“Assalamualaikum… abang balik ni…”
Wais memberi salam sambil menguak pintu rumah.
“Waalaikumsalam… yeay! Abang dah balik!” ujar Hannah riang.
Hannah segera mendapatkan suaminya. Tangan Wais dicium perlahan sebelum dia tersenyum manja.
“Ana dah makan ke?” tanya Wais lembut.
“Belum… tunggu abang. Jom kita makan sekali. Ana dah masak,” kata Hannah sambil menarik tangan suaminya menuju ke meja makan.
Wais memandang meja yang penuh dengan lauk.
“Wah… banyaknya. Ana janganlah buat kerja berat-berat. Kesian anak ayah ni nanti…” pesan Wais sambil mengusap perlahan perut Hannah yang sudah kelihatan membesar.
Hannah memang jenis yang tidak pandai duduk diam. Sejak dia mengandung, dia masih suka melakukan kerja rumah. Katanya bosan kalau hanya duduk di dalam bilik.
Kadang-kadang Wais risau juga untuk meninggalkannya sendirian di rumah.
“Tak ada apa lah abang…” kata Hannah sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.
Hannah tiba-tiba terdiam seketika.
“Abang… Hannah ada benda nak tanya…”
Wais mengangkat kening sedikit.
“Apa dia?”
“Kita balik Rumah Abah, ya?” tanya Hannah perlahan.
Wais memandang isterinya dengan pelik.
“Kenapa tiba-tiba pula ni?”
Biasanya Hannah hanya meminta makanan pelik-pelik sejak mengandung. Tapi kali ini lain pula permintaannya.
“Tak ada apa… Ana rindu Rumah Abah. Lama dah Ana tak balik…” Hannah cuba memujuk. Bahu Wais diurut lembut.
Wais menghela nafas kecil.
“Hmmm… tengoklah dulu. Nanti kalau abang dapat cuti, kita balik, okey?”
Mata Hannah terus bersinar.
“Yeay! Thanks abang! Sayang abang!” kata Hannah sambil mencium pipi Wais.
“Dah, dah… makan dulu. Nanti lapar pula,” pesan Wais.
Hannah menggeleng manja.
“Tak nak… nak abang suap!”
Wais terus ketawa kecil.
“Ish… mengada-ngada!”
Namun dia tetap mengambil sudu dan menyuap nasi ke mulut isterinya.
-setelah makan-
Hannah berdiri di hadapan sinki dapur sambil membasuh pinggan. Bunyi air yang mengalir memenuhi ruang dapur yang sederhana besar itu.
Tangannya pantas menyental pinggan, satu demi satu.
Walaupun Wais sudah berkali-kali melarangnya membuat kerja berat, Hannah tetap degil. Baginya, duduk sahaja di dalam rumah membuatkan dia cepat bosan.
Tiba-tiba dua tangan besar melingkar di pinggangnya dari belakang.
Hannah terkejut sedikit.
“Abang!”
Wais tersenyum nakal di belakangnya.
“Abang dah cakap kan… jangan buat kerja berat.”
Hannah mengeluh kecil sambil cuba menyambung kerjanya.
“Ini bukan kerja berat lah… basuh pinggan je.”
Namun belum sempat dia mencapai pinggan seterusnya, Wais terus memegang kedua-dua pergelangan tangan Hannah.
“Abang…” Hannah merengek kecil.
“no. when I said no...its mean no.” balas Wais perlahan.
Dia menarik kedua-dua tangan Hannah menjauh dari sinki, membuatkan wanita itu tidak boleh meneruskan kerjanya.
“Abang ni kenapa… Ana belum habis lagi.”
Wais merapatkan wajahnya ke bahu Hannah.
“Abang tak suka tengok Ana penat.”
Hannah terdiam seketika.
“Abang yang basuh. Ana duduk je.”
Hannah terus ketawa kecil.
“Abang ni… tiba-tiba rajin pula.”
Wais memusingkan badan Hannah supaya menghadapnya.
“Bukan rajin…” katanya sambil mengusap lembut perut Hannah.
"But... abang sayang dua-dua ni.”
Pipi Hannah terus merah.
“Abang ni…” Hannah menepuk perlahan dada suaminya.
Namun senyuman di wajahnya tidak pernah hilang.
Awal²ni... Tk berat Sgt... Nnt dh chapter lebih Dari 3....kite tambah sikit² yee😁
VOCÊ ESTÁ LENDO
Aku, Dia Dan Sesuatu
TerrorNur Hannah Delisha kembali selepas dua tahun perkahwinannya dengan M. Wais Ayden. Rumah itu bukan sekadar rumah peninggalan arwah abahnya, M. Adnan Mustafa, tetapi juga tempat bermulanya sebuah perjanjian misteri yang masih mengikat hidup Hannah...
