HIM : PROLOGUE

1.9K 128 27
                                        

"Tengku!!" Jeritan suara yang sangat dikenali. Ya, jeritan si dara yang sedaya upaya mencuri hatinya, Nur Allysa Natasha.

Tubuh dipusingkan menghadap gadis itu. Topeng muka hitam diturunkan perlahan. Kening kanan diangkat.

"Nak apa?" Soalnya dengan nada yang sengaja dibekukan. Wajah gadis itu direnung dalam.

"Saya bawa bekal untuk Tengku!" Mangkuk tingkat diangkat paras hidung jejaka itu. Senyuman manis terukir.

"Untuk aku?" Soal Raiz dengan kening kanan diangkat.

"Aik, tak akan saya bawa untuk orang lain pula? Ha, siapa? Siapa?!"

"Kau dengan lawak hambar kau ni, memang tak berpisah kan?" Ujar Raiz sebelum mangkuk tingkat itu diambil dari Allysa.

"Bekal apa?" Soal Raiz sebelum dia menghidu aroma masakkan dari mangkuk tingkat itu.

"Saya masak ayam masak lemak!!" Ujar Allysa, sambil tersenyum malu. Wajah jejaka itu direnung sepuas yang mungkin.

"Dah boleh balik, rasanya. Aku ada duty"

"Ala, saya baru nak menikmati keindahan hamba Allah ni!" Ujar Allysa dengan cebik di bibir.

"Menyampah lah," Ujar Raiz sebelum dia memakai kembali topeng mukanya. Mangkuk tingkat diletakkan ke atas meja pejabat rasmi.

Kaki melangkah menuruni tangga tanpa berpaling ke arah si dara sedetik pun.

"Tengku!!!" Jeritan Allysa membuatkan jejaka berhenti melangkah. Tubuh dipalingkan ke arah gadis itu.

"Apa lagi?" Soal Raiz dengan nada jual mahalnya. Pandangan terus dihalakan ke arah Allysa.

"Kejap!" Sepantas kilat dia menuruni anak tangga bersama baju kurungnya yang berwarna biru cair itu.

"Aku nak duty tau. Kenapa lambatkan masa aku ni, Allysa?" Soal Raiz sebelum dia berkerut dahi.

Allysa tersengih sebelum kepalanya didongakkan sedikit untuk melihat jejaka itu.

"Dah jatuh cinta dengan saya ke?" Soal gadis itu sebelum dia tersenyum girang, sehingga terserlah gigi taringnya yang senget sedikit.

"Kau, muda dari aku. Boleh cari yang seumur ataupun beza 2 tahun. Aku ni 28, kau 21 tau"

"Tak apa, umur hanyalah angka!!"

Raiz mengeluh perlahan, memang susah untuk si dara seorang ini mendengar kata. "Kalau aku kata yang aku tak akan suka kau?" Soal Raiz dengan kening kanan yang diangkat. Topeng muka dibuka kembali. Kepala disengetkan sedikit.

"Kalau, Tengku kata Tengku tak suka saya. Saya buat la macam - macam cara supaya Tengku suka saya!!"

"Aku, akan ada soft side bila dengan orang yang aku cinta sahaja. Dan kau bukan orang dia," Ujar Raiz sebelum topeng muka dipakai kembali.

"Jadi..."

Raiz merenung wajah gadis itu dengan kerutan. "Jadi apa?"

"Saya akan usaha untuk jadi wanita yang Tengku cinta tu!!" Ujar Allysa sebelum dia tersenyum girang. Raiz memejamkan matanya, sungguh degil si dara ni seorang!

"Aku tak tahu nak buat apa lagi supaya kau berhenti suka aku. Aku tak ada apa- apa pun, Allysa. Lagipun, kau tak malu ke? Kalau orang kutuk kau?"

"Biarlah orang kata saya ni macam, perigi cari timba , saya nak jadi isteri Tengku. Jadi apa salahnya?" Soal Allysa, tanpa malu- malu.

"Jawapan kau ni, buatkan aku terkesima sebernanya. Jawapan kau ni, buatkan aku rasa macam, kau memang tekad betul untuk buat aku jatuh cinta pada kau, kan?" Soal Raiz sebelum dia mengelengkan kepalanya.

Him: The Hierarchy [Slow Update]Stories to obsess over. Discover now