Bab 2

8 0 0
                                        

Aifaf sudah membulat mata mencubit lengan Marlia di sebelahnya.Tipu lagi! "Akak tipu Aifaf lagi eh.."Degupan jantungnya kini terlebih laju mengalahkan ahli sukan olimpik bertanding di luar Malaysia tanpa henti.Senyuman lelaki itu selalu mencairkan imannya.Kenalan sejak tujuh tahun lalu mengeratkan hubungan mereka.Zarif merupakan sepupu paling dekat kepada Marlia dan sangat aktif dalam bidang muzik terutamanya dalam bermain gitar.

"Congrats Aifaf,sorry saya lambat sampai.Flight delay"ujar Zarif menggaru kepalanya yang tidak gatal.Tangan kanannya menghulurkan sejambak bunga ros merah dan merah jambu.Seharum dan seindah bunga,indah lagi bunga di hadapannya ini.Mendebarkan setiap langkahnya.Aifaf yang satu di hati.Aifaf menyambut huluran bunga itu.Bahagia hatinya apabila lelaki pujaan di depan mata.Aku suka dia!

"Rif,bila sampai,buat terkejut aku je.Tak tepati apa yang dicakap!.Haritu cakap busy ni balik-balik dah aku jadi mangsa mak ketam.Kau ni suka sangat membuat aku membebel"marah Marlia menajamkan matanya memandang Zarif.Minta puji!.Cakap tak serupa bikin,kata hati kecil Marlia.Gloria hanya tersenyum menyiku Aifaf "Tengok tu,akak Mar asyik membebel je kerja,tu lah yang saya selalu dengar kak sejak mama dan papa meninggal dunia.Asyik berleter je"bisik Gloria membuat Aifaf tersenyum mengangkat jari telunjuknya.Jangan buat hal!

"Zarif,terima kasih sebab datang,saya hargai sangat-sangat.Awak macam tahu je saya suka bunga ni"Aifaf menaikkan sedikit jambakan bunga yang dipegangnya.Mereka tergelak bersama.Pandangan mata mereka berdua kemudiannya bertaut rapat sehingga pipi Aifaf merona merah.Malu! "Well,maybe next time saya rasa nak ajak awak keluar boleh kan?Tu pun bila kita dah sampai Kuching"Zarif tanpa segan silunya mengenyitkan mata pada Aifaf.Dia rindu akan pipi memerah bila diusik itu.Senyuman meleret selalu meniti di bibir Aifaf.

"Hmm entahlah Rif,banyak perkara yang saya nak buat tapi okay saya akan tengok jadual kerja saya.Kalau ada masa tu,saya boleh je asalkan imam kita sama kuat"Dia takut dia tersasul dengan imam yang ada pada diri.Zarif mengangguk,dia faham maksud Aifaf,dia juga kan lebih berhati-hati.

" Hoi,dah-dah la tu nak dating.Jom pergi sana,Tuan Haji dan Puan Hajah nak belanja semua orang makan"Marlia menepuk bahu Zarif dan Aifaf.Dia tahu isi hati kedua-dua insan di depannya ini,cuma perkara itu menjadi rahsia diantara mereka.Sepupu sepapat pun banyak merestui hubungan ini tapi biarlah tahu keputusan si empunya badan kan..

"Kami tak dating tapi kami bawa bunga..nak?.."Zarif menelanjurkan bahasanya menyuakan bunga pada Marlia.Suka hati je nak kacau daun minah sorang ni marah hatinya.Baru je nak dikait buah rambutan..ada orang pulak dah kait dulu,mana aci!

"Hmmm,sudah tunggu Rif dengan kak Mar ni gaduh,sampai esok belum tentu nak habis.Jom nanti lama pula atuk dan nenek tunggu"Aifaf segera menolak perlahan tubuh kurus Marlia untuk berjalan bersamanya.Mulut dua ekor singa ini harus dihentikan kerana dua-dua tak kurang lasernya!

AIDREL mengerutkan dahinya dan berpeluk tubuh memandang kedua-dua umi dan abbinya,Salina dan Ikram serta Toh Puan Arni yang selamba sahaja menikmati espresso di cafe terkemuka itu.Bukan niat dia mahu menolak tetapi kalau dah sampai orang berkeras,dia tak tahan!

Sudahlah masanya di pejabat terpaksa ditangguhkan kerana hal penting yang mahu disampaikan."Ril,umi dan abbi tak paksa Ril untuk terima Nafisah.Tapi kami nak yang terbaik untuk Ril,wan pun kami tak paksa.Biarlah gadis itu datang menemui kita sekeluarga,ya"pujuk Salina.Sudah berpuluh calon anak kawannya yang disyorkan khas buat Aidrel namun anak lelakinya ini menolak mentah-mentah.

Toh Puan Arni terkaku diam tekun mendengar,dia hanya menyokong belah Aidrel.Apa yang terbaik,baiklah buat dirinya.Entah betina gedik mana lagi nak dicopkan buat si cucu kesayangannya ini dia tidak tahu.Menantunya itu tidak putus-putus mencari calon buat anak sendiri.Hanya satu kekurangan pada setiap pencarian Salina,agama.

Kalau nak kata tak cukup kain,kat kedai banyak jual kain panjang labuh sampai menutup kain.Nak kata imam kukuh,suka sangat dedah sana sini,pegang bebas mengalahkan luar negara!Dia cukup tidak berkenan dengan ciri-ciri begitu.Entah apa yang dilihat oleh Salina,dia sendiri tiada jawapan.

"Umi,Ril tak bersedia lagi nak kawin.Ril tak berkenan langsung dengan anak kawan umi.Please let me find girl just like I want"Rayu Aidrel.Bukan mahu menolak tetapi dia sendiri tak pernah rasa nak berkahwin.Nak buat macam mana?

Salina mengeluh panjang,dia tahu semua akhlak anak kawannya bukannya orang bersikap tertutup.Semua calon yang disuakan amatlah sosialis berbanding Aidrel yang tegas perangainya.Setiap orang baginya dapat berubah dengan pembentukan suami isteri.Tudung lilit di kepala diaturkan supaya kemas."Baiklah,kalau itu keputusan Ril,umi tak ada hak nak cari calon untuk Rila lagi.Maafkan umi sebab cari bakal menantu bukan favourite Ril."

Toh Puan Arni dan Aidrel sama-sama senyum kemenangan.Dah lama tunggu ayat itu keluar dari pencari jodoh yang tersangat setia kepada Aidrel."Jadi wan boleh ambil tugas Sal lah ni,cari calon untuk cucu kesayangan wan yang gila kerja ni"ujar Toh Puan Arni mencubit kuat pipi Aidrel."Wan!"Dia mengusap pipinya.Dia bukan lagi budak lima tahun,suka dimanjakan.Sekarang ni dia sudah nak masuk kategori bujang terlajak,29 tahun.Tak lama lagi dapatlah gelaran bapa angkat.

"Eh,eh tunggu dulu,jangan nak happy dulu,umi dengan cucu umi ni sama je.ni Ikram nak cakap dulu"terhenti seketika Ikram meneguk air suam di atas meja cafe itu sebelum menyambung "Cari menantu tu,cari yang tutup sikit jangan dedah sini dedah sana.Baru steady"Ikram menunjuk ibu jarinya disambut gelak ketawa anak sulungnya dan Toh Puan Arni.

Mata Salina terus menjeling tajam ke arah suaminya di sebelah.Mulut tu macam menyindir orang je.Suka sangat nak minta kaki naik ke pipi! "Abang sindir Sal ke?jangan nak mengatal!"Terus paha suaminya menjadi mangsa dicubit.Terangkat sedikit badan Ikram menahan,"Ala betullah tu,tak salah kita nak cari yang soleh jangan cari betina tak bertamadun.Bahaya.Lagipun Ril nilah yang satu-satunya anak kita belum kawin.Anak dara kita yang lain semua dah naik pelamin sayang oii"

SUASANA di pulau perhentian itu membuat Aifaf tenang.Semua saudara maranya di sebelah Kartia dan arwah ayahnya datang untuk meraikan kejayaan Aifaf.Selepas ini dia akan terus menetap di Sarawak,bumi kelahirannya,jadi dia ingin berjalan sepuas-puasnya.

"Aifaf.."seru Nadirah lembut memegang bahunya.Pantai adalah kunci bagi menghilangkan masalah sahabatnya itu."Lupakan masalah lama,we must move on.Don't think too much about it"nasihat Nadirah.Dia tahu semua masalah yang dialami Aifaf.Gadis itu tidak seperti orang lain.Aifaf Alina jenis manusia sangat berbeza.Itu yang meyebabkan sahabatnya sempurna.

Aifaf senyum kelat.Nadirah amat memahami dirinya.Dia bertuah kerana mempercayai Nadirah sejak dulu."Kisah silam,tidak pernah padam dari memori aku,semua derita itu takkan pergi sekelip mata walaupun kita cuba melupakannya.Semuanya mengajar aku erti bangkit menjadi orang lain.Thanks Ira,I appreciate what you have did with me.You are the best friend in the world."

"Kau masih teringat pasal mereka?"Nadirah bagai dapat meneka apa yang bermain di minda Aifaf.Mata hazelnut coklat pekat itu direnungnya dalam.Kedalam anak mata itulah dia tahu apa yang dirasakan oleh Aifaf.Tiada cahaya yang dapat menyinari wajah itu.Semuanya ibarat tersembunyi di sebalik wajah yang tertawa ceria.

Tertawa sinis Aifaf mendengar pertanyaan Nadirah,dia tahu maksud soalan itu.Tak ada makna! "Hey,kalau kau nak tahu,aku tak pernah ada kawan lain lagi selain kau.Kawan-kawan aku yang dulu semuanya dah mati.Dia orang dah hilang dalam memori ingatan aku.Buat apa nak teringat dengan orang yang tak pernah mengenang budi.Buang karan je"

Jauh sekali perubahan Aifaf sebelum peristiwa itu menimpanya,jarang Aifaf lupa pada orang lain dan sentiasa mengambil berat.Sekarang gadis didepannya ini seperti orang lain wujud dengan perwatakan berbeza.Kisah silam mengubah dirinya!

"Aifaf,kau dah macam lain sekarang,aku rasa tak kenal kau"perlahan ayat itu meluncur dari mulut Nadirah.Aifaf diam mendengar.Biarlah dia seorang yang tahu bagaimana sakitnya hatinya sekarang.Sangat lama masanya untuk pulih bila sekali sudah dihiris dengan ketajaman pisau."Kau tahu tak,sejak kejadian tu,kau banyak sangat berubah.Kau lain pada mata aku biarpun kat mata orang lain kau masih sama tapi bagi aku kau tak sama macam dulu.It looks like we never meet before"

Seikhlas Cinta DarimuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ