Okay semua kita mula dulu dengan 'Pengenalan' okay ^_^.Story ni tak semuanya tak real eh,ada yang saya tambah-tambah sikit jalan citernya pulak maybe saya buat tak ikut kronologi sebab tujuan saya buat wattpad ni bukannya nak buat novel ke,cerpen ke dan sebagainya.Tujuan sebenar saya ialah,satu nak citer pasal kehidupan saya yang mencabar (sebenarnya taklah mencabar sangat --').Kedua,nak citer pasal kawan-kawan saya yang giler-giler ni.Ketiga, saja nak lepaskan stress.Okaylah mula-mula saya bagitau watak first dalam citer ni,watak yang saya rasa korang akan paling banyak kutuk dalam citer ni ialah saya iaitu Nurul Jannah,berumur 15 tahun.Perangai saya pelik sikit(rasanya bukan sikit --') Saya seorang yang ceria,giler-giler,selalu moody(maybe ade something yang tak kena dengan saya --'),suka berseronok dengan my gang and etc.Kalau nak bagitau semua alamatnya sampai tahun depanlah tak habis.Okay,kita beralih kepada watak yang seterusnya iaitu my buddy Yus.Saya tak nak guna nama penuh dia sebab saya buat citer tanpa kebenaran dia (--' kalau dia tahu habislah aq).Dia ni seorang yang ego,teramatlah ego.Perangai masyaaallah mengalahkan lelaki,tapi dia ni seorang yang boleh dipercayai,seorang yang giler-giler jugak macam aq tapi dia ni terlebih giler.Dia friend saya yang saya paling rapat.Okay, beralih kepada yang seterusnya iaitu Amira.Dia ni kawan saya yang paling cold,tapi bila dia rapat dengan seseorang tu dia taklah cold sangat dia okaylah jugak boleh dibawa bergurau.Dia mempunyai ciri-ciri yang agak unik,saya pun tak pernah jumpa kawan macam dia ni.First time jumpa awkwardlah sikit,tapi bila dah lama kenal dia baru saya boleh kamceng ngan dia sikit.Then,watak keempat dalam cerita ialah kawan saya masa saya darjah 6 iaitu Afiqah.Dia ni friend saya yang paling tinggi dalam gang.Dia pandai melukis,menyanyi and memasak.Perangai dia lagi pelik dari saya (--'),dia ni bila marah memang seram.Lagi seram daripada Sadako daripada film seram Jepun tu.Tapi dia ni seorang yang baik,selalu senyum,suka manisan.(Dia tak muak ke dengan kek,gula-gula and etc tu --').Sekarang kita tutup citer pasal Afiqah and move on to the next character,nama watak kelima ialah Atiqah.Dia ni budak paling pandai dalam group.Kat sekolah kelas B.Kalau korang nak buat plan kenakan orang korang boleh call or mesej minah ni,dia ni kejam orangnya.Bab buat kerja jahat dialah orang yang paling boleh diharap.But,even dia ni kejam,dia ni baik juga orangnya.Kalau tak minta tolong ngan dia,dia still akan tolong.Taklah jahat sangat macam Adolf Hitler.Now,kita citer pasal watak keenam pulak iaitu Nabila.Dia ni peminat Twilight,yang citer pasal vampire ngan manusia tu.Dia ni dulu peminat Robert Pattinson,tapi bila dia dapat tahu Robert ada hubungan FKA Twigs.Terus dia benci Robert(apalah taster mamat tu --').Dia ni baik,rajin and etc.Saya pun tak tau nak citer apa pasal dia (--' sorry Nabila).Next,saya nak citer pasal kawan saya yang paling baik sekali iaitu Alfiah.Dia ni memang baik,senang dibuli,seorang yang rajin.Dia ni ada personaliti yang agak menarik,bertuah siapa jadi husband dia dapat bini yang baik macam dia ni.Sejuk hati,cikgu-cikgu kat sekolah pun ramai minat kat dia.
Okay,tamatlah citer pasal watak-watak perempuan utama.Lepas ni,saya akan citer pasal watak-watak lelaki pulak ^_^.Lepas saya cerita pasal watak-watak lelaki,saya akan ceritakan pada korang semua pasal kisah kitorang.Saya buat cerita ni hanya untuk suka-suka je ye.Saya harap korang semua akan enjoy baca cerita ni bila saya buat nanti.
Terima kasih pada semua yang sudi membaca saya.Bahasa dalam citer saya ni tak formal ye ^^ .Jadi,kalau ada kesalahan bahasa tu bolehlah bagitau saya okay.
