"Eiiiii bosannya habis kelas je duduk terperuk dalam bilik ni!!Macam manalah aku boleh belajar kat ceruk hutan ni!" Aku membebel sendirian. Bercakap dengan diri sendiri. Masuk aje bilik badan rasa melayang. Beg kuliah aku letak di hujung katil. Kemudian aku hempas badan di katil. Terus terlentang. Nikmatnya. Baru balik daripada kelas sesi petang. Seorang roommate aku ada mesyuarat dengan Kelab Kayaknya. Aktif berkayak. Pernah mewakili Universiti dalam pertandingan Kayak. Salah seorang ahli Kayak terbaik di Universiti ini. Seorang lagi roommate pulak kaki tidur. Sangat kontra. Kalau dapat tidur confirm tak ingat dunia! Boleh tidur dari pagi sampai petang kala hujung minggu. Bangun untuk solat atau makan sahaja. Kemudian sambung tidur. Memang kuat tidur! Pipi dia pun dah macam pau. Dan aku pulak erm..siapa aku???
Kepala aku landing betul-betul di atas bantal aku yang bersarungkan sarung bantal gambar anak panah dan busar! Aku addicted tentang apa aje berkaitan anak panah dan busar. Maklumlah peminat setia cerita ala-ala Robinhood!I love Michael Praed! Siapa Michael Praed? Dialah Hero yang memegang watak utama sebagai Robinhood dalam siri televisyen kegemaran aku zaman dulu kala. Dialah lelaki kacak pertama yang aku tengok masa zaman sekolah rendah aku!Masa zaman sekolah dah pandai jatuh cinta tau. Love at first sight!I'm in love dengan aksi memanah hero kesayangan aku itu. Aku juga peminat setia kepada pemanah negara Khairul Anuar Mohamad!Ohhh aksi memanah amat dekat di hatiku. Aku suka dengan aksi memanah yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan ketepatan.
Sukar dilupakan keadaan cemas aku semasa menonton suku akhir sukan memanah di Olimpik antara pemanah Malaysia dan pemanah dari Great Britain iaitu Larry Godfrey. Waktu itu seluruh dunia melihat siaran lansung itu, di atas kertas ramalan mengatakan pemanah berpengalaman dari Great Britain itu akan menang tetapi Khairul Anuar membuktikan sebaliknya. Akulah yang berkeyakinan mengatakan dia akan mara ke suku akhir sedangkan sewaktu menonton aksi siaran langsung itu di televisyen yang disediakan di dalam Universiti di Bilik TV di Blok B ini..rakan-rakan yang menonton memilih pemanah dari Great Britain walaupun mereka nak sangat pemanah Malaysia menang. Hanya aku seorang saja yang yakin dia akan mara!Oh Khairul Anuar..I wish to meet you!He's so damn cool. Aku tertawan dengan aksi memanahnya...dia sangat tenang... Maklumlah aku ni tak berapa penyabar orangnya. Cepat naik angin..aku boleh bertahan..tapi kalau lama sangat bertahan aku juga akan meletop! Memang nampak pelik di saat rakan sebilik menyarung cadar dan sarung bantal, lapik cadar tweety atau kitty aku memilih gambar busar dan anak panah!setakat ni..dua orang ni aje lah boyfriend tetap aku..Michael Praed dan Khairul Anuar Mohamad ye. Ingat senang nak pasang dua?? Mengiring ke kiri..mengiring ke kanan. Rimas..mata asyik menangkap kepulan sawang. Bergulung lembut atas kepala katil. Haihhh serabut!Semak pandangan!Hantu Conjuring ke hantu Shutter pon boleh bertapa kat dalam bilik ni!
"Dianaaaaaaaaaaaa!!!!"
Serentak aku menjerit serentak itu bergegar katil dua tingkat umpama ada gempa bumi berukuran 6 skala richter!Agak-agaknya dia melompat dengar suara aku kot! Kasihan kau kan tentu roh waktu itu sedang mengembara. Terkejut. Kemudian aku dengar suara orang mendengus dan dia akhirnya memekik!Ku sudah bersedia menekup kedua belah telinga ku!Pantang digerak kalau tidur lena..memang macam tu lah. I'm used to it.
"Woiii Raniaaaaaaaaaaa!!! Kau ingat kau sorang je boleh memekik!!Aku tengah mimpi-mimpi indah tadi tau..hampeh!!!Terajang kang!!!"
Suara guruh Diana dah keluar. Aku berpetir di bawah dia berguruh di atas. Jap lagi mahu kilat sabung menyabung ni!Aku tergelak perlahan sambil menekup mulut. Syok jugak mengacau si Diana ni! Tu mesti mimpi berdating dengan si Azhan la tu. Siapa tak kenal pasangan belangkas kat sini. Satu Universiti dah kenal mereka berdua. Di mana ada Azhan budak Diploma Sains Komputer di situ ada Diana budak Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat!Mereka sangat sepadan. Macam pinang dibelah dua!Comel sangat tapi walaupun macam kuat berkepit tapi mereka top student bagi course masing-masing. Berkepit pon ade kebaikan takpe, bukan buat maksiat. Dorang ni kaki buku dua-duanya. Lepak dalam library bersama buku tentu sekali buat assignment. Lepak kat taman dalam Universiti bersama itu pun sambil selak buku. Lepak makan kat KFC pun bawak buku study bersama. Haa kau mampu???Tak mampu begitukan. Haihhh bosannya hidup kau Diana. Kalau aku baik tak payah ada boyfriend!Kalau aku ada boyfriend aku hadap muka, hidung, mulut dan mata boyfriend aku aje..baru lah Fatin Rania namanya!Nasib aku takde boyfriend kalau ada rosaklah boyfriend aku dirosakkan oleh aku! Oppsss terlebih pulak mengelamun aku, dah datang angin menggatal aku! Okay itulah dia Fatin Rania Arshad!
Aku terus mengeluarkan kepala ku dari katil. Menjenguk Diana di atas. Aku lihat Diana tercegat mencangkung di atas katilnya sambil mata terpejam. Kasihan pulak aku dengan dia. Suara petir ku mengejutkan tidur lenanya. Maklumle pagi dan petang kelasnya pada hari ini. Lainlah aku hanya ada satu kelas sahaja belah petang hari ini. Pagi pula jadual aku free. Takde kelas.
"Katil kau nihhh semaklahhh pandangan aku..tolong cuci sikit sawang-sawang ni!" Aku mendengus.
"Ahhh kau ni...katil ni kan katil kita, dua tingkat..kau di bawah..kau yang hadap bahagian bawah katil aku, kau bersihlah!"
Diana sudah menghempaskan badannya. Bergegar lagi ibarat gempa bumi 7 skala richter! Aku segera terjun dari katil bawah. Aku jerkah dan menggeletek dia. Diana malas melayan aku, dia terus menekup mukanya dengan bantal. Dikuatkan dengkurannya. Pura- pura berdengkurrrrr. Argkhhhh stress aku!Tapi betul juga kata Diana...katil sharing gitulah, aku yang menghadap bawah katil dia jadi akulah yang kena jaga kebersihan bawah katil dia..dia tak nampak apa yang aku nampak sebab dia tidur di tingkat atas hermphhh jadik bibikla sekejap nampaknya.
Seriiiiiiiiiii..waktu begini kalau ada Kak Seri kan best...kalaulah boleh bawak orang gaji mama dok sama-sama dalam hostel ni kan syok. Tak payah aku susah payah basuh baju, angkat kain, cuci sawang, mengemas katil, carikan makanan untuk aku... Kak Seri oh Kak Seri....I miss you!
YOU ARE READING
Love in Silence
RomanceKarya Enovel pertama saya yang telah diterbitkan pada 2015. Dari enovel I hate you but I love you. Kini dengan tajuk baharu. Dapatkan senaskah di MPH, Popular dan kedai buku berdekatan. http://nuratinza.blogspot.com
