CINTA MONYETKU

66 6 1
                                        

Bercinta denganmu umpama cinta remaja. Aku ternanti-nanti segala bicaramu, dan sentiasa tertawa kecil bila melihat ke matamu.

Kenakalan kita jelas -- seperti sepasang kekasih yang secara sorok-sorok bertemu selepas sekolah. Berbisik-bisik di antara gelak tawa, bermadah kasih dalam setiap bicara.

Izinkanlah aku bermanja denganmu di rimba cinta kita, berayun ke kiri dan ke kanan -- tiada hala tuju yang tetap. Cukuplah kita tahu yang senja kan tiba; dan pabila senja tiba, kita kan terima pengakhiran keterujaan ini dengan hati yang terbuka.

"Mengapa?" mungkin hati kecilmu tertanya-tanya, sedikit kecewa. "Cinta", akan ku ujar sambil mengusap lembut rambutmu, "kerana matahari kan terbit esok dengan hari yang baru. Pengakhiran keghairahan ini hanyalah permulaan untuk euforia yang baru. Keadaan mungkin berubah tetapi cinta kita kan tetap tegar."

Nota: sejujurnya aku mengharapkan keghairahan ini kekal hingga ke akhir hayat kita berdua.

Our StoryWhere stories live. Discover now