Pintu dikuak perlahan,bunyi pintu kayu itu bergema di segenap ruang bilik itu.
Seorang wanita tua 50-an berjalan perlahan ke arah anak gadisnya yang sedang membetulkan veilnya yang tidak duduk diam itu,keluhan kecil didengari dari bibir yang manis itu.
"dah bersedia ke anak umi yang seorang ni ?"
senyuman lembut diberi pada anak gadisnya itu.Dia tahu bahwa perasaan anak gadisnya itu pasti gugup hebat kerana sebentar lagi dia akan bergelar seorang isteri kepada Arziq Kadafi,jejaka pilihan dia sendiri pada anak gadisnya itu.Dia yakin,seyakin-yakinnya pilihan yang dia berikanpada anaknya itu pasti akan bawa kebahagiaan yang berpanjangan.
Kaira Johanna,si pengatin perempuan yang diraikan membalas senyuman uminya yang tercinta itu dengan penuh ikhlas walupun jauh dilubuk hatinya dia berasa amat takut dan tertanya adakah dia akan bahagia ? secara tiba-tiba soalan itu muncul di benak fikirannya.Dia lantas menggelengkan kepalanya perlahan.
Dia tahu,pilihan ibunya pasti akan membawa dia ke arah kebahagiaan yang berpanjangan kan ?...
"Cinta mengajar kita erti sabar dalam menanti sesuatu yang indah."
YOU ARE READING
Menamakanmu Cinta
RomanceArziq Kadafi | Kaira Johanna "Cinta mengajar kita erti sabar dalam menanti sesuatu yang indah." DISCLAIMER:MOHON MAAF JIKA ADA TERSAlAH TATABAHASA ATAU JALAN CERITA KURANG MENARIK SAYA MASIH BELAJAR DAN CUBA UNTUK MEMPERBAIKI JALAN CERITANYA...MOHON...
