" Itu anak makcik? " Soal seorang kanak-kanak lelaki sambil memandang ke arah jendela yang terbuka. Di situ kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang duduk diselubungi selimut.
" Ya... Cantik tak anak makcik? " Wanita yang sedang menyapu sampah di halaman rumah bersuara.
" Cantik... "
Wanita itu tertawa. Dia tersipu malu apabila ada seseorang memuji kecantikan anaknya. Anak yang dia kandung selama sembilan bulan. Anak yang dia lahirkan sendiri.
" Kalau saya nak main dengan anak makcik boleh? " Pinta kanak-kanak itu. Matanya berkedip memandang wanita yang digelar makcik.
" Tak boleh... Anak makcik tak boleh kena panas... "
" Kenapa? "
" Sebab anak makcik istimewa... "
ANDA SEDANG MEMBACA
Teruntuk Isteriku [ C ]
Romance[ Short Story ] Sejak Bidara kecil, dia tidak pernah berkawan dengan sesiapa. Kerana kulitnya yang terlalu cerah, rambutnya berwarna putih dan matanya yang berwarna asing, semua kanak-kanak tidak mahu berkawan dengannya. Sehinggalah Bidara mem...
![Teruntuk Isteriku [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/415467920-64-k813445.jpg)