CUTI 2

167 9 11
                                    

"Arrgghh..lena betul aku tidur harini..inikah kenikmatan tidur pada hari cuti..??"dengan pantas aku melihat jam di dinding bilikku.

"Baru pukul 10 pagi...?ingatkan dah tengah hari..errr.."Tiba-tiba aku teringat sesuatu."Telefon!!mana pulak fon aku ni??".Hampir lima minit juga aku mencari."Lahai sini kau rupanya..bawah katil.

"Aku cuba buka whatsapp.Seperti yang dijangka,dia masih belum membaca chat aku."Bila kau nak seen ni...?hmm..dari semalam aku tunggu"Beribu persoalan timbul dalam otakku yang masih mamai ni."Dia marah dekat aku ke?ke dia tak sihat?arrh..aku sabar je lah..mungkin dia tak ada mood"

Terdengar dari luar bilik,ibu menyuruh aku bangun."Angah bangun..!!dah pukul 12 dah..kau tak bangun-bangun lagi.."Aku abaikan kerana aku tahu belum pukul 11 pon lagi.Ketika ini aku ada dua pilihan,tetapi satu keputusan yang agak sukar untuk dibuat.Mandi atau sambung tidur.

Buat kali kedua aku dengar jeritan dari luar bilik."Angah..cepat bangun!!kemas sangkar kucing kau ni...".
"Lahai tak kemas lagi ke..?".Aku hanya menjawab dalam hati.Takut-takut ibu tahu yang aku sudah terjaga.Bertambah malas aku nak bangun.
"Sambung tidur lah..bangun awal pun buat apa..bukan ada orang nak layan aku..dah lah senyap je dia ni dari semalam..".
Belum pun sempat aku menarik selimut..pintu bilik aku diketuk sampai nak pecah.
"Angah!!!cepat bangun...nanti habis sarapan kau tu..nanti lapar je alasan kau..satu kerja pun tak jalan nanti..".
"What...!"Dengar je pasal sarapan,aku terasa lapar.
Lagi satu,aku mula ingat tengah hari nanti ibu nak keluar.Confirm ibu tak masak nanti.
Hendak atau tak,aku kuatkan semangat untuk bangun pagi itu.
. . . . .
"Haaa...tau pun bangun..ingat kan dah pengsan tadi..".Ibu menyindir aku sambil membasuh pinggan mangkuk.

"Karang ibu jadi tak nak keluar?"
"Jadi..awat?nak ikut ke??"
"Haha..tak de saja tanya..tak nak lah ikut..".
"Jangan nak tidur pulak..buat kerja sekolah kau tu..".
"Emm..tengoklah...haha...ok lah..nak makan ha...".
. . . . .
Sarapan dah,kemas sangkar kucing pun dah selesai.Homework. Benda yang paling membebankan aku pada masa cuti ni.
"Aku nak buat yang senang dulu lah..haa..kerja bm!.."Aku masuk ke dalam bilik mencari buku bm.Berselerak.Rak buku aku dah penuh.Terlalu banyak buku dan kertas.
"Haiyoo..ni kalau nak kemas mahu sehari..".Aku mengeluh panjang disebabkan sikap sendiri.Malas.
. . . . .
Jam menunjukkan pukul 2:30.Kerja bm dah siap.Lega sedikit aku rasa.Tapi hati aku masih tak tenang sebab dia masih tak balas chat aku.Agak lama aku renung telifon aku.
"Dia tak pernah pun camni..hmm".
"Nak call dia ke tak ha??haha nak call apa..kredit pun tak ada..!
Aku cuba chat dia lagi.
"Apa khabar?sihat tak?..".
--------
Sia-sia.Dia tak seen juga.
"Alahai dia ni...kenapa!??aku ada sakit kan hati dia ke..?"

Petang itu hujan turun dengan lebatnya.Sejuk.Suram dan sepi.Jiran-jiran kawasan rumah kebanyakannya sudah pulang ke kampung masing-masing.Aku merenung air hujan yang jatuh di luar rumah.Hanya memikirkan tentang dia,dan terus menanti dengan sabar.
Perlahan-lahan mata aku semakin berat.Terus mencari sofa di ruang tamu.
"Tidur kejap lah..harap-harap dia reply malam nanti".
. . . . .
"Angah..bangun..!pi solat lah..".
"Dah pukul berapa kak??".Aku masih menutup mata,agak berat mata ni nak dibuka.
"Dah pukul 6:30 lah..cepat bangun..nanti ibu marah,padan muka..".
"Ibu dah balik??ibu dekat mana?".
"Dah lama balik...ibu dalam bilik..".
"Okey..jap lagi angah bangun lah.."
"Sekarang!"
"Yelah-yelah..bising je budak ni..err".
. . . . . .
"Sedap lauk malam ni..kenyang!"
"Kau semuanya sedap..apa yang tak sedapnya bagi kau.."Ibu menjawab masa mengemas meja makan.
"Hahaha..."aku tergelak ketika membasuh pinggan.
Sesuatu yang aku benar-benar harapkan berlaku malam itu.
"Dia dah reply!".
Aku rasa aku orang paling gembira ketika itu.
Aku terus membaca whatsapp.
"Hahaha".
Aku pelik kenapa dia ketawa.
"Kenapa hahahah?orang risau dekat dia..dia boleh gelak pulak".
"Saja..sebab lama sangat kita tak balas..".
"Ouh..okey..lama tak online,pergi mana?"
"Tak pergi mana-mana pun..saja tak on telifon ni..study,buat hw!
"OK.."
Lepas dia reply malam tu,aku rasa lega.Aku ingatkan dia ada masalah.Rupanya dia study.Budak pandai lah katakan.
"Study~...aku homework pun tak jalan...okeh esok aku start lah.."
. . . . . . . . . .
Dia lah yang selalu memberikan semangat dekat aku untuk belajar.Dia juga sering membantu aku menyiapkan kerja sekolah.Tanpa dia..

DONE!:)

MenungguWhere stories live. Discover now