Serial killer

31 2 0
                                    

Barang barang aku, aku masukkan dalam beg bimbit. Terlalu banyak dokumen yang perlu dibawa. Pening aku dua tiga hari ni. Kes baru2 ni melibatkan seorang cina berumur 30-an yang mati dengan cara yang sama dengan kes yang sebelumnya. Kes yang lama belum terungkai datang kes baru pula. Lama2 botak kepala weh.

Aku berjalan keluar dari pejabat aku. Sudah setengah jalan aku berjalan dari pintu pejabat ke pintu utama, aku berhenti.
'Aduh..kunci kereta. Alahaiiii. Malasnyaaaaaaaa'
Aku terpaksa mendaki tangga menuju kembali ke pejabat aku di tingkat dua.

Kunci kereta diambil.
Pintu pejabat ditutup.
Kereta dipandu laju.

Sambil aku memandu, aku mula memikirkan kes yang terjadi dua hari lepas. Kes melibatkan seorang wanita melayu berumur 36 tahun yang digantung dikipas serta badan penuh dengan kesan seperti dicakar sesuatu yang besar. Cakarannya besar. Kulit mayat rabak sehingga bahagian kakinya menampakkan tulang kaki berwarna putih. Hasil post mortem, wanita tersebut mati akibat kehilangan darah dan berlaku pendarahan teruk di kepala. Mayat juga dikatakan disumbat mulutnya dengan paip air sehingga perutnya buncit dan paru2nya penuh dengan air. Pengsan kerana lemas. Lalu kepalanya dihentak untuk mematikan mangsa. Teruk. Jiran2 menyedari kematian wanita tersebut hanya daripada busuk mayat yang terbiar lama. Ramai jiran2 nya berkata bahawa arwah pernah berurusan dengan sebuah syarikat pinjaman duit. Tapi mereka tidak pasti sejauh mana kesahihannya.

Tetapi yang menghairankan, tempat kejadian bersih dari darah. Mayat tergantung elok dan kesan cakaran juga mengikut symmetri badan. kemas. Semuanya perfect. Pembunuh jenis apa ini? Satu jejak tak dapat dikesan menyukarkan kerja pihak berkuasa. Dah hampir sepuluh kes yang masih tidak terungkai. Semuanya sama.

Cakar.
Air.
Hentakan di kepala.
Gantung di kipas.
Bersih.
Perfect.

*************
Kejap lagi aku sambung. Nak makan. Chiao. Jemput makan ye.

Nyum nyum. Sardin. Alhamdulillah

WierdWhere stories live. Discover now