13

99 4 0
                                    

"Morning Honey" Galang berbisik ditelingaku sambil tangannya masih melingkar di badanku.

"Morning." Balasku ringkas.

"Ayo bangun udah subuh ini." Galang berbisik lagi.

"Alaa ngantuk lah. Penat 'OT' malam tadi. Orang tu lah tak gatal sangat. Hahaha. 10menit lagi ya" aku memberi alasan.

"Hahahaha. Udah. Ayo bangun. Atau mahu aku..-" Sebaik menuturkan perkataan terakhir itu wajahku dicium berkali-kali.

"Udah Lang. Hahahahah. Berhenti Lang. Ayo berhenti. Iya aku bangun. Hahahaha." Setiap perkataan yang kututurkan diselangi dengan ketawa yang tak tertahan kerana geli.

Selesai mengaminkan doa, Galang menghulurkan tangannya padaku. Selepas aku menyalaminya, Galang mencium ubun-ubunku.

.......

Sudah hampir 6 bulan kami menjadi suami isteri.sudah 5bulan aku berhenti bekerja. Kami berpindah kerumah baru yang terletak di kawasan sekitar rumah mama dan papa. petang itu aku mengajak Galang ke danau. Tempat aku dan Niq selalu melepak. Kami mengambil duduk di pangkin sambil aku bercerita tentang kisah silamku dan Niq pada Galang.

"Lang kamu ngak nyesal nikahi aku?" Tanyaku sambil memandang wajahnya.
"Kenapa harus nyesal? Aku itu cinta mati sama kamu" Galang memegang pipiku.

"iya. Ngak lama lagi cinta kita akan berkubur sama jasadku. Apa kamu akan nikah lagi?" Tanyaku.

"Ardian. Sudah. Aku ngak mahu omongin soal ini lagi. satu hal kamu harus tau. Cinta aku cuma buat kamu" Air
mukanya sedikit berubah.

"Iya." Aku mengalih pandangan ke danau.

Kapan kamu mahu terus terang sama aku Lang? Hatiku berbisik. Peristiwa 2bulan lepas kembali menerjah ingatanku.

........

"Sayang aku keluar dulu. Aku mahu ketemu Irsyad. Sahabatku sewaktu kuliah dulu. Aku duluan ya?" Galang mencium dahiku dan berlalu.

"Hati-hati ya." Balasku sambil mencium pipinya

kedengaran bunyi kereta Galang berlalu. Seketika kemudian. Telefon bimbitnya berbunyi.

"Lupa lagi lah ni nak bawa telefon" Aku mengeleng kepala sambil tersenyum.

Aku capai telefon bimbitnya. Mesej dari irsyad. Aku buka mesej tersebut.

Sayang. Kamu dimana? Cepatan dong. Aku kangen banget sama kamu loh.

Esok Bukan Milik KitaWhere stories live. Discover now