Tengku Ryan Ameer menghempaskan tubuhnya di atas katil.Lama dia merenung siling biliknya.Panas hatinya apabila teringat akan kejadian yang berlaku di restaurant sebentar tadi.Kalau ikutkan hatinya yang memang tengah membara tadi,memang dihempuknya mamat sengal tadi.
*******************************************
Tengku Aqilah duduk berhadapan dengan Tengku Ryan.Matanya ligat memerhati sekeliling restaurant mewah itu.
"Kenyang ke kalau asyik tengok jer dari tadi?" Ryan menegur Aqilah apabila Aqilah langsung tidak menyambut pertanyaan waiter di hadapannya.
"Apa?" Aqilah tayang muka blur apabila disergah Ryan.
"Awak nak makan apa?"
"Emmm...I want one lasagna and orange juice." Waiter itu kemudian menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
"So,awak memang suka makan kat sini erk?"Tanya Aqilah sambil menjongketkan keningnya.
" Yeah..I love Italian dishes."
"But I think japanese food even better."Balas Aqilah dengan muka mengjengkelkan yang sengaja dibuat-buat.
" Tak kisahlah awak..Tapi apa yang penting sekarang awak kena belajar macam mana nak buat masakan Itali untuk saya."
"Why should I ?" Aqilah mula menyeringai tanda protes.Bukan nak mengada.Tapi,seriously kalau kadang-kadang tu bolehla dia nak makan benda alah ni semua.Tapi kalau dah setiap hari asyik kena mengadap masakan itali je naik tepu perut dibuatnya.
"Yes of course you have to learn how to cook all these things.Remember,you must cook for me everyday."
"Hey!Saya dah setuju dengan syarat awak tu pun dah kira bagus okey.Jangan melebih." Jari telunjuknya dihalakan tepat ke arah muka Ryan.
"Awak jangan cuba nak cabar saya Qila..Awak tak kenal lagi siapa saya.Walaupum saya ni boleh dikatakan sebagai sabar juga orangnya..Tapi awak kena ingat....." Ryan berhenti sambil menayang muka suspend.Mata birunya tepat memanah ke dalam anak mata hazel milik Aqilah.
"Kucing tak selama-lamanya dapat tahan diri dia daripada godaan ikan.Nak pulak ikan tu depan mata.Kalau awak degil,I think I cannot bear it anymore.So,make sure you did a true decision or you will regret." Aqilah menelan liurnya.Suaranya seakan-akan tersekat di kerongkongnya.Takut dia dengan ugutan 'kucing' mata biru di hadapannya kini.
Aqilah akhirnya boleh menghela nafas lega apabila Waiter sebentar tadi menghantar makanan ke meja mereka.
Aqilah cuba berlagak slumber. Dia berpura-pura tidak ambil kisah dengan ugutan Ryan.Dia ingat Ryan tak nampak muka dia tadi yang dah macam tertelan biji durian Aqilah...Aqilah...Coverla selagi kau mampu.
Pasal aku tak nak masak makanan Itali pun nak ugut-ugut bagai.Ish!tak faham betulla aku dengan lelaki ni.Aqilah mengomel dalam hati.Ryan yang melihat wajah Aqilah yang mula bertukar merah itu hanya mampu tersenyum.Senyuman kemenangan.
Setelah selesai makan,mereka keluar untuk menuju ke kereta.Sengaja Aqilah buat jalan slow motion.Niat di hati supaya dia tidak perlu jalan bergandingan bersama Ryan.Naik muak dia apabila menengok muka kasanova suaminya itu.Muka jer kasanova tapi rasanya Ryan bukannya jenis playboy.Aik!Kenapa tiba-tiba aku bela dia pula ni?Wake up Aqilah!Sempat lagi dia menampar-nampar pipi kanannya.
Tiba-tiba ada suara seorang lelaki yang menegur Aqilah.
"Hai.Awak jalan sorang-sorang ker?" kata lelaki itu dengan muka yang menggoda.
"Hai.Haah saya tengah sorang-sorang ni." kata Aqilah dengan lembut.Sesiapa yang mendengar suara Aqilah waktu itu memang akan cair.
"By the way nama awak siapa?You look so sweet." kata lelaki itu sambil mengenyitkan matanya.
Aqilah yang melihatnya sempat meneliti wajah empunya badan.Agak kacak.Ini yang buat dia miang ni.Aqilah...Aqilah...
Belum sempat Aqilah membalas pertanyaan lelaki itu,tiba-tiba..
"Sayang,kenapa lambat sangat jalan.Abang dah lama dah tunggu dekat kereta tau." kata Ryan dengan lembut sambil tangannya melingkari pinggang Aqilah.
Ala...Kacaula Ryan ni.. aku baru nak tambah 'koleksi'.Sabar je la wahai hati.Ngomel Aqilah dalam hati.
"Sorry,can I know who are you?" Tanya Ryan.Kali ini matanya tajam memanah lelaki di hadapannya.
"Aku Adam.Adam Daniel." Balas lelaki di hadapannya.Tangan kanannya dihulur.Ryan menyambut huluran itu.Kejap.Ya,sangat kejap.Dia dapat melihat perubahan yang ketara di wajah Adam.Tetapi Adam seakan tidak mahu mengalah Dia membalas genggaman Ryan.
Aqilah yang melihat adengan itu mula kalut.
"Abang..Jom Qila ngantukla." Ryan hanya memandang isterinya sekilas dan kemudian matanya dikalihkan semula ke arah Adam.Senyuman yang cukup sinis dilemparkan.Perlahan-lahan dia mengendurkan tangannya .Begitu juga dengan Adam.
Mereka mula melangkah untuk meninggalkan Adam.Tangan kiri Ryan masih setia di pinggang Aqilah.Biasala..Macam tak tahu di Ryan ni kalau dah acting confirm melebih-lebih.Baru dua langkah mereka berjalan,Ryan tiba-tiba berhenti dan mengalihkan badannya semula.
Ah!Sudah.Tak habis lagi ke laki aku ni.Aqilah sudah mula gusar.Dia menggigit bawah bibirnya.
"By the way,I'm Ryan.Her husband." Kata Ryan sambil matanya melirik ke arah Aqilah.Tanpa menunggu apa-apa balasan,Ryan pantas memegang tangan Aqilah menuju ke kereta.
Dalam perjalanan pulang,suasana sunyi menyelubungi diri mereka.Yang Aqilah nampak hanya muka cemberut suaminya.Nak buka radio tak berani.Takut juga si Qila ni rupanya..Tu baru sikit.Tiba-tiba dia teringat akan ugutan Ryan di restaurant tadi.Nekad juga Ryan ni.Mulai sekarang aku kena lebih berhati-hati.
Mana tak nekad,sampai sekarang Ryan menunjukkan muka asam jawa dengan drive kereta dia laju-laju.Rasa nak tercabut jantung dibuatnya.Tapi macam biasala.Cover je lebih si Qila ni.
