We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.

PENGENALAN WATAK

8 3 0
                                        

Watak Utama :-

1. Arash Nuqman

Ø Seorang lelaki yang dingin, pendiam dan sukar didekati.

Ø Bukan semua orang mampu menarik perhatiannya.

Ø Lebih selesa menunjukkan rasa ambil berat melalui tindakan (acts of service) berbanding kata-kata.

Ø Sikap prihatinnya sering membuatkan orang lain mudah jatuh hati, namun dia tidak pernah memberi harapan jika tiada perasaan.

Ø Sangat memilih orang yang dibenarkan masuk ke dalam hidupnya.

Ø Sukar jatuh cinta, tetapi apabila sudah menyayangi seseorang, dia akan melindungi dan sentiasa berada di sisi orang itu tanpa perlu mengungkapkannya dengan kata-kata.


2. Elara Sofia

Ø Seorang gadis yang berhati lembut dan penyayang.

Ø Pemurah serta sentiasa membantu orang di sekelilingnya.

Ø Peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Ø Mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Ø Mengambil masa untuk menerima kembali seseorang yang telah melukakan hatinya.

Ø Suka memendam masalah sendiri berbanding berkongsi dengan orang lain.

Ø Seorang yang kuat walaupun sering menyembunyikan luka di sebalik senyuman.


3. Lufeeya Danisha

Ø Sahabat baik Elara.

Ø Seorang yang ceria, memahami dan setia.

Ø Sentiasa berada di sisi Elara ketika susah mahupun senang.

Ø Orang yang sering menyedari perubahan kecil pada diri Elara.


4. Zafran Nazhan

Ø Sahabat Elara yang tenang dan matang.

Ø Seorang yang boleh dipercayai.

Ø Sentiasa memberikan sokongan kepada kawan-kawannya.

Ø Tidak banyak bercakap tetapi sentiasa hadir apabila diperlukan.


5. Haidar Danial

Ø Sahabat rapat Arash.

Ø Seorang yang mudah bergaul dan menceriakan keadaan.

Ø Antara individu yang paling memahami sisi sebenar Arash.

Ø Sering menjadi penghubung apabila Arash terlalu berdiam diri.


6. Eryna Sofia

Ø Kakak kepada Elara yang tegas tetapi penyayang.

Ø Seorang yang matang dan bertanggungjawab.

Ø Sentiasa melindungi serta mengambil berat tentang Elara.

Ø Sering memberikan nasihat agar Elara tidak mengulangi kesilapan lalu.

Ø Tegas kerana sayang, bukan kerana ingin mengawal.


Watak Sampingan :-

1. Maryam Umaira ( Umie Elara & Eryna )

Bukan Aku Yang Kau CintaStories to obsess over. Discover now