kerja kiosk air,
agen jual nasi tapau,
runner cafe..
9 jam jaga kiosk air,
malam cod 3 plastik nasi tapau & ayam lidi
kalau ada masa free siang atau malam,
jadi runner cafe
mencuba dropship ebook, buat konten tiktok
tapi apakan daya masih tidak membuahkan hasil...
rm4 je per jam ? rm1 je komisen? 50 sen je?
semua yg jadi "itu je?" dah terasa bernilai setiap duit yang dapat... hanya utk rm1, sanggup naik turun aras 1, 2,3,4, blok A1 ke B1
🗣️"nak kerja ke nak belajar?"
"nak hidup"
kehidupan seorang pelajar universiti bukan lah mudah tambah2 lagi bergelut dengan masalah kewangan yang tiada henti menjadi kembimbangan.
normal.
hampir kebanyakan pelajar alami dan fahami
ada di antara mereka yang dari keluarga kayangan.
serba mampu
ada juga yang dari keluarga sederhana.
kadang ada, kadang tiada
ada juga dari keluarga yang belum mampu. sekejap ada, selalunya tiada.
perkara yang mendewasakan pemikiran.
tak semua nya mudah dan tak semua apa yang kita inginkan, kita akan perolehi
setelah bertahun-tahun hidup, baru kalini sedar makna kehidupan.. tidak seindah yang dibayangkan.. mungkin ayat tu agak cliche tetapi itu la kenyataan
'penat dan menyakitkan'
tak study, gagal
tak kerja, kebulur
buntu. risau. takut.
kalau terlalu penat kerja nanti penat nak study,
kalau tak study, makin kecundang la keputusan
kalau tak kerja, memang tak makan la jawabnya
"ain belajar something lately ni"
"semua bnde boleh buat asalkan jangan mengeluh"
"semalam kan ain kerja 9 jam singgah kopi, alang2 ada masa free time kerja ain belek2 nota, then balik kerja ain p cafe buat runner cafe dlm sejam dpt la rm 11... pastu balik rehat kjp smbung buat konten Dropship ebook tu...penat tu penat tp selagi tk mengeluh, semua masih okay.. harini pun ain kerja 9 jam sg kopi, tp mlm ni tk buat runner la sebab nak study n siapkan kerja"
~ semua akan baik2 kalau kita berhenti mengeluh~
tapi sampai bila?
air mata.
penat tapi tak boleh mengalah
sakit kaki, sakit kepala.
penat tapi tak boleh mengalah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
andai kan semua berjalan lancar seperti yang dirancang...
COD nasi tapau & ayam lidi mula jam 830 malam
"akak, mana suda kak? lama lagi ka supplier makanan mau sampai?"
"sorry ya dik, kejap lagi sampai tu"
- 30 minit menunggu supplier -
"lama lagi ka tu ya COD?"
"lapar suda ni"
"dimana suda?"
supplier lambat, customer tak henti2 chat, hujan lebat, payung hilang, cod bilik sahaja lebih dari 10,dari aras ke aras, blok ke blok,customer salah letak alamat, jualan nasi tak terhabis ,terpaksa bayar balik baki makanan yang tinggal.
SENGGUGUT .
berlari naik turun tangga, hujung ke hujung
tak sempat nak fikirkan sakit lagi
dalam kepala...
'dah jam berapa ni, ramai lagi customer belum dapat makanan, nanti kena marah lagi lepastu tahu2 kena mention dalam group confession'
lemah lutut nak berlari lagi. penat yang tak berkesudahan.
mungkin kehidupan seperti ni melelahkan tapi jauh lebih baik dari sebelumnya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
lapar.
pagi maggi, siang maggi, malam maggi
cukup 1 minggu
habis.
beras ada? nasi dengan kicap
beras habis? tidur la dijamahnya
kehidupan tanpa hidup
bank kosong,
bekalan makanan kosong,
kehidupan?
kosong.
"laparnya"
tidur.
itulah satu2 nya saat dimana hilang rasa lapar
tak kerja, tak belajar
Tidur dan tidur...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mungkin kisah ni tidak terlalu memberi kesan sebab sesusah apa pun kita sekarang, akan ada insan yang jauh lebih susah. mungkin ini cuma lah untuk dijadikan pengajaran dan semangat supaya diri tak tumbang lagi
yang pada awalnya bermalas-malasan, tapi sekarang naik turun tangga, berlari dari blok ke blok lain untuk mencari duit
yang pada awalnya rebahan,
tapi sekarang buat 2,3 kerja untuk mencari duit
mungkin hasil tak sebanyak kalau dibandingkan penat yang dapat tapi untuk terus bertahan, sekecil kecil nilainya tetap berharga
selama ini, mata kita memang celik tapi tidak dengan hati
ternyata setiap apa yang kita pernah ada dan ada sekarang, takkan selamanya berkekalan
hargai dan fahamkan makna menghargai.
rm1 je, rm5 je, rm10 je harini
mungkin akan jadi
"kalau ada rm3 pun cukup la ni, dapat la alas perut"
akan datang...
kesenangan dan keselesaan harini
mungkin akan jadi
"penatnya kerja banyak, tak sempat nak buat apa2"
akan datang...
suatu hari kita akan lebih menghargai setiap apa yang kita ada
sama ada sesuatu yang masih akan ada
atau mungkin sesuatu yang takkan mampu berulang kembali
belajar menghargai atau sesal tak terhenti
YOU ARE READING
Penat?
Randomcuma luahan hati yang mungkin dapat menjadi semangat dan pengajaran ❤️🩹
