We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.

prolog

9 2 0
                                        

Farrel Hall dipenuhi dengan kaum kerabat dan orang- orang ternama. Dewan yang mewah dengan konsep batu berlian menghiasanya lagi menampakkan ia sangat mahal.

Di atas pentas sana ada seorang jejaka kacak sedang menandatangani satu watikah. Dia.....

Syed Daryan Zulkarnain Dato' Syed Harman.

Namanya cukup megah dan sangat di kenali. Jejaka muda yang kaya pada usia mudanya.

"Papa kenapa papa bagi company papa pada Daryan? Anak papa dah ada company sendiri. Daryan tak perlukan. Banyak sangat ni papa. Macam mana kalau Daryan tak mampu buat semua ni?" Ujarnya selepas selesai tandatangan itu tadi.

Dia jadi serba salah. Dia tak pernah minta. Sewaktu dia usahakan businessnya sendiri pun dia tak minta pada papanya. Walaupun waktu itu papa masih berkeras nak tolong tanggungkan kos. Tapi sikap percaya dirinya telah membuktikan segalanya.

Dia sanggup kerja siang malam di beberapa buah kedai demi mencukupkan kos.

Dia tak mahu orang bercakap-cakap tentang dia. Mentang-mentang dia anak orang kaya semua dia boleh dapat.

"Daryan seorang saja anak yang papa ada. Siapa lagi papa nak bagi? Penat-penat papa usahakan semua ni untuk tanggung Kita sekeluarga makan. Papa sayang dan papa tak nak ia nya jatuh ke tangan orang yang salah, dan papa yakin Daryan boleh." Bahunya ditepuk perlahan.

Mereka membalas senyuman sebelum masing-masing berlalu.

Daryan tersenyum sendiri. Matanya membawa susuk tubuh itu berlalu.

"Hoi kau, menung apa?"

"Ishhh kau Syah terkejut Aku. Tak Ada apa, aku tengah fikir kenapa papa Aku still nak bagi harta dia dekat aku sedangkan aku dah ada apa yang aku punya."

Si kawan memandangnya dengan pandangan sukar ditafsir.

"Kau pun cuba fikir logik. Kalau bukan kau, siapa lagi? Ayah kau tu pun anak tunggal dan kau pun anak tunggal."

Daryan mengeluh.

Betullah tu. Susah betul jadi anak tunggal. Nak wariskan harta pun memang itu je yang ada.

"Jom makan."

Mereka berjalan menuju tu meja yang sudah siap dengan sajian makanan. Penuh meja dengan makanan saja. Sampaikan nak pilih mana satu pun tak tahu.

Dessert menjadi pilihan Daryan ketika ini.

Baru beberapa suap pudding  ke dalam mulut, Syah bersuara lagi.

"Apa plan kau lepas ni?" Mata memandang wajah di teman.

"Hurmmm aku ingat nak healing. Aku nak lari dari dunia sibuk ni kejap. Aku lupa sesuatu. Waktu remaja aku dah banyak hilang sebab aku sibuk dengan harta dunia ni. Jadi sekarang aku ingat nak tenangkan fikiran lah."

"Wow! Menarik jugak tu. Dah ada tempat nak pergi?"

Daryan menggeleng. Dia pun masih tak tahu nak menuju ke mana.

"Jom ikut aku jugak nak? Aku nak ke pulau jugak hujung minggu ni dengan tunang Aku." Terangkat kening Syah menunggu jawapan.

"Hurmmm okay jugak. Boleh lah Aku ikut dan kau pula takdelah dapat dosa." Daryan menjeling temannya.

"Siau la kau, aku nak bercuti je bukan satu bilik pun. Agaklah kau pun. Aku ni nakal-nakal pun masih berpegang pada agama tau." Muncung sedepa Syah dibuatnya.

Pecah tawa Daryan ketika ini.

Seronok kenakan temannya ini. Macam dia tak kenal perangai playboy Si Syah. Kalau tidak takkanlah hampir beberapa kali tunangnya minta putus, semuanya angkara Syah.

Dia syak nak ke pulau ni pun Syah nak memujuk si tunang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunga Buat Syed Daryan Stories to obsess over. Discover now