Tangan ghaib

5 0 0
                                        

Aku termenung seorang diri di dalam bilik menunggu ibu pulang dari kerjanya, ibuku adalah seorang jururawat. jadi, setiap minggu jadual kerjanya akan ditukar mengikut turutan dan kesesuaian.

Minggu ini, ibu kerja dari petang hinggalah lewat malam. Sejujurnya, aku amat tidak selesa apabila aku di rumah berseorangan kerana ada 'sesuatu' yang sering mengganggu tidur malam aku.

"Kenapa tak tidur lagi?"

Suara 'ibu' bertanyakan aku soalan dengan nada yang lembut. Mungkin makhluk ini fikir aku bodoh dan tidak dapat untuk membezakan dirinya dengan ibu. Haish, biarkan aja la.

Aku berbaring di atas katil dengan mata yang mula memberat akibat rasa mengantuk yang mula menyelubungi diri. Maklumlah, jam sudah menunjukkan lewat malam.

Sedang aku hampir terbuai mimpi, aku dapat merasakan tangan yang sejuk beku mengusap kepala aku perlahan, rasanya begitu tenang membuatkan aku tertidur lena.

"Arif..."

Suara 'ibu' memanggil aku perlahan. Aku tidak mengendahkan kerana terlalu mengantuk dan lelab selepas seharian bekerja. Sehinggalah, pintu bilik aku terbuka luas secara tiba-tiba.

"Allahuakhbar!"

Jerit aku akibat terkejut dan rasa takut mula menyelubungi diri.

"Arif..."

Suara 'ibu' itu memanggil aku lagi, Entah mengapa, daripada perasaan takut aku berasa marah, mungkin kerana tidur aku diganggu.

"Jangan ganggu aku setan!"

Jerit aku dengan nada yang tinggi begitu berang akan makhluk itu. Biarlah, hantu atau syaitan, malahan manusia sekalipun aku tak gentar untuk bergaduh apabila diri sudah penat.

Tiba-tiba, aku terjaga dari tidurku.

"Arif, mimpi buruk?"

Tanya ibu dengan riak wajah yang risau.

"Pergi basuh muka, ibu dah masak."

Tanpa membantah, aku menurut apa yang dusuruh oleh ibu. Haish, mesti mimpi buruk ni. Bisik aku pada diri, sudah aku duduk di meja makan. Aku berasa sedikit bingung kerana tiada sebarang makanan yang dihidangkan.

Aku melihat wajah ibu yang duduk dihadapan aku. Wajahnya pucat dan lesu, bibirnya merekah dan matanya kuyup.

"Lepaskan ibu nak, tak sanggup ibu mati tanpa dikebumi."

Kata ibu sambil menggigil seolah-olah kesejukan.

Mendengar kata-kata itu, aku sedar bahawa apa yang aku lakukan adalah salah. Aku membuka peti ais yang berisi potongan badan ibu.

Rambut ibu yang sedikit beruban aku simpan di dalam bekas ais krim yang sering diisi ikan dan ayam oleh ibu sewaktunya masih hidup, bahagian-bahagian lain masih elok dipotong kecil dan sebahagian dipotong dadu disimpan di dalam bekas-bekas yang dahulunya digunakan untuk mengisi kerepek-kerepek kegemaran ibu.

Tangan ibu masih elok diletakkan di peti atas membeku dan memucat. Aku rindu ibu, andai sahaja aku tidak mengikut kata hati dan bisikan iblis pasti tangan ibu yang suam masih dapat membelai kepalaku. Bukannya tangan yang sejuk dan beku.

Aku mengambil telefon bimbit di atas meja sambil mengeluh sedikit.

"Assalamualaikum tuan polis, saya nak serah diri atas kes pembunuhan ibu saya sendiri."

Episod seterusnya —>

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Syeram StoryStories to obsess over. Discover now