Bahagian 1

24 1 0
                                        


            "Astaghfirullahhallazim budak ni. Rayyan!!! Bangun!!! Dah lambat ni." Pekik Puan Mastura apabila melihat anak lelaki kesayangannya masih tidak bangun dari tidur. Pekikan Puan Mastura tidak memberi kesan kepada anaknya, malah Rayyan menutup mukanya dengan bantal disebabkan silau lampu bilik yang dibuka oleh ibunya.

"Bangun Rayyan. Dah pukul 8 ni. Nanti jalan sesak pula. Lambat pula sampai nanti,"arah Puan Mastura.

"Alaaa Ibu, nantilah. Mengantuk lagi ni. Nanti Rayyan bangun," jawab Rayyan dengan nada malasnya. Ibunya menggeleng melihat gelagat anaknya itu. Dia lantas menarik bantal yang menutupi wajah anaknya. Badan anaknya ditarik dengan kuat sehingga menyebabkan Rayyan terjatuh dari katil empuknya itu.

"Aduh!!! Sakitlah bu."

"Haaaa. Padan muka. Itulah ibu dah pesan jangan tidur lewat. Perjalanan kita jauh hari ni. Kamu ingat dari Kuala Lumpur nak ke Perlis sekejap? 7 ke 8 jam tahu? Kalau jalan sesak nanti lambat pula nak sampai," leter ibunya.

Rayyan akan dihantar ke Perlis selepas mendapat tawaran dari UniMAP untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan). Dia sememangnya tidak mahu menerima tawaran ini kerana bidang kejuruteraan bukan apa yang diminatinya. Dia ingin menyambung pengajiaan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan perkomputeran. Namun apakan daya, setiap permohonannya dalam bidang IT tiada satu pun yang dapat. Bidang kejuruteraan merupakan kursus lelong untuknya memandangkan keputusannya ketika di Kolej Matrikulasi tidak begitu memberangsangkan.

"Baiklah." Rayyan bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

Sepanjang perjalanan Puan Mastura berleter panjang dan menasihati anaknya supaya menjaga diri di tempat baru. Dia memang agak berat untuk melepaskan anaknya pergi tetapi ini demi kebaikan masa hadapan anaknya juga. Tambahan jarak dia dan anaknya semakin bertambah jauh. Jika di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dahulu, perjalanan tidak begitu jauh baginya. Hanya 4 ke 5 jam perjalanan. Kini jarak perjalanan hampir mencecah 8 jam.

Rayyan tidak begitu pandai bergaul. Boleh dikatakan bilangan rakannya tidak begitu ramai. Dia juga beberapa kali ditolak cinta dari sekolah menengah. Dia juga bukan jenis lelaki yang suka bergaul rapat dengan mana-mana perempuan dan tidak pandai berborak dengan perempuan.

"Ibu harap anak ibu dapat belajar bersungguh-sungguh di sana nanti. Ibu nak anak ibu berjaya dan dapat bantu ibu suatu hari nanti. Ibu dah tua dan Rayyan satu-satunya anak ibu. Tolong jangan hancurkan hati ibu." Mata Puan Mastura berkaca sambal mulutnya mengeluarkan kata-kata tersebut.

Puan Mastura teringat lagi peristiwa yang berlaku pada 19 tahun dahulu. Ketika itu Rayyan masih beberapa bulan dalam kandungannya. Peristiwa hitam yang mengubah hidupnya.

"Saya nak awak gugurkan kandungan tu," ujar Rahman.

Mastura tersentak dengan kata-kata Rahman itu. Dia bingkas bangun lalu memegang lengan Rahman.

"Tapi ini hasil benih awak. Awak bapanya. Awak kena bertanggungjawab," pinta Mastura.

Rahman merentap tangan Mastura. Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa dia terpaksa bertanggungjawab atas segala yang terjadi.

"Tidak! Saya tidak akan bertanggungjawab. Saya tidak bersedia nak jadi bapa kepada anak yang belum pasti siapa bapanya itu. Saya bukan bapa budak tu," nafi Rahman.

Enjin motor dihidupkan. Tanpa membuang masa, Rahman memecut pergi meninggalkan Mastura. Air mata penyesalan jatuh di atas tanah. Mastura menyesal mengenali Rahman dan menyesal melakukan perkara terkutuk itu tetapi tidak sesekali dia tergamak untuk menggugurkan kandungannya. Dia tahu bahawa anak dalam kandungannya berhak hidup dan menjadi seorang manusia yang berguna suatu hari nanti. Bukan seperti bapanya yang tidak bertanggungjawab itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 30, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RayyanStories to obsess over. Discover now