Hari ini adalah hari pertama pertemuan bagi pasangan kekasih yang dinanti-nantikan kerana setelah sekian lama mereka tidak bertemu.
Naila bangun pada awal pagi kerana dia sangat excited untuk bertemu dengan kekasih hatinya.Pada tengah hari, Naila sudah pun membawa baby Ativa miliknya yang berwarna fresh blue itu menuju ke arah kafe R&Q iaitu tempat mereka berdua ingin bertemu.
Seusai sahaja kereta Ativa miliknya masuk ke dalam kotak parkir yang kosong, Naila terus keluar daripada kereta dan terus menuju masuk ke dalam kafe R&Q.
Beg tangan yang dipegang di tangan mulusnya serta-merta terjatuh di atas lantai apabila dia melihat kekasih hatinya itu sedang bermesra dengan seorang wanita yang lain.
Dengan hati yang tengah panas membara, Naila terus mengangkat kembali beg tangan yang jatuh di atas lantai.Naila terus menuju ke arah meja yang diduduki oleh kekasihnya.
"Raif Khalish! Siapa perempuan ini? Jujur dengan saya sekarang apa yang telah terjadi sebenarnya"Naila masih lagi boleh mengawal nada suaranya walaupun hati yang sedang membara dengan api itu tidak boleh menipu.
"Err... Naila saya boleh explain.Sebenarnya apa yang awak nampak ni..."belum sempat Raif menghabiskan kata-katanya, wanita di hadapan Raif telah memotong terlebih dahulu.
"Saya girlfriend dia."dengan riak wajah yang bangga wanita itu menjawab.
"Oh jadi selama ni semua kata-kata dan janji-janji manis yang awak utarakan tu semua itu paslu la?Wow, hebatnya awak Raif Khalish!By the way dah berapa lama kau orang bercinta?"nada suara Naila sedikit bergetar kerana dia mahu menahan diri daripada mengeluarkan air mata.Dia tidak mahu menunjukkan yang dirinya lemah.
"Kita orang baru 5 hari bercinta."jawab wanita yang bernama Sofiya Nadira iaitu kekasih baru Raif Khalish.
"Wait! What? Awak curang dengan saya Raif! Awak ni memang lelaki yang tak guna kan! Dengan semudah itu sahaja awak boleh curang dibelakang saya. Sebab apa? Sebab kita ldr kan."
"It's okay.Sekarang baru saya faham, why awak makin lama makin berubah and sampai tiba-tiba awak boleh hilangkan diri macam itu je.Awak sayang saya and lepastu awak buang saya macam sampah kan."
Semua orang yang berada di dalam kafe terkejut melihat kejadian itu secara tiba-tiba terjadi.Keadaan di dalam kafe terus sunyi sepi.
🌷
"Thank you sayang sebab awak terima saya seadanya."terukir senyuman manis di bibir Raif apabila melihat wajah cantik Naila.
"My pleasure habib."
"Awak janji dengan saya, yang awak tidak akan pernah meninggalkan saya?"jelas kelihatan riak wajah risau Raif jika suatu hari nanti bagaimana jika dia akan lalui hidupnya tanpa Naila yang berada disisi.
"Walau apa pun yang terjadi di antara hubungan kita... saya tetap tidak akan pernah meninggalkan awak, walau dalam kondisi apa pun yang berlaku.Itu janji saya pada awak sehingga akhir hayat saya."Naila mengukir senyuman di bibir kerana dia ingin Raif kembali tersenyum seperti selalu.
Perkara itu teringat kembali di dalam fikiran Naila.Tanpa dia sedar, air mata sudah pun membanjiri di kedua-dua belah pipi.Naila hanya membiarkan sahaja pandangannya kabur.
"Terima kasih Raif Khalish kerana telah bahagiakan saya walaupun hanya seketika saja waktu kita bersama."kata Naila sendirian.
ŞİMDİ OKUDUĞUN
Mati Dalam Senyuman
RomantikBerkisahkan tentang seorang wanita yang berasal dari keluarga yang sempurna dan seorang lelaki yang berasal dari keluarga yang tidak sempurna... Namun, takdir mempertemukan mereka berdua pada waktu yang tidak dijangka. Tetapi, kebahagiaan yang disan...
