan mereka terpaksa akur akan...
