2: MAKAN

5.4K 275 49
                                    

                 

Phone vibrate. Sepupu aku tu call semula.

Terketar tangan nak tekan button hijau. "Hello? Yaw?"

"Ayiq!"

Ah, sudah.

Mendengar nada suara Yaw tu, aku tahu apa aku kena buat. Aku kena –


Putuskan panggilan.


Aku pergi bilik air, ambil air sembahyang. Bila aku masuk semula bilik, phone aku masih bercahaya. Yaw call lagi.

Ignorance is bliss. Aku salin baju, bentang sejadah, terus aku solat Isyak, dan tahajud dua rakaat.

Habis doa, aku kemas katil. Kertas EST (paper last) aku letakkan bersama kertas-kertas soalan yang lain – di dalam tong sampah. Gila apa nak simpan kertas soalan? Buat sakit hati je.

Nak tido, tapi macam dahnak subuh. Tetiba teringin tengok video Faizdickie.

Oh, Yaw masih call aku.

"Ye? Hello?"

"Celaka lah kau ni. Penat aku miscall tau tak?"

"Ha? Kenapa?"

"Dahlah, ngok! Dah lambat. Kitorang dah balik. Tadi kitorang overnight kat mekdi."

" 'Kitorang'?"

"Aku, Ika, Yana, Adi, budak-budak ni semua. Selebret merdeka. Dah. Nanti lepas aku bangun tido aku datang – "

Aku putuskan semula talian. Dah agak dah. Mesti macam ni.

Get ready Fa'iq, minah tu akan serang kau lagi esok.


            Hm, apa Kak Leha Bunting punya karenah terbaru agaknya ye?

_____________________

Katanya Mak nak buat telur bungkus harini. Bukan selalu Mak masak sedap. Tiba-tiba aku rajin turun awal waktu hari cuti.

Oh, inikan...

"So... ini betul-betul serious?"

"Yup."

"Deng it!" Aku letak mesin cukur rambut elektrik tu ketepi. Masih dalam plastik lagi. Mak baru beli time pergi supermarket tadi la ni, sekali bersama lauk-lauk makan tengah hari.

Sempat dia melencong ke section lain demi membeli mesin ni?

Aku kunyah dodol yang aku ambil dari dalam tudung saji sambil berjalan ke arah sofa. Mak Tam yang bagi. Sedap juga kunyah-kunyah benda liat sambil tengok kartun dekat TV sementara tunggu Mak siap masak.

Oh shit!

Aku dapat rasa aku ada terkunyah semut bersama-sama dodol ni!!

Tapi kan...

Takpelah. Aku bukannya nak belajar lagi. Kalau kunyah dua-tiga ekor semut pun tak apa.

Oh! Cerita kartun feberet aku! Selalu terlepas sebab pergi sekolah. Biasanya dapat tengok bila cuti sekolah je.

            "What 'cha doin'?" Angah datang menyapa.

            "Tengok Adventure Time."

            "Can I watch football?"

            "No."

            "Fair enough. Sikit dodol?"

            Aku perhatikan semangkuk dodol perisa semut yang aku pegang. "No."

            Angah pandang aku tanpa sebarang ekspresi. Aku mula ragu-ragu dengan keputusan tadi.

______________________

            "Nak apa dik?"

            "Nak pisang dua ringgit, kopok dua ringgit, cekodok dua ringgit, cendol pulut dua."

            "Keropok nak keropok lekor ke keropok keping?"

            Ah sudah. Soalan fizik pun tak susah macam ni.

            Keropok keping rangup dan sedap dikunyah. Keropok lekor lembut dan mudah ditelan. Macam kau kena pilih kau nak sokong gomen ke kau nak sokong pembangkang.

            Kalau macam tu...

            "Takpelah makcik. Kopok kensel."

            "Mana kopok?" Tanya Yaw bila aku bawak makanan tu semua ke meja. Cendol tak sampai lagi, akak tu tengah buat pakai mesin kisar ais yang ada roda macam mesin jahit.

            "Taktau nak pilih mana. Dia ada dua jenis. So aku give up."

            "Kau... Kau macam tak boleh pilih dua-dua ke?"

            Aku terdiam.

            "Betul jugak."

            Yaw tepuk dahi. "Kau ni apasal? Lepas habis SPM terus jadi bodoh?" Dia ambil pisang goreng dan kunyah.

            Sebab aku makan semut tadi tu ke aku jadi bodoh macam ni? Nasib aku sempat buang, tak kasi Angah makan. Kalau tak, bebal budak tu dibuatnya. "Bukan macam tu. Aku tak bodoh. Aku cuma berfikir secara lain. Lain orang, lain cara dia berfikir. Macam makan pisang tu. Ada orang makan dengan sambal kicap, ada orang makan dengan sos, ada orang makan dengan gula, ada orang makan begitu sahaja... Lain orang lain cara."

            "Mmm, gasak kau la. Malam ni ingat nak gi overight kat TC pulak! Jom la ikut?"

            "TC? Teluk Chempedak? Tepi laut? Gila apa? Kena makan dengan hantu laut, mati sia-sia je."

            "Alaaa. Dah tu? Aku dah ajak geng-geng semua lepak. Kau tu sombong, orang ajak lepak semalam taknak."

            "Yup. Aku dengar kau call dengan suara yang gembira je, aku dah agak kau mesti nak ajak aku berjimba pagi-pagi buta," aku kunyah cekodok pisang.

            "Yela. Kita kan dah bebas. Dah tak payah sibuk belajar. Boleh jalan-jalan..."

            Katanya. Padahal tak pernah pun study. Saja konon nak mengaku struggle waktu sekolah.

            Cendol pulut sampai ke meja. Yaw ambil cepat-cepat mangkuk yang isinya lagi banyak. "Apa kata malam nati kita makan ikan bakar nak?"

            "Mana? Tanjung Lumpur tu?"

            "Haah. Nak?"

            "Fine."

            Dan malam tu aku, Yaw, serta beberapa ex-classmate kitorang pergi makan ikan bakar sampai tak ingat dunia.

_______________________

            "Intan? Apasal sikit sangat nasi tu?"

            Yaw tersengih manja. Dia taknak jawab.

            Mana tak sikit nasinya? Tiga hari ni duk makan melantak macam cipan, berat badan dia naik tiga kilo. Aku ajak makan pisang  goreng pun dah taknak.

            Phone Yaw vibrate tiba-tiba. Dia buka massage yang dia baru dapat. Lepas baca, dia terus terdiam. Mata dia mula bertakung.

            Aku baru dapat massage yang sama. Oh! Macam mana aku boleh lupa pasal ni? Shit!

            Terketar jari nak baca...

            Aku tahu kenapa Yaw nangis. Dia –


APA NAK BUAT LEPAS SPM?On viuen les histories. Descobreix ara