Bab 1 : Kawah Bulan Dan Budak Nakal Lorong 7

7 0 0
                                        


*Lahad Datu, 2014. SMK Pekan. Isnin, 7:30 pagi.*

Suara cikgu disiplin bergema kat speaker: "Perhimpunan hormat bendera, sedia!" 

Dayangku Nur Syazlina Binti Awang Rosly, tingkatan 4 Amanah, tunduk rapat-rapat. Tangan dia sejuk walaupun tengah hari panas. Spek mata dah 3 kali lap sebab berwap. Dahi dia ada jerawat batu tiga beradik. Paling besar sebijik tengah dahi, macam lampu lip lap. Kawan-kawan panggil "traffic light".

Dia genggam kertas dalam poket baju kurung. Surat. Surat cinta pertama dia. Tiga malam tak tidur karang ayat. Ayat paling berani dia pernah tulis: _"Alif, saya suka awak dari darjah 3 lagi. Awak ingat tak masa awak jatuh basikal depan rumah saya? Saya yang tolong balut luka awak."_

Alif Daniel Bin Haris berdiri tiga baris depan dia. Ketua pengawas. Ketua rumah sukan. Ketua buat hal. Rambut sikat tepi, kasut kilat, muka ada lesung pipit kalau senyum. Masalahnya, dia jarang senyum kat Syazlina. Dia senyum kat semua orang kecuali jiran sebelah rumah dia yang nerd, berjerawat, asyik bawa buku tebal.

"Alif Daniel Bin Haris, sila ke depan." Suara PK HEM buat satu sekolah toleh.

Alif jalan confident. Syazlina telan liur. _Ni la masa dia._ Lepas perhimpunan, dia nak selit surat tu dalam laci meja Alif. Dia dah plan seminggu.

Tiba-tiba Cikgu Latifah bersuara: "Alif, cikgu dengar awak terima surat cinta dari budak perempuan. Betul ke?"

Satu sekolah "WOOOOO". Budak lelaki tepuk meja. Budak perempuan berbisik.

Alif pegang mic. Dia pandang sekeliling, lepas tu pandang tepat ke arah barisan 4 Amanah. Mata dia cari Syazlina.

Jantung Syazlina berhenti. _Dia tahu? Macam mana dia tahu?_

Alif senyum sinis. Suara dia kuat: "Saya Alif Daniel. Saya takkan couple dengan perempuan muka macam kawah bulan. Jerawat penuh, spek tebal macam botol kicap. Kelas pun tak pernah masuk top 10. Malu la nak kawan."

Dunia Syazlina runtuh.

Satu sekolah gelak. Gelak sampai bergema. Ada yang rakam guna Nokia butang. Ada yang jerit "Kawah bulan! Kawah bulan!" 

Spek Syazlina jatuh. Dia kutip terketar-ketar. Kaki dia nak lari tapi cikgu suruh kekal baris. 40 minit. 40 minit dia berdiri tegak, air mata bertakung dalam spek, tak boleh lap sebab nanti nampak dia nangis. Jerawat batu kat dahi rasa macam kena tuang asid.

Habis perhimpunan, dia lari ke tandas. Kunci pintu. Koyak surat tu sampai lumat. Buang dalam mangkuk tandas. Flush. Macam tu juga dia nak flush perasaan dia kat Alif Daniel Bin Haris.

Petang tu Mak dia pelik sebab Syazlina demam. Tak pergi sekolah seminggu. Dalam bilik, dia potong semua gambar Alif yang dia curi-curi tangkap masa budak-budak main basikal. Dia campak dalam tong sampah. 

Dia janji dengan diri sendiri: _"Aku takkan bagi muka aku kat mana-mana lelaki lagi. Biar aku buruk sorang-sorang."_

*Lahad Datu, 2026. Menara LD Jaya, Tingkat 12. Isnin, 8:00 pagi.*

"Nama?" Kak HR tanya. 
"Dayangku Nur Syazlina Binti Awang Rosly." 
"Umur?" 
"26." 
"Pengalaman?" 
"Tak ada Cik. Tapi saya pandai menaip, pandai buat air, pandai susun fail, pandai baking, pandai gubah bunga hantaran, pandai jahit baju kurung, pandai..." 
Kak HR angkat tangan: "Okay okay faham. Awak ni multi-tasking. Bos kita suka orang rajin. Start hari ni. Awak setiausaha baru Encik Alif."

Dunia Syazlina berhenti kali kedua.

_Alif? Alif mana pulak?_

Pintu bilik CEO terbuka. Keluar dia. 
Kemeja putih, lengan lipat siku. Jam Tag Heuer. Bau minyak wangi mahal. Muka sama macam 10 tahun lepas. Cuma sekarang ada misai nipis, dagu lagi tajam. Lesung pipit masih ada. Sial, lagi kacak.

Alif Daniel Bin Haris. CEO LD Jaya Holdings. Umur 28. Belum kahwin. Khabar angin kata garang macam singa.

Alif pandang Syazlina dari atas sampai bawah. Spek dah tukar contact lens. Jerawat dah tinggal parut sikit. Baju kurung modern, tudung bawal. Kurus sikit dari dulu sebab stress.

Dia kerut dahi: "Kita pernah jumpa?" 

Syazlina senyum. Senyuman paling plastik dia pernah senyum sejak belajar buat kek. "Tak pernah, Tuan. Saya budak kampung. Tuan orang bandar." _Dalam hati: Tipu. Kau jiran aku 12 tahun bodoh._

Kak HR hulur kontrak: "Baca dan sign. Ikatan 2 tahun. Tak boleh berhenti awal. Kalau langgar, denda RM50,000. Syarikat tak nak rugi train staf baru."

Syazlina baca laju-laju. Mata dia berhenti kat fasal 9.2: _Pekerja tidak dibenarkan meletak jawatan dalam tempoh 24 bulan walau apa jua alasan peribadi, kecuali majikan bersetuju secara bertulis._

_Ya Allah. Aku dah masuk kandang singa._

Dia pandang Alif. Alif pandang dia balik. Macam nak tembus sampai ke tulang.

Syazlina tarik nafas, ambil pen, dan sign: _Dayangku Nur Syazlina Binti Awang Rosly_. 

Titik dakwat terakhir tu rasa macam dia baru sign surat mati.

Alif ambil kontrak, renung nama panjang tu. "Dayangku Nur Syazlina Binti Awang Rosly. Panjangnya nama awak." 
"Nama pemberian arwah nenek, Tuan." 
Dia angguk, masuk bilik, tutup pintu.

Syazlina duduk kat meja setiausaha. Meja kayu besar, komputer baru, ada satu pen stand kosong. 

Dia buka laci. Dalam laci ada gula-gula Hacks. Dia ambil satu, kemam. _Untuk hilangkan pahit._

Dia buka beg, keluarkan pen stand casing fluffy Matcha Strawberry yang dia buat semalam. Letak elok-elok atas meja. 

_Takpe Syaz. 2 tahun je. 730 hari. 17,520 jam. Aku kira. Lepas tu aku blah. Aku takkan jatuh cinta dengan Alif Daniel Bin Haris kali kedua. Kawah bulan pun ada maruah._

Dalam bilik CEO, Alif buka fail staf baru. Gambar Syazlina. Dia zoom muka tu. 
Dahi licin. Mata tak berspek. Tapi ada sesuatu kat muka tu. 

Dia tekan intercom: "Puan Dayangku." 
Syazlina terkejut: "Ya Tuan?" 
"Buatkan saya kopi O. Kurang manis." 
"Baik Tuan." 

Bunyi intercom mati. Alif sandar kerusi. Dia tak tahu kenapa nama "Dayangku Nur Syazlina" buat dada dia rasa sempit. 

Macam dia pernah sakitkan nama tu dulu. Lama dulu. Depan orang ramai.

*Bersambung...*

---

Kontrak 2 Tahun Stories to obsess over. Discover now