01

3 1 0
                                        

PAGI itu, Maria awal keluar ke pusat membeli belah untuk membeli barang² dekorasi rumah barunya. Sederhana namun selesa untuk didiami. Hasil titik peluhnya bekerja sebagai guru taska di kediamannya selama 2 tahun.

Sesampainya di pusat membeli belah, dia menyambar beberapa perhiasan kecil seperti fairy lights, bantal-bantal kecil untuk sofanya. Tidak lupa lapik meja di ruang tamu dan sudah tentu langsir black outnya berwarna coklat.

Kemudian dia beredar ke gudang perabot bersebelahan dengan pusat membeli-belah tadi. Dia menempah cermin berdiri, set sofa warna off-white, lampu berdiri dan rak kasut paras pinggangnya.

"Cukuplah ni, next gaji sambung shopping. Hihihi," desis hatinya.

Maria pulang dengan hati yang teruja. Tak sabar untuk deko-deko rumah barunya. Oh ya! Dia sempat membeli beberapa barang di dapur dan set pizza untuk dimakan pulang nanti. Penuh dua-dua tangannya hasil menjoli di kedai. Maria hanya menaiki pengangkutan awam. Itu sudah cukup berat untuk tubuhnya yang kurus dan sedikit berisi.

SAMPAI sahaja di rumah, Maria terus membuka pintu peti sejuk. Dia menyusun daging-daging segar, buah-buahan serta sayur-sayur. Cukup untuk satu minggu. Bahan² kering juga penuh di kabinet dapur.

Maria menghela nafas lega. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Laparlah tu!

Ting Tong! Tepat pada masanya! Pesanan tempahan perabotnya sudah sampai. Maria bingkas menuju ke pintu untuk menyambut segala perabot tempahannya.

"Selamat pagi, Cik Maria!" Pekerja tersebut menyapa.

"Pagi juga. Letak ja di tengah tu. Nanti saya susun sendiri," perintahnya. Pekerja itu mengangguk faham. Setelah mereka beredar, Maria menyambar kotak pizza yang baru dibelinya tadi. Tin coca-cola dibuka lalu dituangkan ke dalam cawan plastik berisi ais.

"Wuhh! Sedapnya!" Dia mengomel sendiri.

Selesai makan, dia berehat sambil mengamati desain yang dia reka dalam kepalanya. Tidak sampai 1 jam rehat dia bangun membongkar beg yang berisi dekorasi kecilnya.

Maria terhenti seketika.

"Eh, iyalah. Bagus settle yang besar-besar dulu," getus hatinya. Dia mula menolak set sofa putihnnya menghadap televisyen. Cermin besarnya di sudut ruang tamu berhampiran dengan jendelanya. Lampu berdiri berada di sisi televisyennya. Rak kasut? Sudah tentu di pintu keluar.

Perabot-perabot kecil hanya disusun secara ralat. Terakhir sekali adalah langsir. Kebetulan palang langsir yang lama sudah uzur. Palang yang dia bawa dari rumah lamanya. Dia mengganti dengan palang dan langsir yang baru. Maria tidak sedar itulah task terakhirnya pada hari itu. a

Maria mencapai kerusi dari meja makannya. Dia meletakkan betul² di tempat dia hendak memanjat dan memasang langsir baru. Terlepas dari tangannya.

Dia memasang lagi.

Jatuh.

Tcch! Dia mengeluh kecil. Maria cuba membetulkan langsir itu.

Jatuh lagi!

"HAHAHAHA. Orang nak habis kerja dahhh," Dia ketawa sendiri.

Maria meneruskan aktiviti menyarung langsirnya. Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang memerhati gerak-gerinya. Maria berpusing.

Kosong. Tiada orang. Hanya pintu utama yang sedikit terbuka.

"Aah, lepas ni aku tidurlah puas-puas," dia membebel perlahan.

MONSTER (BAHASA MALAYSIA)Stories to obsess over. Discover now