Sinopsis

6 0 0
                                        

Qaireen Sofea seorang gadis biasa yang sanggup melakukan apa sahaja demi keluarganya, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah perjanjian yang tidak pernah dicipta.

Apabila keluarganya berdepan masalah kewangan yang serius, Qaireen terpaksa menerima keputusan yang bakal mengubah seluruh masa depannya dengan berkahwin dengan seorang Ceo terkenal yang langsung tidak dikenalinya.

Lelaki itu ialah Zayn Arshad.

Seorang ceo muda yang tampan, kaya dan berpengaruh. Di sebalik kejayaan yang dimiliki, Zayn menyimpan luka lama membuatkan dia tidak lagi percaya kepada cinta. Baginya, perkahwinan hanyalah satu tanggungjawab bukannya kebahagiaan.

Demi memenuhi wasiat datuknya, Zayn menerima perkahwinan itu dengan hati yang berat. Manakala Qaireen pula terpaksa mengorbankan impian dan kebebasannya demi menyelamtkan keluarganya.

Bermula dengan kebencia, pertengkaran dan ego yang tidak pernah mengalah mereka terpaksa belajar hidup bersama sebagai suami isteri.

Namun tanpa mereka sedari perasaan yang pada awalnya dipenuhi keterpaksaan mula bertukar menjadi sesuatu yang lebih mendalam.

Ketika cinta mula berputik masa lalu kembali menghantui. Kehadiran bekas kekasih Zayn, rahsia keluarga yang tersimpan bertahun-tahun serta pelbagai dugaan yang mendatang menguji hubungan yang baru sahaja ingin mekar.

Mampukah Qaireen mencairkan hati seorang ceo yang terlalu lama hidup dalam kesepian?

Dan mampukah Zayn mempertahankan wanita yang pada awalnya hanya dianggap sebagai isteri paksa tetapi akhirnya menjadi pemilik seluruh hatinya?

Kerana kadangkala cinta sejati hadir bukan daripada pilih sendiri tetapi daripada takdir yang telah lama menuliskan nama mereka bersama.


THE CEO'S FORCED BRIDECerita yang buat anda obses. Terokai sekarang