BAB 1

7 1 0
                                        

"Kau keluar dari rumah ni sekarang!!! Mulai hari ini kau bukan anak aku. Dan aku haramkan kau jejakkan kaki ke rumah ni. Kau pergi lah merempat kat mana-mana tu!!! Jangan pernah balik ke rumah ni lagi ni. Berambus!!!!" Kata Puan Humairah. Mikayla Medina dihalau keluar dari rumah kerana bapa tirinya yang memutarkan belit cerita.

"Ibu.... Kayla tak buat apa-apa pun.... Papa yang memutarkan belit cerita dan fakta ibu..." kata Mikayla kepada ibunya.

"Sudah!!!! Jangan nak mengarut!!! Berambus sekarang!!!!!"

Puan Humairah menutup pintu rumah dengan kuat dan Mikayla menangis teresak-esak di luar rumah. Kemudian Mikayla bangun dan berjalan pergi ke bandar.

*Di bandar ada sebuah kereta Lamborghini Vaneno memecut laju untuk pulang ke mansion. Lalu apabila sedang dia membawa kereta itu perutnya berbunyi menandakan dia sedang lapar. Kerana sekarang menunjukkan jam 1:00 pagi dan dia baru pulang dari syarikat nya. Lalu dia melihat ke cermin dia ternampak ada sebuah mini mart. Kemudian dia berhentikan keretanya betul-betul di hadapan kedai itu, lalu masuk ke mini mart itu membeli sedikit jajan untuk dibuat alas perut. Usai dia membuat pembayaran. Dia duduk di luar mini mart yang terdapat ada meja dan kerusi. Dia baru sahaja ingin menyuapkan roti ke dalam mulutnya dia mendengar orang menjerit meminta bantuan.*

"TOLONG!!!! TOLONG SAYA!!! SESIAPA TOLONG!!!!" jerit Mikayla meminta tolong.

"Damn, siapa pula yang kena rompak time aku nak makan ni?" Haih... Perut nampaknya kau kena tahan sikit lagi, aku nak kena tolong sorang perempuan ni dulu." Kata Rayden lalu dia bangkit dari duduknya. Lalu dia pergi ke arah suara itu. Lalu dia menatap tajam ke arah lorong yang gelap tiada lampu tersebut. Kelihatan 4 orang sedang bergelut dengan seorang gadis. Sebelum gadis itu ditampar sehingga longlai. Kemudian, tanpa membuang ke empat-empat orang itu mengoyakkan baju t-shirt milik si gadis itu.

"SHIT!!!" Bisik Rayden tegas sebelum dia berlari ke arah mereka kemudian menendang mereka dengan kuat.

"KAU JANGAN MASUK CAMPUR LAH SIAL!!!" marah lelaki yang menampar Mikayla tadi apabila melihat ada seseorang lelaki melangkah laju ke arah mereka dengan wajah yang dingin.

*Salah seorang daripada mereka berdecit sebelum dengan pantas mencuba menendang Rayden yang dianggap telah menganggu keseronokan mereka. Dengan mudah Rayden menepis serangan itu sebelum bertindak. Apabila rakan lelaki itu datang untuk menolong, Rayden terus berpaling dan menyepak kaki seorang lagi lelaki dengan kuat menyebabkan dia tersungkur ke tanah.*

Apabila selesai membelasah empat orang lelaki itu Rayden berkata. "Berambus atau mati?"

Rayden memberi amaran keras membuatkan mereka berempat melarikan diri. Renungan tajam mata yang berwarna hazel itu membuatkan rasa takut menyelubungi mereka.

Rayden memerhati ada sekujur tubuh badan yang terbaring di tanah menarik perhatiannya. Gadis itu diperhati lama sebelum Rayden mendekati tubuh kaku Mikayla. Pipi gadis itu dicucuk menggunakan jari telunjuk beberapa kali sebelum jarinya diletakkan di hidung Mikayla.

"Still bernafas lagi perempuan ni. Ingat dah mati." Gumam Rayden.

Diperhatikan muka Mikayla yang terdapat kesan lebam dengan rambut serabai dan baju terkoyak. Raut wajah gadis itu mengundang rasa simpatinya. Tanpa sepatah kata, Rayden terus mengangkat gadis itu dan dibawa ke kereta mewahnya.

Lamborghini Vaneno dipandu laju menuju ke rumah keluarganya. Memang kerja gila lah kalau dia bawa gadis yang tidak dikenalinya ini pulang ke penthouse miliknya. Sudahlah dia hanya dia tinggal seorang diri. Sesekali wajah gadis itu dikerling.

"Hmm... Just who are you lady?" Senyuman sini terlakar di wajah Rayden sebelum dia kembali fokus kepada pemandunya menuju ke Mansion ibu bapanya.

Obsession Husband [OG]Where stories live. Discover now