Hujan renyai-renyai membasahi tingkap kaca bilik itu.
Naira berdiri kaku di hadapan cermin tangannya perlahan menyentuh cincin tunang di jari manis. Sudah hampir setahun dia mengenali Firash dan dalam beberapa bulan lagi, mereka sepatutnya bernikah.
Telefon bimbit di atas meja berbunyi lagi berulang kali. Nama yang tertera dalam telefonnya itu membuatkan bibirnya mengukir senyuman kecil.
Firash Calling...
Namun belum sempat Naira menjawab, panggilan itu mati sendiri. Naira mengeluh perlahan.
"Busy lagi..."
Naira mencapai tudung bawal di atas katil sebelum melangkah keluar bilik serta mencapai kunci keretanya yang ada di meja kerana ingin keluar pergi membeli makanan di kedai yang berhampiran rumahnya. Malam itu rumah terasa sunyi Nadia keluar sejak petang tadi. Katanya ada reunion universiti.
Naira menuruni tangga perlahan sambil memegang telefon. Tiba-tiba.. Bunyi suara ketawa kecil dari dapur yang membuat langkahnya terhenti.
Dahi Naira berkerut , lampu dapur masih terbuka.
"Siapa dekat bawah ni...?"
Dia berjalan perlahan menuju ke dapur. Namun semakin dekat, suara itu semakin jelas suara seorang lelaki dan perempuan.. jantung Naira mula berdegup.
"Abang Firash..." suara Nadia kedengaran manja.
Langkah Naira terus terhenti.Tubuhnya terasa sejuk tiba-tiba.
Tak mungkin.. Tak mungkin...
Dengan tangan yang menggeletar, Naira berdiri di sebalik dinding dapur sebelum perlahan-lahan mengintai.
Dan dunianya... runtuh saat itu juga Firash sedang berdiri terlalu dekat dengan Nadia tangan lelaki itu sedang merangkul pinggang adiknya sendiri.
Nadia pula ketawa kecil sambil membetulkan kolar baju Firash. Air mata Naira terus jatuh tanpa sedar.
"Firash...?"
Suara itu keluar perlahan. Tetapi cukup untuk membuatkan mereka di hadapannya tersentak.
Firash terus melepaskan tangannya yang sedang merangkul pinggang Nadia.
"Naira—"
"A—apa ni...?" Suara Naira akhirnya pecah apabila memandang Firash dan Nadia .
Kemudian Firash , seolah-olah berharap semua yang berlaku itu cuma mimpi.
"Akak..." Nadia melangkah ke depan tetapi Naira terus mengundur.
"Jangan dekat..."Air matanya semakin laju membasahi pipinya. "Sejak bila...?"
Firash meraup wajah kasar. "Naira, dengar dulu"
"Sejak bila?!" Buat pertama kali, Naira meninggikan suara. Hanya bunyi hujan di luar rumah menemani suasana yang menyiksa perasaan Naira itu.
Nadia memandang Naira lama sebelum perlahan-lahan tersenyum sinis senyuman itu cukup untuk menghancurkan hati seorang kakak.
"Kau memang tak layak untuk abang Firash."Ayat itu menikam terus ke dada Naira.
"Nadia..."
"Abang Firash sejak dengan kau dia tak pernah bahagia pun." Nadia menyambung lagi. "Dia cuma kesiankan kau je"
"Nadia, cukup." Firash mula bersuara tegas.
Tetapi Nadia langsung tak peduli. "Kalau kau nak tahu .. Selama ni abang Firash selalu cerita pasal kau dekat aku."
YOU ARE READING
SENJA YANG MENEMUKAN KITA
Romance"Kalau saya tak menangis depan awak, bukan bermaksud saya tak sakit." Seorang gadis yang bernama Naira. Di mata semua orang, dia ceria, peramah dan sentiasa tersenyum. Namun di sebalik senyuman itu, dia menyimpan terlalu banyak luka yang tidak perna...
