PROLOG

2 0 0
                                        

Satu kereta meluncur laju ke perumahan yang sederhana itu, kanak-kanak berlari di padang dan menunggang basikal sepanjang perjalanan menuju ke sebuah rumah yang terletak di hujung jalan. Rumah teres yang sangat cantik, warna yang sejuk dan pasu bunga di keliling. Memang idaman para ibu-ibu untuk memiliki rumah seperti itu. Kereta di parkir sedikit jauh daripada rumah itu, cermin mata dan penutup muka di pakai sebelum keluar dari kenderaan itu. Setapak demi setapak dia berjalan sehingga dia berhenti tepat di belakang pokok besar. Pergerakan kasual seperti dia sudah terbiasa dengan rutin ini.

-----

 Matanya yang tajam itu memandang tepat ke arah satu figura yang sedang tekun menyidai baju di ampaian rumah. Matahari berdiri tegak di langit tetapi keadaan yang panas terik itu tidak menghentikannya daripada melihat gadis itu.

Pandangan jejaka itu lembut dan redup, seakan-akan menyimpan perasaan rindu yang tidak pernah dia ungkapkan dengan kata.

Dia tidak perasan bahawa sudah berjam-jam dia berdiri tidak berkutik di sini melihat si dia yang menawan bak mentari. Apakan daya, dia terpaksa bersembunyi di sebalik semak samun dan bangunan hanya untuk melihat gadis itu dengan tenang.

Ya, dia rasa ini seperti salah. Tetapi dia tidak mampu meneruskan hari tanpa melihat wajahnya yang terus-terusan menyinggah di mimpi setiap malam. Dia seperti.. obses terhadap gadis itu.

Bertahun-tahun lamanya, kenangan itu tidak langsung hilang dari ingatan. Senyuman manis yang selalu di berikan kepada dirinya mencuit hati setiap kali di ingat. Namun pada masa sekarang, rasanya sangat tidak sesuai untuk kembali di hadapannya. Terasa perasaan yang bergelora yang tidak dapat dia menghadam.

Bunyi notis dari telefon bimbitnya menyentaknya kembali ke alam realiti, bahunya terhinjut sedikit. Tangan sasa di seluk ke dalam poket, melihat nama yang tertera di skrin kini meraih perhatian jejaka itu.

Mata helangnya singgah kembali ke gadis itu sebelum melangkah ke arah kereta mewah yang terletak tidak jauh dari tempat yang dia berdiri tadi, hatinya berat ingin meninggalkan gadis itu tetapi waktu mencemburui dia pada ketika itu. Engine di nyalakan dan dia terus memandu keluar dari kawasan perumahan itu, sempat lagi dia menoleh ke salah satu rumah.

Senyuman sinis terukis di bibir jejaka itu, tangannya menyisir rambut perlahan. "You're going to be mine soon, forever," bisik jejaka itu di dalam hati.

Pictures Of UsHistorias para obsesionarse. Descúbrelo ahora