Chapter 1

23.3K 481 2
                                    

Hanisa segera turun ke tingkat bawah dengan segera.Barang-barangnya sudah pun di letakkan di dalam kereta milik rakannya,Adriana.

"Hani! Cepatlah turun tu.Kau buat apa lagi dekat tangga tu?!"Jerit Adriana.Geram pula rasanya apabila Hanisa masih berlengah-lengah lagi.

Hanisa kembali mengatur langkah menuju ke kereta Adriana.Macam tak percaya pula.Hari ni,hari terakhir yang Hanisa bergelar mahasiswi di Universiti Malaya ini.Banyak kenangan yang terjadi dekat sini.Rindunya nak belajar dekat sini.

Setelah berjaya mencapai segulung ijazah,Hanisa membuat keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarganya di Pahang.Dia sudah berusaha untuk sampai ke tahap ini.Niatnya hanya untuk membanggakan kedua ibubapanya yang tercinta.

"Sudah-sudah la tu Hani.Aku pun rasa macam kau jugak.Aku pun akan rindu UM ni.UM ni dah banyak bagi kita ilmu yang tak terhingga.Tapi,kita still kene teruskan kehidupan.Sekarang,takdir kita untuk tinggalkan UM ni dan ajar kepada dunia apa yang kita dah dapat dekat sini"terang Adriana panjang lebar.Dia faham yang Hanisa berasa sayu untuk meninggalkan tempat belajar mereka ni.

"Hmm,betul tu Yana.Aku memang akan rasa rindu dekat UM ni.Jom la kita gerak,nanti lambat pula sampai"Hanisa segera memasuki kereta Adriana.Hatinya sebak mengingatkan kenyataan yang dia bakal bergelar bekas mahasiswi Universiti Malaya.

Tatkala kereta mula bergerak,air mata Hanisa kian turun.Dia tak mampu menahan sedih yang berkecimpung di dalam hatinya.

Adriana yang melihat rakan baiknya itu mengalirkan air mata,sekadar memandang sayu.Dia tidak sanggup melihat Hanisa mengalirkan air mata.Dia juga akan terikut menangis.

"Ok dah?"Adriana bertanya apabila melihat Hanisa mengesat air matanya.

Hanisa hanya mengangguk.Dia tak patut menangis.Hanisa perlu kuat dan tidak lemah!

Sepanjang perjalanan pulang ke Pahang,Hanisa terkenangkan permulaan mereka menjadi mahasiswi Universiti Malaya.

Hanisa dan Adriana merupakan sahabat akrab sejak kecil lagi.Apa-apa yang berlaku semuanya mereka tahu sehingga orang sekeliling menganggap mereka kembar.Bermulanya apabila mereka berdua mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.Kejayaan yang mereka kecapi bersama itu bertambah mengejutkan lagi apabila mereka berdua mendapat tawaran ke Universiti Malaya.Semuanya mereka lakukan bersama-sama.Tidak hairan lah jika pensyarah mereka juga menganggap mereka adik-beradik!

«»«»«»«»«»«»

Shahziell duduk di ruang tamunya sambil menonton televisyen.Rancangan kegemarannya sedang berlangsung.Of course,dia tidak akan lepaskan peluang ini.Hehe.

Sedang asyik Shahziell menonton televisyen,tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita yang amat dikenalinya.Nyaring sungguh jeritan itu.

"Ibu!!!" jerit Shahziell apabila mendengar jeritan ibunya itu seperti terkejut.Segera dia melangkah pergi ke bilik ibunya yang tidak jauh dari ruang tamu.

Alangkah terkejutnya Shahziell apabila melihat abahnya terlantar di lantai dan tidaksedarkan diri.

"Ya Allah! Abah! Ibu,call ambulans cepat bu!" Shahziell panik.Dia tak pernah lagi melihat ayahnya berkeadaan seperti sekarang.

Pn.Husna berlari lalu menelefon ambulans.

«»«»«»«»«»

Saya sayang awak Cikgu!Où les histoires vivent. Découvrez maintenant