Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

BAHAGIAN 1

1.3K 23 0
                                        

Pagi redup. Sedikit mendung. Dalam rumah banglo, seorang wanita bergelar 'ustazah' tengah sibuk menyiapkan diri. Pakaian labuh hitam. Tudung hitam. Dan juga tidak ketinggalan, purdah kesayangannya yang sentiasa menutupi separuh wajah bagi menjaga imej sebagai seorang yang warak.

Kunci kereta dicapai. Tanpa buang masa, Fiya segera meluncur menuju ke madrasah. Tidak jauh dari rumah. Sekitar 3 KM sahaja. Sepanjang perjalanan, wanita purdah itu menyempatkan diri membaca ayat-ayat pendek dari kitab suci Al-Quran. Menenangkan diri dengan kalam Allah yang agung.

Tidak sampai 10 minit, kereta Proton masuk ke perkarangan madrasah Al-Ukhwah. Yang diterajui oleh ustaz Zulkifli. Fiya sudah lama mengajar pelajar disini. Ada dalam 4 tahun semenjak balik dari Mesir. Ilmu yang dipelajari, ada baiknya dikongsi. Agar yang lain dapat manfaat, Fiya memperolehi pahala.

Fiya keluar dari perut kereta. Tafsir Al-Quran dibawa sekali. Pintu ditutup. Baru sahaja ustazah itu mengatur langkah, dia disapa oleh ustaz Zulkifli. Pakaian jubah putih bersih. Serban hijau lilit kepala. Dan rida sebelah kanan. Fiya menjawab salam dari ustaz itu.

"Lewat 3 minit, ustazah." Bukan menyindir, sekadar mahu tahu sahaja.

Fiya tersipu malu. Dia memang sudah lama menyimpan rasa terhadap Zulkifli. Hanya sahaja dia sedar diri. Guru tetaplah seorang guru. Tidak mampu menandingi seorang yang berilmu lebih tinggi.

"Maaf, ustaz. Tadi saya singgah kedai kejap nak beli barang sikit untuk makan tengah hari. Maklumlah, bujang kan?"

Zulkifli melebarkan senyuman. Entah kenapa jantungnya berdebar. "Kalau bujang, carilah lelaki yang boleh bimbing ustazah di dunia dan akhirat. Lama-lama simpan takut berkarat pula." Selorohnya.

Pipi Fiya terasa panas. Bukan marah. Melainkan ada perasaan aneh singgah di hati. Entah cinta. Entah nafsu. Lagipun watak dan penampilan ustaz Zulkifli memang kacak. Macho. Seolah wajah tampan itu tidak sesuai dengan gelaran 'ustaz'.

Melihat wanita itu terdiam, Zulkifli mengalihkan bicara. "Baiklah ustazah. Kelas nak mula. Saya minta diri dulu. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya." Selajur Zulkifli melangkah pergi selepas wanita purdah itu mengangguk.

Tangan kanan menyentuh dada. Degupan jantung semakin laju. "Kenapa aku rasa begini? Eish, tak mungkinlah. Tapi.. aku memang betul pun aku sukakan ustaz Zulkifli. Siapa je tak tergoda dengan wajah tampan itu?" Fiya terkekeh-kekeh ketawa.

Dia pun pergi ke kelas dan mengajar seperti biasa. Murid bertanya, Fiya jawab. Sambil itu Fiya ajar murid-muridnya untuk menjaga maruah dan kehormatan diri. Meskipun Fiya masih mendidik diri, apa salahnya mengajak yang lain kepada kebaikan?

Pukul 12 tengah hari, Fiya pergi ke bilik guru. Mejanya di hujung sekali, sudut sebelah kiri. Bersebelahan dengan ustazah Alya. Namun Fiya tidak nampak kelibat ustazah itu. Kemungkinan wanita itu keluar sebentar bersama suami. Maklumlah, suami isteri mengajar dalam madrasah ini.

Wanita purdah itu menikmati makanan yang dibelinya pagi tadi. Sungguh sedap. Memandangkan cuaca sedikit panas, terpaksa Fiya dirikan kipas kecil di atas meja. Peluh membasahi tubuh. Keringat mengalir deras. Fiya pandang kiri kanan. Melihat apakah dalam bilik ini ada guru lain.

Setelah memastikan hanya dia seorang sahaja yang ada, Fiya tarik hujung kain dan letak atas paha. Betis dan separuh paha jelas kelihatan. Bawahnya berpeluh. Mustahil juga Fiya letak kipas di bawah meja. Nanti orang fikir apa pula. Jadi, menyingkap kain adalah cara terbaik.

Sedang menikmati makanan, pintu bilik guru terkuak luas. Fiya sekadar memerhati. Tidak ingat lagi bahawa kain bawahnya masih terselak.

Ustaz Syafiq melabuhkan punggung atas kerusi beroda empat. Kedudukannya tidak jauh dari Fiya yang khusyuk makan. Sesekali bola mata Syafiq memerhati gelagat wanita purdah itu. Sungguh ayu walaupun ketika sedang makan.

"Boleh tahan cantik ustazah Fiya ni. Kalaulah dia terima aku, demi Allah! Aku akan jaga dia dengan nyawaku sendiri." Gumam Syafiq. Bibirnya meleret ke atas. Senyuman manis terserlah.

Helaan nafas dikeluarkan. Fail biru besar dicapai. Dibuka. Saat inilah pen terjatuh. Syafiq membungkuk sedikit badan ke kanan untuk mengambil pen atas lantai. Ketika jari menyentuh batang pen, matanya terganggu dengan satu pemandangan yang sangat langka.

"Gulk!" Syafiq menelan liur.

Betis dan paha ustazah Fiya jelas terpampang bawah meja. Licin. Mulus. Putih. Tidak ada bulu walau sehelai. Begitu tajam mata Syafiq memandang kaki wanita purdah itu. Zakar yang terselindung dalam seluar bergerak-gerak. Menandakan dia terangsang.

Mata tidak lari dari betis dan paha ustazah comel itu meski wajahnya tidak kelihatan. Seakan dunia terhenti, Syafiq mengambil peluang keemasan ini untuk menengok sepuas-puasnya tanpa berkedip.

Fiya baru selesai makan. Bekas ditutup. Kipas kecil dikuatkan lagi. Terasa panas ruang bilik guru ini. Penghawa dingin belum services. Belum boleh diguna pakai. Kipas pun perlahan. Itu sebab bilik guru ini sepanas api jahanam.

Pada ketika Fiya angkat kepala, dia melihat ustaz Syafiq menunduk. Kepala menghadap bawah meja. Mata tidak berkedip. Fiya kehairanan. Apa yang ustaz itu tengok hingga mata pun tidak berkedip walau ditiup angin.

Tatkala menyedari bawahnya masih terdedah, pantas Fiya menurunkan hujung kain. Kain dibetulkan agar auratnya tidak terdedah lagi. Badan menegak. Berdehem-dehem wanita purdah itu.

"Ustaz, mata kena jaga. Nanti tersambar petir pula." Sindir Fiya.

Syafiq senyum sumbing. Pen atas lantai tidak jadi diambil. Terus membetulkan duduk. Sambung buat tugasan yang tergendala kerana pemandangan yang tidak dijangka.

Pejam celik pejam celik sudah pukul 4:30 petang. Fiya kemas barang. Buku nota dimasuk ke dalam beg kecil sebelum berangkat. Meja disusun. Semua fail di letak mengikut abjad yang bertulis sedia supaya tidak mengelirukan.

Baru sahaja kaki menapak selangkah, Zulkifli menyapanya. Jantung Fiya hampir tercabut. Begitu mendadak ustaz itu munculkan diri.

"Ada apa ustaz? Saya nak cepat." Fiya tidak mahu berlama-lama di dalam bilik guru ini. Mereka berdua sahaja berada di dalam ruang ini.

"Maaf, saya tak tahu pula ustazah gegas nak keluar. Saya cuma nak pesan esok pagi ustazah bagi tazkirah kat masjid Al-Awwam Nawawi. Ustazah berlaku tak?"

Fiya angguk laju. Masa perlu dikejar. Tambahan lagi malam ini ada rutin yang wajib dikerjakan. "Ye, insha-Allah besok saya datang. Saya minta diri dulu." Selajur melangkah selepas memberi salam.

"Wa'alaikumussalam.." Jawab Zulkifli.

Tiba di rumah, Fiya bersihkan diri. Memakai pakaian labuh hitam. Tudung dan purdah hitam seperti biasa. Warna itu warna kegemaran. Sampai bila-bila pun hanya itu sahaja warna yang digunakannya.

Sebelum berangkat ke gym, Fiya makan telur separuh masuk 4 biji. Bagi menambah protein. Selesai bersenam nanti, ditambah lagi 3 biji separuh masak.

Ustazah Tapi Hot!Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang