Nak lagi vibe , dengar lagu ni hehe
JARI-JEMARI Tengku Naura Raissa mengetat pada stereng. Dia menekan skrin papan pemuka, membuat panggilan untuk kali ketiga. Nada dering bergema dalam ruang kereta yang sunyi, namun seperti dua panggilan sebelumnya, talian itu terputus begitu sahaja.
Naura mengeluh perlahan. Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibirnya akhirnya pudar.
Hari ini sepatutnya menjadi hari yang paling membahagiakan buat mereka. Petang ini, mereka sudah berjanji untuk berbincang dan memuktamadkan tempahan dewan utama bagi majlis perkahwinan mereka. Sebab itulah Naura sengaja mengosongkan jadual kerjanya dan pulang lebih awal dari pejabat. Megat Rayyan sendiri sudah berjanji akan menunggunya di rumah sejak awal pagi.
Namun, entah kenapa hatinya mula terasa tidak sedap.
Mercedes hitam miliknya meluncur perlahan masuk ke perkarangan banglo. Naura mengerutkan dahi apabila sedan Rayyan sudah kelihatan terparkir di garaj.
"Ada dekat rumah... tapi kenapa tak angkat telefon?" Naura berbisik sendiri.
Dia mematikan enjin, mencapai beg tangan lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Langkahnya ringan, tak mampu menyembunyikan rasa teruja yang sejak tadi bersarang di dada.
"B, awak dekat mana?" Naura memanggil sebaik sahaja pintu utama ditolaknya.
Ruang tamu kelihatan sepi. Ruang makan juga kosong tanpa kelibat sesiapa. Naura melangkah ke dapur dan mendapati Bibik Senah sedang tekun memotong sayur di atas kaunter.
"Bik, awak ada nampak Rayyan tak? Kereta dia ada di luar, tapi dia tak ada pula," soal Naura lembut.
Bibik Senah terhenti daripada memotong sayur. Wajah wanita tua itu jelas berubah saat melihat Naura berdiri di situ. Riak serba salah terpancar di wajahnya, seolah-olah kehadiran gadis itu bukan sesuatu yang diharapkannya.
"Eh, Cik Naura sudah pulang?" Bibik Senah menyahut. "Tadi Encik Rayyan ada di luar. Lepas itu, Encik Rayyan sama Cik Tia ada berbincang sesuatu di laman. Rasanya, mereka berdua naik ke atas selepas itu."
Dahi Naura semakin berkerut. Tia? Apa yang penting sangat sampai mereka perlu naik ke tingkat atas untuk berbincang?
"Okey, bik. Saya naik dulu, ya."
***
Naura menaiki tangga satu demi satu. Namun, sebaik sahaja tiba di koridor tingkat atas, langkahnya terhenti.
Ada bunyi asing kedengaran dari dalam bilik tidur adik tirinya, Tia Natasha. Samar-samar, tetapi cukup untuk membuatkan Naura terpaku di situ.
Desahan halus kedengaran berselang-seli dengan tawa kecil yang aneh, membuat bulu romanya serta-merta meremang.
Jantung Naura berdegup semakin kencang. Dadanya terasa sesak, seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit dari dalam. Tanpa berlengah, dia memulas tombol pintu yang rupanya tidak berkunci lalu menolaknya hingga rapat ke dinding.
"Tia? Awak okey tak? Akak masuk, ya?"
Kata-kata Naura terhenti di kerongkong. Nafasnya tersekat seketika, seolah-olah udara di sekelilingnya tiba-tiba menghilang.
Di atas katil, dua tubuh tanpa seurat benang sedang berbaring rapat.
Megat Rayyan. Lelaki yang pernah berjanji untuk mencintai Naura hingga ke syurga.
ANDA SEDANG MEMBACA
STUCK WITH YOU! [OG]
RomanceSebagai seorang perancang majlis perkahwinan terkenal, Tengku Naura Raissa tahu bagaimana mencipta pengakhiran bahagia untuk orang lain. Malangnya, dia gagal mencipta pengakhiran untuk dirinya sendiri. Impian Naura hancur apabila dia menemui tunangn...
![STUCK WITH YOU! [OG]](https://img.wattpad.com/cover/415583602-64-k81275.jpg)