Misteri 1107

111 2 0
                                    

"Di keheningan malam, termenung ku berseorang, tak lena mata di pejam"          ***********************************Wah, ehsan, sejak bila kau pandai berpuisi ni?", teriak faez kepada ehsan sebaik membuka pintu bilik. "Nate mu paez, tu lirik lagu. ruffedge! ruffedge!", bersungguh sungguh cuba ehsan menerangkan kepada faez. Begitu la malam normal di bilik perindu 1107.  Bilik yang menempatkan 7 orang tetapi hanya meraka berdua yang sering melekat di bilik. Rakan rakan mereka seperti iqbal, topek dan ketua bilik, Nazmi, sedang enak berhibur di tengah kota.                                                                    *************************************Masih segar di ingatan faez perbualan   di antara nazmi dan iqbal beberapa minggu yang lalu. "weh jom lepak bukit bintang, badan dah lenguh lenguh ni", Iqbal memulakan perbualan sambil tangan beliau mengoncang telifon pintar menerusi applikasi wechat. "oraite jugak tu, aku nak tengok orang busking. Kejut la faez tu ajak dia", Nazmi menyahut ajakan iqbal sambil menyarung t shirt calvin klein yang baru dibelinya. Sekali pandang persis cristiano ronaldo.  "tak payah la ajak dia mi, dia tak cool macam kita", iqbal cuba menghasut. " betul aku setuju!", secara tiba tiba topek menyampuk walaupun dia tidak tahu apa yang sedang diborakkan kerana beliau baru selesai menonton sesuatu di phone mengunakan earphone. Beliau menonton apa? hmm, biarlah itu antara dia dengan tuhan. "okay la, jom gerak" "jom!"                         ************************************Masih pedih di hati faiz bila terkenang kejadian itu. Hatinya seperti dihiris bak sembilu versi Zed Zaidi dan hetty sarlene. Beliau yang pura pura tidur ketika itu tertunggu tunggu ajakan dari rakan rakan nya yang lain untuk berhibur di kotaraya. Kini, beliau terpaksa menghabiskan malam malam beliau bersama ehsan, musuh ketat beliau satu masa dahulu. Mereka banyak meluangkan masa bersama melakukan aktiviti yang menyeronokan seperti, tidur dan baring. Penghuni bilik di sebelah mereka pernah membuat aduan di pejabat kolej kerana meraka sangkakan ada mayat di dalam bilik.                                                                  *************************************"ini bukan diri aku, aku bukan jenis duduk bilik", bisik faiz didalam hati. "mu ghoyak ghapo ni faiz" ehsan menyampuk. " eh, macam mana kau boleh dengar aku cakap dalam hati? kau ada saka ke ehsan?", Faiz terkejut beruk. "sebenarnya faiz..." ehsan bikin suspen. " sebenarnya apa! macam mana kau boleh dengar aku cakap dalam hati?!", faiz tidak keruan menanti jawapan dari ehsan. Secara tiba tiba lagu menanti sebuah jawaban dari kumpulan padi di mainkan di gitar oleh awie, pemuda sabah bilik sebelah. Timing yang perfect, awie.                  *************************************Ehsan hanya tersenyum misteri. Senyumannya membuatkan Faiz hampir terkencing di seluar coklat persis izzue islamnya. Ehsan diam seribu bahasa, menambahkan lagi suasana misteri kepada faiz. Peluh mula membasahi janggut dan misai wak doyok wannabe kepunyaan faiz. tiba tiba telifon faiz berdering " aduh aduh sayang kenapa kau hilang, aduh aduh sayang kenapa kau curang" Faiz terus mengangkat tanpa melihat siapa gerangan yang menelifon.                    ************************************""weh faiz, ni aku epah! kau ada kat bilik tak? nak rokok sebatang aku sakit kepala doh", Faiz terus meletak telifon tanpa mengeluarkan sebarang kata kata. Tiada apa yang lagi penting dari misteri di depan matanya. "Kring kring" bunyi yang keluar dari phone samsung clone milik faiz menandakan ada mesagge baru masuk. Faiz menjeling di screen. Mesagge dari group whatsapp P1107.  iqbal sent a photo. Faiz malas mahu mebuka kerana misteri dihadapannya masih belum selesai. Namun ehsan insist dan menyuruh faiz membukanya. " bukaklah...".                                            ************************************Faiz membuka message tersebut dah memuat turun gambar yang di hantar iqbal. 10 minit berlalu, gambar tersebut masih belum selesai dimuat turun. Benar kata orang, maxis is shit. Akhirnya gambar selesai di muat turun. Alangkah terkejut beliau melihat gambar tersebut. Gmabar yang memaparkan group selfie di pusat karaoke dari nazmi, iqbal, topek dan.... ehsan. Jadi siapa di depan faiz sekarang? Faiz meramas kunci motor ego milik adiknya di atas meja dan bersiap untuk lari. ehsan hanya tersenyum buat ku senang, kau hias dirimu, membuat hati bertambah sayang. Sorry, sedap pulak lagu tu. Ehsan slowly, menghilangkan diri. Faiz bergegas ke scoternya dan pacu laju laju , dan cuba lari dari realiti tapi gagal. scoter itu hanya mampu membawanya ke Gombak.                            *************************************Rupanya- rupanya selama ni faiz hanya keseorangan di bilik dan bukan bersama ehsan seperti dibayangkan. ehsan bersama rakan yang lain berhibur setiap malam di kota atau di bandar shah alam meninggalkan faiz keseorangan. Faiz kini di gombak memikir nasib malangnya manakala rakan rakanya sedang enjoy menyanyikan lagu lompat si katak lompat di pusat karaoke keluarga.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Sep 10, 2015 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

mystery of perindu 1107Onde histórias criam vida. Descubra agora