"AARRRRRRGGGHHH!!!"
Jeritan nyaring itu bergema bagai irama sumbang yang menghiasi ruangan seisi rumah, membingitkan telinga insan-insan yang mendengar.
"S-SAKIIITTTT!!!!"
"KAKAK TOLONGGGGGG!!!!"
"AAAARRGHHHHH!!!"
Alieya memejamkan mata, rapat. Air mata yang sudah sedia mengalir, mengalir dengan lebih deras. Umpama air hujan yang turun dari awan cumulonimbus, yang menampung beban jutaan liter molekul air sebelum ianya jatuh menghempas permukaan bumi. Buku lima digenggam erat. Dirinya sakit melihat adiknya.
"Lieya, tolong." Lemah suara remaja lelaki itu meminta pertolongan remaja perempuan yang jelas tidak berkuasa membantu. Matanya berkaca melihat sang kakak yang hanya memejamkan mata dan terus mendiamkan diri di balik pelukan wanita berumur lewat 40-an. Seakan, gadis itu tiada pilihan.
Oh Tuhan! Lemah segala sendi tulang Alieya mendengar rintihan adiknya. Ingin sekali dia membantu adiknya sekarang ini. Namun apakan daya, dia tidak mampu. Dirinya sudah dipeluk kemas oleh ibunya.
"Ka- kakak." Semakin lama, semakin rendah dan semakin perlahan suara rintihan itu. Zatnya semakin sirna, bahkan untuk terus-terusan menyeru insan yang tidak bakal menolongnya.
"Uhuk! Uwerk!" Serentak itu, Alief memuntahkan segala isi perutnya.
"Arh! Sakit!" Alief kembali memuntahkan segala isi perutnya.
"Paku! Darah! Rambut! Alieefff!!!" Terbuntang luas matanya saat melihat isi yang dimuntahkan adiknya. Menggigil-gigil tangannya naik menekup mulut yang melopong.
"Lepaskan kakak! LEPASS!!" Alieya bergelut dengan ibunya untuk melepaskan diri. Dia sudah tidak tahan lagi! Dia mahu selamatkan adiknya!
"Kakak, bertenang. Jangan macam ni," si bapa cuba menenangkan Alieya yang sepertinya sudah hilang kawalan.
"Lepaskan aku, lepas!" Dia meronta-ronta. Saat ini, dia sudah tidak sedar apabila kaki dan tangannya secara refleks menolak jauh tubuh kedua ibu bapanya.
"Alief!" Dengan sepantas kilat, Alieya mendapatkan tubuh Alief yang sudah mulai lemah.
"Adik kakak, jangan tinggalkan kakak. Kakak sayang adik kakak." Sambil teresak-esak Alieya berkata. Tangannya naik meraup wajah Alief yang sudah dicemari darah merah pekat.
"Ak- aku, sayang kau– kakak," Alief tersenyum lemah ke arah Alieya. Dia memandang Alieya dengan pandangan yang penuh rasa kasih.
"Jangan tinggalkan aku. Tolong. Lief, tolong." Semakin tidak keruan Alieya dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja dada Alief berombak kasar. Seluruh tubuh adiknya mula menggelupur, persis seperti seseorang yang sedang diserang penyakit sawan.
"Weyh! Adik, Alief? ALIEF IQBAL!!!!" Kuat jeritan itu bergema di segenap ruang tamu rumah mewah itu.
Alieya meraung sambil dirinya memeluk erat tubuh kaku adik kembarnya, Alief. Baju bahagian belakang Alief digenggam erat. Badannya sudah menggigil teruk.
"Allahuakbar, anak aku! Abang, anak kita bang. Ya Allah!" Puan Alisa menangis lemah melihat tubuh satu-satunya anak lelaki yang dia punya, akhirnya kaku setelah beberapa waktu tubuh itu bergetar hebat.
Encik Ilyas memejamkan mata melihat kesedihan isteri dan anak perempuannya. Anak lelakinya, ya. Anak lelakinya sudah pergi. Nafas berat dilepaskan Encik Ilyas sebelum dia bergerak mendapatkan anak perempuannya yang meraung meratapi pemergian adik kembarnya.
"Allahu akbar. Kakak, mengucap kakak. Jangan macam ni. Kesian adik nanti kalau kakak macam ni. Redha kakak. Kakak kena lepaskan adik. Lepaskan Alief pergi dengan tenang, ya?" Encik Ilyas mengusap perlahan kepala Alieya yang sudah mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Her True Self
HorrorAlieya Irdina kelihatan seperti seorang gadis biasa. Namun, di sebalik kehidupan yang tenang, tersimpan sebuah rahsia yang telah mengikat hidupnya sejak bertahun lamanya. Apabila kematian Alief, adik kembarnya, menggemparkan mereka yang mengenalinya...
