Selayaknya Sejahtera.

133 2 0
                                        

Pernah dan akan selalu kita terbawa asyik menatap keindahan langit.
Hamparannya luas membuka jutaan sudut, tapi kita tika itu menuding cuma satu untuk dinikmati bersama.
Tanpa pernah menolak hakikat sudutnya tetap berjuta; lalu mungkin tidak selamanya kita berkongsi - walaupun ia masih pada langit yang sama.

Kita tegar berjanji, biar di sudut manapun kita terpisah, untuk terus menggenggam janji - janji atas janji.
Bahawa kita akan selalu menadah tangan ke langit memohon limpah kesejahteraan buat satu sama lain.
Kerana kita tahu kita bukanlah daim, dan ingatan adalah ikatan kita yang paling lemah.

Lalu perlahan-lahan kita terbawa dewasa pada haluan sendiri-sendiri.
Kerana di setiap persimpangan, kita akan selalu cuba untuk percaya bahawa itu yang terbaik untuk kita.
Walau kadang terlintas untuk berpimpin, kita genggam saja tangan sendiri.

Nah, ternyatalah kita kini pada hakikat merenung sudut langit yang berbeza.
Menulis kisah kesejahteraan hidup yang berbeza - ya, sejahtera sahaja seperti selayaknya buat kita.
Kerana kita adalah, setiap satu, dewasa yang berpegang pada janji.

Menadah tangan ke langit.

Langit DewasaStories to obsess over. Discover now