Bab 1

10 1 0
                                        

Di kampung halaman yang penuh dengan sawah padi kehijauan dan burung yang berterbangan di waktu pagi hari. Cuaca yang sedikit sejuk namun tidak menganggu seorang Ariesya yang bekerja keras membantu ibunya membuat kek di dapur.

Puan arissa iaitu ibu kepada Ariesya sedang ralit memandang ke arah anaknya yang rajin menolong nya membuat kek di pagi hari. Hati terasa sejuk sahaja apabila melihat anak membantu ibunya membuat kek untuk lebih meringankan kerja ibunya.

Di atas meja dapur penuh dengan tepung dan bahan-bahan kek yang dibuat oleh mereka berdua. Puan arissa mengambil getah untuk mengikat rambut Ariesya yang menutup sedikit wajah cantik anaknya itu.

Ariesya tersenyum manis apabila puan arissa mengikat rambut nya. Ia bahagia melihat ibunya tersenyum , namun ia sakit apabila melihat ibunya sedih. Jika ibunya sakit ia lah orang pertama yang akan menangis melebihi anak kecil. Adiknya masih tidak bangun , walaupun matahari terpacak di atas rumah masih juga tidak terbangun budak kecil itu.

Ralit sangat tengok cerita sampai tak tengok jam dah memasuki 2 pagi. Nasib ia sedar pada pukul 2 pagi itupun kerana ia menahan ingin membuang air besar.

"Ibu , tepung dah nak habis macam mana ni? Sempat ke nak pergi beli kat kedai runcit?" Ariesya merenung anak mata ibunya dengan pandangan sedih. Ia baru sahaja ingin membantu namun ada sahaja kejadian yang membuat ia sedikit kecewa!.

Puan arissa tersenyum kecil tangannya yang penuh dengan tepung itu ditepuk perlahan. Debu tepung itu langsung menghilang sedikit di tangan puan arissa. Puan arissa dengan tenang memegang lengan Ariesya sambil berkata.

"Hey.. jangan macam ni , no sedih-sedih. Esok kita pergi sama-sama beli barang kat kedai nak? Lagipun esok ibu rasa ibu tak nak buat kek , ibu nak rehat sehari. Kita pun kena juga jaga kesihatan betul tak?"

Ariesya mengangguk kecil , matanya hanya memandang ke bawah. Hatinya masih dipenuhi dengan kecewa.

Lagi dan lagi puan arissa tersenyum kecil memandang Ariesya yang hanya menunduk. Puan arissa langsung tiada niat untuk memarahi , itu perkara biasa yang selalu terulang apabila membuat kek.

Puan arissa menarik lengan Ariesya supaya memandang ke wajahnya. Kedua bahu Ariesya puan arissa memegang sambil memberi semangat supaya tidak boleh menyerah dengan satu kesalahan kecil.

"Ariesya.. tengok ibu."

Ariesya mengangkat wajahnya untuk memandang wajah ibunya. Entah mengapa memandang wajah ibunya sahaja sudah membuat air matanya bergenang di kelopak mata.

"Kamu tak salah , kamu langsung tak buat salah. Jadi buat apa kamu kecewa? Ni hanya kesalahan kecil , kesalahan kecil kamu tak boleh berputus asa macam tu je. Kesalahan kecil atau kesalahan besar sekalipun kita tetap kena usaha sehingga berjaya. Kamu tak nak kan kita dihina , dimaki , dituduh?"

Ariesya menggeleng perlahan. Puan arissa tidak memarahinya , hanya berpesan supaya lebih kuat untuk menghadapi ujian yang semakin mencabar kehidupan mereka.

"Kalau kamu tak nak kamu kena kuat hadap semuanya Kamu kena lawan semuanya dengan hati terbuka. Ingat.. tuhan ada dengan kita. Tuhan tak pernah tinggal kita seorang diri. Ingat pesan ibu , sesusah mana pun kita jangan sesekali tinggalkan solat. Kamu faham kan maksud ibu apa?.." nada lembut seorang ibu sungguh memberi kekuatan pada anak nya yang sudah hancur.

Ariesya mengangguk memahami , kek yang sudah menjadi bentuk itu puan arissa meletakkan coklat di atas kek supaya lebih menarik perhatian pelanggan.

Sedang ralit mereka berdua membuat kek sehingga mereka tidak sedar bahawa Zarif sudah pun bangun.

"Ibu..kakak.." panggil si Zarif sambil merengek memeluk puan arissa.

Puan arissa tersenyum , namun perlahan memudar apabila ternampak bulu kucing melekat di baju anaknya itu. Ariesya sudah pun ketawa kecil , mahu berlakon macam mana lagi memang akan kantoi apabila berdepan dengan puan arissa ni.

Tengku Haikal Mikael (OG)Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora