Prolog

180 12 1
                                        

Dikeramaian itu, duduknya seorang anak kecil di kerusi banquet berkusyen sendirian. Pandangan matanya dipenuhi dengan ragam manusia yang sibuk dengan tugasan masing- masing.

Dia kini berada di Malaysia mengikut keluarga menghadiri jamuan keluarga di rumah ibu saudaranya. Pertemuan pertama antara dia yang masih kecil dengan kakak kepada momnya.

Dek kerana pendek, kakinya berjuntai ke bawah tanpa bersentuh dengan lantai. Kepala tunduk memandang kaki sendiri yang sengaja digoyang- goyangkan.

"Hmm, where're my brothers?"

Kepala kembali diangkat lurus lalu menoleh ke kiri dan kanan dengan harapan kelibat salah seorang abangnya ditemui. Tetapi, keluhan sahaja yang terlepas dari bibir kecil itu.

Menyesal pula apabila dia menolak ajakan dua orang abangnya tadi untuk ke halaman rumah. Akibatnya, dia terperangkap di dalam vila yang dikerumuni dengan orang- orang dewasa yang tidak dia kenali. Figura ibubapanya pun tidak kelihatan.

"Hai budak mat salleh!" Seorang budak lelaki datang lalu duduk di kerusi sebelah buatkan dia memandang wajah itu tanpa berkelip.

Macam kenal tetapi lupa siapa dan dimana.

"Tak baiklah panggil Jen macam itu. Apa Jen tak pandai cakap melayu?" Anak kecil itu menjeling tajam lalu ketawa budak lelaki itu meletus, kuat.

Mata hijau milik anak kecil itu terkebil- kebil kerana terkejut. Tawaan itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian yang lalu- lalang di hadapan mereka sebelum tersenyum dan berlalu.

"Jen tak buat lawak! Kenapa ketawakan Jen?" Jelas reaksi tidak berpuas hati kerana semudah itu ditertawakan.

Budak lelaki itu menyudahkan sisaan tawanya sebelum wajah putih bersih itu dipandang lagi. "Tak lawak tapi saja nak gelak," lidahnya dikeluarkan sedikit tanda dia sedang menjelir nakal.

"Ish! Nanti bagitau mom!"

"Uiiii takutnya," sengaja dibuat- buat seperti ketakutan dengan kedua belah lengan dirapatkan ke dada.

Anak kecil itu semakin sebal dan tanpa menunggu, dia lompat turun dari kerusi. Menjeling dengan mata hijaunya sebelum langkah kecilnya melawan kerumunan orang- orang dewasa itu.

Ditinggalkan begitu buatkan budak lelaki itu sedikit cemas. Dia turut mengekori sehingga dekat dan memperlahankan langkah agar kekal sebagai penjaga dibelakang.

Saat anak kecil itu berpaling, wajah comel itu semakin berkerut. Langkah kakinya makin cepat sehingga dia berjaya berada di ruang yang lengang, tepat di muka pintu utama.

"Apani ikut Jen? Tak suka!" Dahinya berlapis nipis dan bibirnya memuncung panjang.

Sekali lagi budak lelaki itu gelakkan dia. "Your brothers?" Soalnya namun anak kecil itu tidak memberikan apa- apa reaksi melainkan ditenungnya garang. "Outside," sambung budak lelaki itu lalu jarinya ditunding ke luar halaman rumah. Menampakkan sekumpulan budak- budak lelaki yang sedang bermain bola.

"Tak tanya!" Giliran anak kecil itu pula menjelirkannya sebelum beredar ke luar sambil mulut yang masih memuncung. Marah sangat nih!

"Zen, kenapa datang sini? Abang Nean nak main bola ni," bahu adik bongsunya itu ditolak lembut oleh Zaqnean buatkan adiknya itu merengus.

"Tadi cakap taknak ikut, ni keluar sorang- sorang. Ada yang ganggu adik abang ke?" Lain pula dengan Zaqrean yang sentiasa risaukan keadaan adik perempuannya.

 Zenya's [OG]Stories to obsess over. Discover now