Hujan Caramel Macchiato

5.5K 264 7
                                    

"Iced Americano satu," pesan pelanggan yang baru masuk tadi setelah aku berada di belakang kaunter.

"Nama?" soalku bersedia dengan sebatang marker.

"Miss T," balasnya sambil mencari cari sesuatu di dalam beg tangannya.

How ironic. Miss tea tapi minum coffee.

Setelah membayar, dia melangkah pergi meninggalkan kaunter. Aku mula lincah bekerja.

"I nak tambah lagi satu. Iced Caramel Macchiato." Perempuan itu tiba-tiba muncul lagi secara tiba-tiba. Aku agak terkejut dengan kemunculan drastiknya memandangkan aku sedang ralit membuat kerja tadi.

Aku mengangguk dan menekan butang di mesin pembayaran. Selepas menulis namanya di atas gelas, aku meneruskan kerjaku sebentar tadi.

"Miss T, your drink is ready," laungku setelah kedua-dua minuman itu siap. Perempuan itu ku lihat sedang duduk di meja yang sama dengan Dianne. Mungkin kawannya kot.

Setelah mengambil kopinya, Miss T kembali berjalan menuju ke meja yang didudukinya tadi.

"How does the coffee taste?" tanyanya setelah berdiri di hadapan Dianne.

"Sedap," balas Dianne sambil melihat ke arahnya.

"Kalau buat mandi lagi sedap," balasnya sambil menuang kopi yang berada di tangan kirinya ke arah Dianne. Dianne terjerit kecil.

"Hey!" aku membantah lalu berjalan pantas ke arah mereka berdua.

"Later, bitch!" Miss T berlalu pergi setelah selesai memandikan Dianne dengan segelas kopi. Gelas itu dibaling di atas lantai sebagai tanda proses.

Dianne menyapu mukanya yang dibasahi air. Bukan setakat muka, rambut dan bajunya habis lencun dengan minuman pekat itu.

"Awak ok?" tanyaku simpati. Dianne mengangguk lemah sementara tangannya masih menyapu mukanya.

"Here," aku berlutut di hadapannya lalu mengeringkan rambutnya dengan tuala yang aku guna untuk mengelap tangan.

Dianne diam. Atau lebih tepat lagi hanya membiarkan perbuatan ku itu. Sehelai tisu ku ambil lalu mengelap mukanya. Tangannya mencapai tanganku.

Lembut dan hangat terasa tapak tangannya yang berada di atas tapak tanganku. Tisu yang ku pegang tadi bertukar tangan. Dianne menyambung mengelap mukanya yang separuh basah itu.

"Thanks. Guess, today is my bad day," ayat tersebut meluncur keluar dari mulutnya.

Aku berdiri lalu menuju ke bilik belakang. Sehelai sweater berwarna hijau lumut ku capai lalu kembali menuju ke hadapan.

"Pakai ni," aku menghulurkan sweater ku kepada Dianne. Matanya yang bulat mendongak melihat ke arah ku.

"Tandas ada kat belakang," sambungku lagi.

Dia mengangguk lalu bangun menuju ke tandas. Aku kembali ke belakang kaunter. Melihat jam yang sudah menghampiri ke angka 4 petang. Sebentar lagi shift aku akan habis dan diganti dengan Maia.

"Mr Barista," Dianne tiba tiba muncul dari belakang dengan bersweater hijau siap dengan hoodie lagi.

"Saya balik dulu. Terima kasih. Nanti saya hantar balik sweater ni," dia melambai kecil dengan separuh dari tapak tangannya ditutup dengan sweater.

Comelnya lahai!

Dia berjalan perlahan, mula melangkah menuju ke pintu keluar.

"De-ann..argh payah pulak nak sebut nama dia ni!

Dianne berpusing kembali, cuba menyembunyikan tawa.

"U can call me Dee,"

"Errr ok Dee. Awak balik dengan apa ni?"

"Jalan kaki,"

"Jalan?"

Dianne mengangguk seperti kanak kanak yang bersetuju di ajak ke taman tema.

"Sorang?" soalku lagi.

"Technically, saya dah kena dump tadi. So yeah, sorang,"

"Kejap, shift saya dah nak habis. Biar saya hantar awak balik,"

Mr BaristaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang