Dari jauh seorang pemuda berumur lingkungan lewat 20-an itu memerhatikan kanak- kanak lelaki yang sedang mencangkung di tepi pantai. Rambut hadapannya yang menutupi sebelah matanya diraup kebelakang. Matanya tidak lepas memerhatikan kanak- kanak lelaki itu.
"Liam! Liam !"
Kanak- kanak lelaki itu yang dalam lingkungan umur 5 tahun berlari- lari anak ke arahnya. Sebiji batu digenggam dalam tangan kirinya, manakala tangan kanannya melambai- lambai ke arah lelaki yang dipanggil Liam itu.
Liam bangun sebelum kakinya memijak rokok yang dicampakkan ke atas rumput. Ditenyeh- tenyeh sehingga bara rokok itu mati. Dia mencangkung sebelum mencempung badan budak lelaki itu.
" Bukan saya dah pesan, master tak boleh berlari. Kalau jatuh nanti, macam mana saya nak jawab dengan The Don?" kepalanya diusap lembut.
" Liam! Ini untuk kau," dihulurkan genggaman tangan kirinya ke arah Liam.
"Apa ini?"
"Batu yang aku suka. Tapi aku lagi suka Liam. Jadi aku bagi kau!"
Liam tersenyum. Diletakkan budak itu ke bawah sebelum dia mencangkung dihadapannya. Batu yang seakan-akan berwarna merah jambu itu disimpan kedalam poket seluarnya. Ditarik tangan budak lelaki itu ke arah kereta berwarna hitam. Cermin kereta sangat gelap sehinggakan tidak dapat dilihat walau sedikit pun isi kereta itu. Terdapat dua orang lelaki berkot hitam yang berdiri di pintu hadapan yang sedikit menunduk ke arah Liam dan kanak- kanak lelaki itu.
"Kita balik ya. Mr. Wynn mesti risau,"
"Liam," Dia menarik tangan Liam supaya menunduk ke arahnya. Kedua pipi Liam dipegang, sambil matanya merenung tepat ke dalam mata Liam.
"Biar aku tengok mata kau,"
Liam teragak- agak sebelum dia mencangkung menghadap young masternya. Permintaan yang berat, tapi arahan budak lelaki itu tetap sahaja diikuti.
"Pisau... dan darah,"
Liam meneguk liurnya.
"Master... Mari pulang,"
"Liam... aku nampak kau. Terbaring,"
Cerita ini tentang The Clairvoyant. Dia tahu apa yang bakal berlaku saat kau renung mata bundarnya. Dia tahu apa yang kau lalui sebelum kau berada di sini.
Dunianya lebih sibuk. Lebih ramai dari apa yang kau lihat, lebih bising dari apa yang kau dengar, lebih buruk dari apa yang kau nampak.
Tapi dia tak mampu mengubah apa- apa.
Dia cuma melihat.
_____________________
Let's just wish...
Ideas come faster =p
YOU ARE READING
THE CLAIRVOYANT
Fantasy"Ianya menakutkan, ianya menggerunkan, bila kau tahu apa yang bakal terjadi, tapi kau tak mampu mengubahnya. It is suffocating, to be me," - Aiden Mengubah apa yang dia tahu itu adalah salah. Matanya harus dipejamkan, telinganya harus ditutupkan, mu...
