Episod 2

8K 204 3
                                    

BANGUN pagi kena kejut. Terkejut, satu hal dan satu hal lagi bila nampak muka mama dan papa yang duk tersengih-sengih semacam. Ada apa ni? Kerusi aku tarik sebelum dudukku ku labuhkan sopan. Baru nak capai roti,mama dengan laju menghulur terlebih dahulu. Aku tak kata apa-apa, sekadar sambut dan telan roti bakar tu sampai habis.

"Mama ni kenapa?" aku tanyajuga akhirnya. Tak tertahan bila tengok keletah aneh mereka itu.

"Sayang..kalau ada pelajar baru kat sekolah, biasanya kamu akan handle tak budak-budak tu?" aku kerut dahi. Pertama kali soalan itu aku dengar sejak aku bergelar pengawas sekolah. Selama ni tak ada minat pun nak tanya tentang kerja akudi sekolah tu, sekarang kenapa dah berminat pulak?

"Kenapa tiba-tiba ni?"

"Jawab ajelah." Papa menyampuk lekas membuatku terkedu.

Bergantung. Kalau kena, kenalah." Jawabku malas sebelum mihun goreng itu masuk dalam mulut.

PERJALANAN bila berada dalam sekolah sangat menyeronokkan. Tersangat! Bila setiap langkah, ada mata yang memerhati rasa sungguh seronok. Mungkin ada yang rimas tapi bagiku, aku amat sukakan perhatian. Ah! Kalau beginilah gayanya, jadi artislah aku. Gila! Nak kena parang dengan mama? Huh. Aku mengeluh sendiri. Kenapalah mama dan papa tak pernah nak menyokong cita-citaku yang satu itu?

"Erina!!" terasa rambutku ditarik seseorang dari belakang, aku terus menjerit. Dayah buat muka dengan aksi melebih-lebih aku itu. Tarik tak kuat pun tapi jeritanku itu kalah bagai kena culik dengan orang asing.

Aku tayang sengih sahaja. Bahu rakanku itu, ku usap lembut. Harap-haraplah boleh kasi hati minah ni lembut juga.

"Kenapa jalan kaki hari ni? Papa kau dah bankrup ke?" sinis Dayah. Aku kancing gigi. Giliran aku pulak yang tarik rambut dia. Kuat sikit dari dia buat kat aku tadi.

"Sakitlah." Marah gadis itu.

"Kau tu! Cakap macam tak sayang nyawa. Apa? Salah ke kalau aku jalan kaki? Lagipun, aku makan berat sangat pagi tadi. So, jalanlah. Boleh bakar kalori banyak sikit. Dari duduk dalam kereta tu, baik aku berjalan." Jawabku bangga. Ini Erina! Seorang yang cukup menjaga tubuh. Dari atas sampai bawah, segalanya ku jaga dengan rapi. Demi cantik, aku sanggup lakukan apa saja, asalkan aku nampak sempurna.

"Banyaklah kau. Karang bila PJ nanti, bakar lemak jugak." aku hanya tayang muka bosan. Sebut hal pendidikan jasmani memang aku pantang. Tak boleh nak ngam dengan subjek tu. Walaupun dah naik ke tingkatan empat, berlari padang itu jugaklah rutin harian yang kami kena jalankan.

Kalau aku tahu macam ni gayanya sukan kat sekolah untuk pelajar menengah, baik aku jadi budak sekolah rendah. Boleh main isi air dalam botol, bawa bola dalam sudu, lari dalam guni dan macam-macam lagilah. Kan ada banyak variasinya. Baru namanya bersukan!

Tambahan lagi..aku memang tak suka bersukan. Kerana itulah, aku begitu menjaga pemakananku ini. Tak boleh makan makanan yang terlalu berminyak, yang banyak kalori dan yang banyak kolestrol. Dah tahu malas nak bersenam aku jaga dengan cara macam ni. Seksa itu memang seksa tapi kalau dah terbiasa, apa boleh kata?

"Eh! Hari ni..kelas aku ada pelajar baru tau." Aku angkat kening. Pelajar baru? Tibatiba teringat tentang perbualan ku dengan mama dan papa. Haih! Mama dan papa ni keturunan ahli nujum pak belalang ke? Kalau ya, kenapa aku tak boleh nak predictmacam tujuga?

"Yake? Siapa?"

"Tak tahu! Tapi..lelaki! Wahh! Tak sabarnya..mesti handsome. Wah.. Sukanya aku. Tak boleh tidur aku malam-malam sebab asyik bayangkan muka dia macam mana." Aku menggeleng. Ini minah yang terlalu obses dengan imaginasi dia. Macamlah apa yang dia bayangkan akan jadi kenyataan.

Thank You, My Love (END)Where stories live. Discover now